Faktor Persekitaran Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar

Di sekolah, murid memperoleh prestasi yang memuaskan, menjawat jawatan yang bertanggungjawab seperti pengawas dan mendapat penerimaan guru dan rakan sebaya. Keadaan positif ini akan membentuk personaliti yang positif. Prestasi di dalam bilik darjah akan mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pelajar tersebut gembira dan tekun belajar serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jika pelajar selalu gagal, maka pengalaman pahit itu akan mendorongkan pelajar itu mudah putus asa dan takut menghadapi peperiksaan. Persekitaran sekolah akan menjadi fobia bagi pelajar seperti ini. Jesteru, pihak sekolah perlu memberikan tumpuan terhadap tingkah laku pelajar seperti ini dengan memberikan peneguhan positif.

2.2.5 Faktor Persekitaran

Wong Khek Seng 1996, menyatakan persekitaran yang canggih dan menarik seperti kompleks membeli belah, arked video, pusat snuker, taman-taman rekreasi, pusat-pusat hiburan dan sebagainya, menjadi faktor tarikan utama yang menyebabkan kejadian melepak berlaku pada zaman moden ini. Dalam kehidupan seharian besar kemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula takrif persekitaran adalah lebih meluas. Menurut Norman L. Munn 1969, berpendapat persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit kebakaan. Persekitaran dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu kea rah pencapaian yang baik dalam pelajaran, selain daripada faktor baka. Antara faktor persekitaran itu termasuklah faktor peranan ibu bapa, masalah keluarga, pengaruh sekolah, rakan sebaya, masyarakat, motivasi dan peranan multimedia. Di samping itu, dalam memenuhi keperluan sosial, individu memerlukan ruang untuk menjalankan aktiviti sosial. Menurut Aishah 1993, ciri-ciri bangunan tinggi seperti rumah pangsa dan bilik kediaman menghadkan aktiviti rekreasi dijalankan di dalam rumah. Oleh itu, penghuni akan lebih kerap keluar dari rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah dari dalam rumah. Mereka yang tinggal di kawasan perumahan akan lebih kerap berjumpa kawan- kawan di kawasan persekitaran, dengan itu mereka terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah seandainya tersalah pilih kawan. Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan persekitaran pula menghasilkan perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya. Boleh dikatakan, faktor tingkah laku adalah ‘pelengkap’. Tidak semua organisma, tidak kira potensi dan kualiti asanya, kebolehan ataupun mempunyai ciri yang sama sekali kerana bergantung pada jenis persekitaran tempat mereka membesar. Antara persekitaran yang dapat merosakkan akhlak remaja adalah, konsert rock, pusat-pusat permainan video, pengguguran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyiaran gambar lucah, penubuhan pusat-pusat hiburan yang beransurkan seks dan simbol seks seperti pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita. Di samping itu, Hall 1972, pula mentafsirkan bahawa zaman remaja sebagai zaman yang kritikal. Dalam zamannya, remaja akan mengalami ketegangan perasaan, kegelisahan dan terpaksa menempuh berbagai-bagai cabaran.

2.2.6 Faktor Guru