Maklumat Latar Belakang Responden

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden

Berdasarkan daripada analisis yang dijalankan mendapati bahawa hasil kajian mengikut jantina menunjukkan majoriti responden adalah perempuan berbanding lelaki. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden adalah terdiri daripada guru-guru perempuan. Selain itu, hasil kajian mengikut kaum pula menunjukkan majoriti responden terdiri daripada kaum Melayu diikuti dengan kaum Cina, India dan lain-lain. Penglibatan pelbagai kaum dalam profession perguruan ini membuktikan wujudnya hubungan yang baik antara rakyat Malaysia yang terkenal dengan masyarakat yang berbudi bahasa, hormat-menghormati dan berbilang kaum. Dilihat dari aspek yang ketiga iaitu kajian mengikut lokasi menunjukkan peratusan responden yang berada di luar bandar dan di kawasan bandar adalah sama. Keadaan negara yang semakin membangun memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar menikmati kemudahan yang sama seperti di kawasan bandar.Oleh itu, peratusan responden atau guru-guru yang tinggal di kawasan luar bandar dan di kawasan bandar adalah sama. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi mengikut agama mendapati bahawa majoriti responden beragama Islam. Selain itu terdapat juga responden yang beragama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Hal ini menunjukkan kebanyakkan guru-guru beragama Islam dan mempunyai kepercayaan masing-masing seperti Hindu, Buddha dan Kristian. Kajian mengikut umur menunjukkan majoriti responden berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun. Diikuti dengan responden yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun dan 41 hingga 50 tahun. Terdapat seorang responden yang berumur 50 tahun keatas dan masih lagi memberi khidmat beliau dalam bidang perguruan. Ini menunjukkan guru-guru di sekolah menengah terdiri daripada pelbagai lingkungan umur yang mempunyai tangungjawab masing-masing dalam mendidik anak bangsa. Menurut kajian dari aspek pendapatan responden pula menunjukkan majoriti responden berpendapatan antara RM2001 hingga RM3000. Diikuti dengan pendapatan antara RM1000 hingga RM2000, RM3001 hingga RM4000 dan RM4001 hingga RM5000. Kajian ini menunjukkan kebanyakkan guru sekolah menengah berpendapatan antara RM2001 hingga RM3000. 5.2.2 Objektif 1 : Mengenal pasti masalah-masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah dari persepsi guru disiplin Secara keseluruhannya, purata min bagi objektif pertama iaitu masalah- maslah disiplin yang berlaku d ikalangan pelajar sekolah menengah adalah tinggi iaitu 3.64. Terdapat 10 jenis masalah disiplin yang dibincangkan di bahagian ini.Masalah- masalah tersebut ialah rosakkan harta benda, buli pelajar lain, ponteng, kurang sopan, ancam pengawas, peras ugut, lepak di pusat beli-belah, merokok, lukis gambar di dinding dan melawan dan pukul guru. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa masalah kerosakan harta benda sekolah merupakan salah satu salah laku yang melibatkan vandalisme di dalam sekolah. Selain, merosakkan harta benda sekolah, pelajar yang bermasalah ini juga berani merosakkan harta persendirian guru-guru seperti kereta guru untuk menujukkan kemarahan mereka. Buli pelajar lain adalah salah laku yang melibatkan perbuatan menindas di mana pada kebiasaannya yang kuat akan buli dan menindas pelajar yang lemah. Ini juga selari dengan dapatan Ismail Haji Din 1990, sikap boleh menjadi pengaruh yang penting kepada individu kerana ia bertindak sebagai sebab dan akibat kepada tingkah laku. Sifat membuli ini boleh membunuh masa hadapan ekoran dari sifat ini jugalah seseorang mempunyai kesamaran dalam matlamat hidupnya. Ponteng termasuk salah laku seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Salah laku kurang sopan adalah berpakaian tidak kemas dan bercakap kasar dengan guru. Ancam pengawas pula hampir sama dengan kes membuli pelajar lain tetapi di sini lebih di fokuskan kepada pengawas sekolah yang selalunya membantu dan mempunyai hubungan yang baik dengan para guru. Ini selari dengan kajian Idris 2000, terhadap 80 orang pelajar ponteng dan lepak di pantai Lido, bangunan Komtar, Stesen Bas Larkin. Penyelidik telah membuat soal selidik tentang latar belakang diri remaja yang ponteng dan faktor-faktor ponteng. Hasil daripada kajian yang dijalankan ternyata faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling utama menyebabkan pelajar ponteng. Hasil kajian juga membuktikan majoriti responden besetuju bahawa masalah kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah tinggi. Ini sekali gus membuktikan bahawa masalah kemerosotan disiplin dikalangan pelajar sekolah menengah perlu dipandang serius oleh semua pihak supaya tidak berlanjutan. Sikap terbuka sesetengah sekolah yang berani membongkarkan kes salah laku pelajar perlu dipuji dan dicontohi. Jika disorok sampai bila pun masalah ini tidak dapat diselesaikan dan para guru terpaksa berdepan dengan pelajar yang bermasalah. 5.2.3 Objektif 2 : Mengenal pasti persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam menguruskan disiplin pelajar Secara keseluruhan bagi objektif kedua iaitu mengenal pasti persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam menguruskan disiplin pelajar adalah tinggi iaitu 3.78. Hasil kajian menunjukkan tujuh daripada lapan item bagi kemahiran bekerjasama dalam kumpulan berada pada tahap yang tinggi dan hanya satu item berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan kesemua item dalam objektif kedua ini. Bermula dengan penyataan “Saya mudah bergaul dengan pelajar”, “Saya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik”, “Saya mengamalkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mencabar”, “Saya menjalin hubungan yang baik dengan guru bimbingan kaunseling dalam mengurus disiplin pelajar”, “Saya ada kemahiran merancang dan mengurus kemajuan pembelajaran.”, “Saya seorang guru disiplin yang mewujudkan pemuafakatan di kalangan pelajar bermasalah disiplin”dan akhirnya “Saya mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah disiplin pelajar”. Semua pernyataan di atas berada pada tahap tinggi dan ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan yang baik antara guru dan pelajar dalam menangani masalah kemerosotan disiplin di kalangan pelajar. Ini selari dengan kajian Mohd Ismail Othman 2004, yang menyatakan bahawa interaksi di antara murid dan guru adalah penting supaya murid-murid menghormati undang-undang sekolah. Kajian psikologi menunjukkan persekitaran memberi kesan terhadap kelakuan seseorang. Suasana dibentuk melalui gabungan keamatan cahaya, warna, suhu dan organisasi. Secara keseluruhannya, guru perlu mencipta suasana dan persekitaran yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran Weinstein,1979 dalam Tom V. Savage, 1991. Menurut Omardin 1996, kawalan saiz kelas adalah penting. Dengan adanya nisbah guru-pelajar yang sesuai dengan saiz kelas yang tidak besar dapat menjamin perhubungan guru-pelajar lebih baik. Hal ini kerana guru merupakan role-model atau contoh ikutan kepada pelajar- pelajar.Guru juga merupakan individu kedua yang rapat dengan pelajar selepas ahli keluarga.Oleh itu, hubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat membantu mengurangkan masalah kemerosotan disiplin di kalangan pelajar. Teguran yang diberikan oleh guru untuk memperbaiki disiplin pelajar akan diterima dengan mudah dan terbuka jika wujudnya hubungan yang baik antara dua golongan ini. Menurut Willis dan William 1982, terdapat tiga komponen iklim yang menentukan keberkesanan disiplin di sekolah. Pertama, mengenal pasti sekolah sebagai punca masalah disiplin. Kedua, mengenal pasti tanggungjawab staf dalam membangunkan dan mengekalkan komitmen untuk meningkatkan tahap disiplin sekolah. Ketiga, jawatankuasa yang terlibat perlu mengenal pasti objektif dalam kaedah menyelesaikan masalah disiplin. Pengurusan disiplin yang cekap membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara licin dan teratur.. Suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi tenang dan pelajar memahami kandungan pengajaran dengan lebih sempurna. Selain itu, jika pelajar mematuhi kandungan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, keselamatan mereka akan terjamin. Melalui pengurusan disiplin yang baik, nilai moral pelajar dapat dibentuk dan dipupuk ke tahap yang memuaskan dan suasana bilik darjah menjadi kundusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan Mohd. Ismail Othman, 2004. 5.2.4 Objektif 3 : Mengenal pasti keperluan latihan yang diperlukan oleh guru disiplin dalam menangani masalah disiplin pelajar yang semakin merosot Berdasarkan keputusan keseluruhan bagi objektif ketiga iaitu mengenal pasti keperluan latihan yang diperlukan oleh guru disiplin dalam menangani masalah disiplin pelajar yang semakin merosot adalah sederhana iaitu 3.02. Terdapat lapan item yang dibincangkan dalam bahagian ini. Namun begitu, hanya lima item sahaja mendapat perhatian di mana mempunyai min melebihi 3.00. Lima pernyataan yang terlibat ialah “Saya ada panduan bagi mengatasi masalah disiplin pelajar”, “Saya mempunyai latihan yang mencukup dalam mengurus disiplin pelajar”, “Kursus- kursus bercorak disiplin sentiasa dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran”, “Saya mengkaji dan memperkemas peraturan-peraturan disiplin yang sedia ada” dan “Saya memiliki kemahiran yang mantap dalam mengurus pembangunan sahsiah pelajar”. Guru disiplin dapat mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kelembutan seperti menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling serta mengenal pasti punca masalah sebenar. Keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang kecil juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka Case, 1985. Begitu juga dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar di sekolah, setiap guru perlu meng-gunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Menurut Ibid 2001, dalam Abdullah Sani Yahaya 2005, guru perlu mengetahui jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar barulah kaedah-kaedah penyelesaian dipilih mengikut kesesuaian jenis kesalahan yang dilakukan. Sekolah perlu menyediakan ahli psikologi atau kaunselor bimbingan bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam proses perkembangan sosio emosi. Ee Ah Meng 1987, memberi cadangan-cadangan bahawa teknik-teknik pengajaran memusatkan guru perlu berubah kepada teknik-teknik memusatkan murid-murid di mana keperluan murid dapat dilayani. Lagipun aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu akan menarik minat murid serta menyeronokkan mereka. Di samping itu, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, murid-murid yang gembira serta sibuk menjalankan aktiviti jarang menimbulkan masalah disiplin.

5.2.5 Objektif 4 : Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi