Kesimpulan Reka Bentuk Kajian

hukuman fizikal secara berlebihan dalam mendisiplinkan anak-anak. Penemuan yang sama juga didapati oleh Hetherington dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Moore dan Hotch 1982, telah membuat kajian tentang perpisahan ibu bapa dan remaja berdasrkan Undang-undang Penceraian Ibu Bapa. Perpisahan ini disebabkan oleh penceraian dan krisis keluarga. Subjek ialah 200 penuntut dari Universiti Midwestern. Mereka terdiri daripada 85 lelaki dan 87 perempuan. Tahap umur mereka di antara 17 dan 20 tahun. Hasil kajian berdasarkan ‘Emotion Separation’ menunjukkan penceraian ibu bapa di antara sebab utama remaja keluar dari rumah dan berada bersama-sama dengan kawan. Foreman, Eidson Hagan 1983, telah menjalankan kajian tentang faktor- faktor yang menyebabkan gejala gengsterisme ke atas 94 pelajar berusia 12 hingga 19 tahun di Amerika Syarikat. Penyelidik menggunakan soal selidik Skala Perubahan Kehidupan Remaja. Hasil kajian mendapati bahawa perpisahan atau penceraian ibu bapa merupakan faktor ke empat paling utama berlakunya tingkah laku agresif.

2.9 Kesimpulan

Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji terbukti bahawa pelajar remaja mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Teori remaja juga menekankan peranan keluarga sangat penting dalam mengatasi zaman transisi secara efektif. Walau bagaimanapun, alam remaja mempunyai ciri-ciri psikologi dan implikasi yang tersendiri yang boleh juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti persekitaran,budaya dan sosial. Secara umumnya keluarga penting untuk perkembangan dan kesejahteraan individu secara menyeluruh. Keluarga yang harmoni, sihat dan bahagia sangat penting dalam kehidupan manusia. BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan perkara yang berhubung dengan metodologi kajian. Metodologi kajian juga merupakan cara yang dapat menentukan sesuatu kajian itu perlu dilakukan untuk memperoleh dapatan kajian dan keputusan kajian yang sah dan boleh dipercayai. Penyelidik akan menyentuh beberapa aspek tentang kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Aspek-aspek ini merangkumi reka bentuk kajian, tempat lokasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kadar pulangan soal selidik, kajian rintis, prosedur dan analisis data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Menurut Majid 1998, reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar sekolah menengah dari persepsi guru disiplin. Satu set soalan soal selidik telah disediakan bagi mengumpulkan maklumat dan data. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang telah terpilih mewakili populasi guru-guru disiplin sekolah menengah di Daerah Johor Bahru, Daerah Kulai, Daerah Pasir Gudang dan Daerah Kota Tinggi. Segala pengukuran terhadap pembolehubah adalah dibuat berdasarkan maklumbalas terhadap semua penyataan yang terkandung dalam soal selidik. Set soalan soal selidik mengandungi soalan-soalan tentang latar belakang guru, faktor-faktor kemerosotan iaitu, sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, guru suasana sekolah, persekitaran, kemahiran mengurus disiplin, keperluan latihan dalam mengurus disiplin dan masalah-masalah disiplin. Setiap maklumat telah ditakrifkan secara kuantitatif.

3.2 Tempat Kajian