Apakah Persepsi Guru Disiplin Terhadap Kemahiran Dalam Mengurus Disiplin

4.4.1 Apakah Persepsi Guru Disiplin Terhadap Kemahiran Dalam Mengurus Disiplin

Jadual 4.4.1 menunjukkan analisis taburan responden mengikut kekerapan, peratus, sisihan piawai dan min terhadap persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam mengurus disiplin. Penyataan “Saya mudah bergaul dengan pelajar” mempunyai tahap min yang tinggi iaitu 4.17 dan sisihan piawai ialah 0.57. Didapati jumlah responden yang sangat tidak setuju ialah 1 orang atau 0.5 peratus, 1 orang atau 0.5 peratus tidak setuju, 9 orang atau 4.5 peratus tidak pasti, 142 orang atau 71 peratus setuju dan 47 orang atau23.5 peratus sangat setuju. Sementara itu, penyataan “Saya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.” dengan tahap min yang tinggi iaitu 4.17 dan sisihan piawai 0.63. Hasil kajian menunjukkan 1 orang atau 0.5 peratus sangat tidak setuju, 2 orang atau 1 peratus tidak setuju, 14 orang atau 7 peratus tidak pasti, 129 orang atau 64.5 peratus setuju dan 54 orang atau 27 peratus sangat setuju. Selain itu, penyataan “Saya mengamalkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mencabar” mempunyai tahap min yang tinggi iaitu 4 dan sisihan piawai 0.54. Didapati seramai 4 orang atau 2 peratus tidak setuju 17 orang atau 18.5 peratus tidak pasti, 154 orang atau 77 peratus setuju dan 25 orang atau 12.5 peratus sangat setuju. Di samping itu, penyataan “Saya menjalin hubungan yang baik dengan guru bimbingan kaunseling dalam mengurus disiplin pelajar” dengan tahap min yang tinggi iaitu 3.90 dan sisihan piawai 0.85. Bilangan responden yang berpendapat sangat tidak setuju ialah 3 orang atau 1.5 peratus, 17 orang atau 8.5 peratus tidak setuju 14 orang atau 7 peratus tidak pasti, 130 orang atau 65 peratus setuju dan 36 orang atau 18 peratus sangat setuju. Setetusnya, penyataan “Saya ada kemahiran merancang dan mengurus kemajuan pembelajaran.” mempunyai tahap min yang tinggi iaitu 3.85 dan sisihan piawai 0.82. Dengan itu, jumlah responden yang sangat tidak setuju adalah 5 orang atau 2.5 peratus, 13 orang atau 6.5 peratus tidak setuju 15 orang atau 7.5 peratus tidak pasti, 142 orang atau 71 peratus setuju dan 25 orang atau 12.5 peratus sangat setuju. Justeru itu, penyataan “Saya seorang guru disiplin yang mewujudkan pemuafakatan di kalangan pelajar bermasalah disiplin” mempunyai tahap min yang sederhana iaitu 3.65 dan sisihan piawai 0.93. Didapati seramai 5 orang atau 2.5 peratus berpendapat sangat tidak setuju, 23 orang atau 11.5 peratus tidak setuju 34 orang atau 17 peratus tidak pasti, 113 orang atau 56.5 peratus setuju dan 25 orang atau 12.5 peratus sangat setuju. Penyataan “Saya mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah disiplin pelajar.” mempunyai tahap min yang sederhana iaitu3.51 dan sisihan piawai 0.96. Hasil kajian menunjukkan 2 orang atau 1 peratus sangat tidak setuju, 42 orang atau 21 peratus tidak setuju 27 orang atau 13.5 peratus tidak pasti, 110 orang atau 55 peratus setuju dan 19 orang atau 9.5 peratus sangat setuju. Bagi penyataan “Saya seorang guru disiplin yang bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam pengurusan disiplin” dengan tahap min yang sederhana dan sisihan piawai 1.15. Jumlah responden yang berpendapat sangat tidak setuju ialah 14 orang atau 7 peratus, 64 orang atau 32 peratus tidak setuju 43 orang atau 21.5 peratus tidak pasti, 57 orang atau 28.5 peratus setuju dan 22 orang atau 11 peratus sangat setuju. Jadual 4.4.1 :Analisis Taburan Responden Mengikut kekerapan, peratus, Sisihan Piawai dan Min Terhadap Persepsi Guru Disiplin Terhadap Kemahiran Dalam Mengurus Disiplin n = 200 No Pernyataan STS TS TP S SS Min SP 1 2 3 4 5 1 Saya mudah bergaul dengan pelajar 1 0.5 1 0.5 9 4.5 142 71.0 47 23.5 4.17 0.57 2 Saya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. 1 0.5 2 1.0 14 7.0 129 64.5 54 27.0 4.17 0.63 3 Saya mengamalkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mencabar 0.0 4 2.0 17 8.5 154 77.0 25 12.5 4.00 0.54 4 Saya menjalin hubungan yang baik dengan guru bimbingan kaunseling dalam mengurus disiplin pelajar 3 1.5 17 8.5 14 7.0 130 65.0 36 18.0 3.90 0.85 5 Saya ada kemahiran merancang dan mengurus kemajuan pembelajaran. 5 2.5 13 6.5 15 7.5 142 71.0 25 12.5 3.85 0.82 6 Saya seorang guru disiplin yang mewujudkan pemuafakatan di kalangan pelajar bermasalah disiplin 5 2.5 23 11.5 34 17.0 113 56.5 25 12.5 3.65 0.93 7 Saya mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah disiplin pelajar. 2 1.0 42 21.0 27 13.5 110 55.0 19 9.5 3.51 0.96 8 Saya seorang guru disiplin yang bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam pengurusan disiplin pelajar 14 7.0 64 32.0 43 21.5 57 28.5 22 11.0 3.05 1.15 Purata 3.78 0.80

4.4.2 Taburan Tahap Persepsi Guru Disiplin Terhadap Kemahiran Dalam Mengurus Disiplin