Prosedur Kajian Analisis data

3.7 Prosedur Kajian

Bagi melancarkan proses kajian, satu permohonan telah diajukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Selain daripada itu, permohonan surat pengesahan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia juga telah dibuat. Seterusnya, penyelidik juga meminta kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menjalankan penyelidikan ke atas sekolah yang terpilih. Dengan bantuan serta kerjasama Pengetua, guru-guru dan guru-guru disiplin, pengumpulan data, arahan yang lengkap untuk setiap bahagian soalan soalselidik telah disediakan. Soal selidik akan dihantar oleh penyelidik ke sekolah yang telah dipilih bagi memastikan tidak berlaku sebarang keciciran atau kelewatan semasa proses penghantaran. Setelah semua responden menjawab semua soalan soal selidik, penyelidik membuat analisis. Soal selidik akan ditadbirkan ke sekolah selepas dapat kebenaran dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyelidik menggunakan khidmat guru-guru disiplin di sekolah yang berkenaan untuk melaksanakan kajian. Soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru disiplin akan ditadbir oleh ketua guru disiplin di bilik guru. Semua soal selidik dipungut balik sebaik sahaja selesai dijawab oleh responden- responden. Setiap soal selidik yang telah dipungut akan diteliti untuk memastikan hanya soal selidik yang dijawab dengan jelas serta sempurna sahaja digunakan proses analisis data.

3.8 Analisis data

Penganalisisan data akan melibat aktiviti seperti mengatur, memilih, menggabung dan menjadualkan data yang telah dikumpulkan Mohd Majid, 2000. Pemprosesan data yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berguna daripada data yang diperolehi. Setelah soal selidik dikutip, penyelidik mula membuat analisis kajian ke atas data mentah diperolehi. Kemudian data-data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package Social Science SPSS versi 15.0 bagi mengetahui min, kekerapan, peratusan setiap item dan ujian t antara faktor-faktor kemerosotan disiplin dengan sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru, persekitaran, kemahiran mengurus disiplin, keperluan latihan untuk guru disiplin dan masalah- masalah disiplin. Secara keseluruhannya, analisis bagi bahagian B dapat digambarkan sebagaimana seperti di mana jadual di bawah. Jadual 3.7: Skala Tahap Bahagian Faktor Nilai Alfa B Pengaruh sikap pelajar 0.922 Pengaruh rakan sebaya 0.879 Pengaruh keluarga 0.797 Pengaruh suasana sekolah 0.719 Pengaruh Guru 0.768 Pengaruh persekitaran 0.801 Keperluan latihan 0.897 Kemahiran mengurus disiplin 0.800 Masalah-masalah disiplin dari perspektif guru disiplin 0.933 Jumlah 0.949 Untuk tujuan pengujian hipotesis alat statistik ujian t digunakan. Ujian t mengukur min dan perbezaan antara dua pembolehubah. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, jadual 3.8 menunjukkan ringkasan statistik digunakan. Jadual 3.8: Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian Bil Objektif Kajian Jenis Statistik 1 Untuk mengenal pasti faktor yang paling dominan yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar iaitu sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru dan persekitaran di kalangan pelajar Min kekerapan peratusan, sisihan piawaiaan 2 Untuk mengenal pasti persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam mengurus disiplin Min kekerapan peratusan, sisihan piawaiaan 3 Untuk mengenal pasti keperluan latihan untuk guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar Min kekerapan peratusan, sisihan piawaiaan 4 Untuk mengenal pasti persepsi guru disiplin terhadap masalah- masalah disiplin Min kekerapan peratusan, sisihan piawaiaan 5 Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar iaitu sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru dan persekitaran mengikut jantina Ujian t 6 Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam mengurus disiplin pelajar mengikut jantina Ujian t 7 Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara keperluan latihan untuk guru displin dalam menangani disiplin pelajar mengikut jantina Ujian t 8 Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru displin terhadap masalah-masalah mengikut jantina Ujian t Jadual 3.8 menunjukkan analisis kebolehpercayaan bagi faktor-faktor kemerosotan disiplin kemerosotan disiplin pelajar iaitu sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga, guru, suasana sekolah dan persekitaran mengikut jantina. Persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam mengurus disiplin pelajar mengikut jantina, keperluan latihan untuk guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar mengikut jantina dan juga masalah-masalah disiplin. Segala data yang diperoleh dan dikumpul daripada kaedah soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer “Statistical Package for Social Science SPSS for Windows”, versi 15.0 untuk mencari frekuensi dan peratus. BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan