2.7 Kemerosotan Disiplin Kajian Tempatan
Pada tahun 1994, Unit Disiplin, Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia menjalankan kajian berkaitan masalah disiplin di sekolah. Hasil
kajian ini menunjukkan peratus kejadian kes didiplin di sekolah mengikut sepuluh jenis kesalahan yang dikenal pasti di kalangan 1,191,233 orang pelajar sekolah
menengah di Malaysia. Jenis kesalahan datang lewat adalah 1.43 peratus, ponteng sekolah 1.36 peratus, rambut panjang 0.92 peratus, merokok 0.41 peratus,
berkelakuan kurang sopan 0.30 peratus, bergaduh 0.27 peratus, bersikap degil 0.27 peratus, mengganggu pengajaran guru 0.25 peratus dan merosakkan harta benda
sekolah pula sebanyak 0.16 peratus.
Rahimah 1982, menjalankan kajian bagi melihat perlakuan pelanggaran disiplin pelajar-pelajar sekolah menengah. Hasil kajian didapati faktor keluarga,
sekolah dan sikap guru tidak mempengaruhi pelajar-pelajar dalam pelanggaran disiplin. Sebenarnya rakan sebaya adalah lebih mempengaruhi pelajar-pelajar dalam
pelanggaran didiplin.
Iran Herman 1995, telah menggunakan soal selidik yang direka sendiri setelah menjalankan kajian rintis. Kajian yang dilakukan oleh beliau terlibat
kalangan pelajar luar Bandar, peratus yang paling tinggi melaporkan teman mereka terlibat dengan perbuatan mencuru. Ini diikuti oleh menghisap rokok, terlibat dengan
bahan bacaan lucah dan juga berjudi. Remaja luar Bandar mempersepsikan amalan dan tingkah laku lepak sebagai satu cara yang mudah bagi mereka untuk berjumpa
teman sebaya mereka.
Dalam kajian Mohd. Shubari 2000, ke atas 300 orang pelajar di tujuh buah sekolah di daerah Manjung, Perak juga menunjukkan rakan sebaya memainkan
peranan yang paling penting mempengaruhi kejadian salah laku di sekolah menengah.
Satu kajian yang dilakukan ke atas sikap dan amalan pelajar ponteng di sebuah Sekolah Daerah Keningau telah dijalankan oleh Ishak 2004. Beliau telah
menggunakan 304 orang pelajar untuk menjalankan kajian kes. Aktiviti yang dijalankan ketika ponteng sekolah ialah minuman di kedai kopi sambil berbual-bual
untuk melakukan perbuatan negatif seperti mencuri ayam, berpeleseran di perpustakaan daerah dengan teman wanita, mandi sungai serta berlepak dan
berpeleseren di kedai.
Universiti Malaya 2001, telah menjalankan kajian tingkah laku remaja di Johor. Subjek kajian ialah seramai 1642 pelajar dari sembilan buah sekolah
menengah di seluruh Negeri Johor. Dapatan kajian menunjukkan remaja sangat memerlukan nilai-nilai sahsiah yang positif, baik, murni terutamannya daripada ibu
bapa dan ahli keluarga mereka. Remaja amat memerlukan sokongan, perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa serta anggota keluarga mereka. Keharmonian keluarga
merupakan medium kawalan atau pencegahan utama remaja dari terlibat dengan salah laku sosial yang negatif.
Menurut Kleiber 1980, telah melakukan kajian terhadap aktiviti masa lapang pelajar-pelajar remaja. Seramai 152 pelajar akhir remaja dari Universiti
Southwestern, Amerika. Seramai 86 remaja perempuan dari 66 remaja lelaki yang terlibat. Taylor Manifest Anxiety Scale Taylor, 1964, telah digunakan untuk aktiviti
harian pelajar selain dari waktu pembelajaran. Hasil kajian tersebut melaporkan bahawa pelajar yang sangat minat untuk belajar kurang meluangkan masa untuk
aktiviti lepak. Ini menyebabakan interaksi di antara kawan tidak begitu rapat.
Kumar 2000, telah menggunakan soal selidik yang direka sendiri setelah menjalankan kajian rintis. Kajian dijalankan ke atas pelajar Bandar di Wilayah
Persekutuan. Hasil kajian mendapati bahawa 27.7 peratus responden pelajar terlibat kegiatan gengsterisme dengan perbuatan mencuri. Ini diikuti oleh menghisap rokok,
peras ugut dan memconteng tembok-tembok awam pada waktu malam. Responden menyatakan bahawa kegiatan gengsterisme di andaikan sebagai pertemuan bersama
rakan sebaya.
Dalam artikel seorang penulis bebas, remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan yang menentukan wawasan negara. Kepesatan pembangunan
ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka. Salah satu daripada gejala yang
berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan maklumat dan komunikasi ICT di kalangan remaja. Aktiviti seperti ‘Lepak Siber’ melayari halaman lucah dan
hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja.
2.8 Kemerosotan Disiplin Kajian Luar Negara