Teori Pertukaran Sosial Teori Konsep Kendiri

2.4.2.1 Teori Pertukaran Sosial

Pembelajaran sosial boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model bertingkah laku. Ini bererti persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku. Kesesuaian tingkah laku bergantung kepada peraturan sosial sesuatu masyarakat dan tempat. Teori pembelajaran sosial adalah mengelakkan konsep- konsep seperti dorongan dan pengurangan dorongan di mana mereka percaya tingkah laku adalah ditetapkan. Ini berdasarkan situasi tertentu akan menghasilkan tindak balas yang tertentu. Ini dapat dijelaskan lagi apabila makan akan mengurangkan rasa lapar serta mendorong manusia untuk mencari makanan. Teori pembelajaran sosial diasaskan oleh Albert Bandura dan rakan- rakannya. Teori ini menyarankan bahawa di dalam proses interaksi anatara manusia, peniruan berlaku dan ini menghasilkan pembelajaran. Bandura menyarankan bahawa manusia dan kanak-kanak khususnya memperolehi berbagai-bagai pengetahuan dengan hanya memerhati dan meniru orang lain. Ini membawa perubahan tingkah laku pada manusia. Bandura seterusnya berpendapat bahawa perubahan tingkah laku menggambarkan telah berlakunya pembelajaran. Menurut Bandura 1986, beliau menumpukan pembentukan sikap. Beliau percaya bahawa seseorang itu membentuk sikap melalui pemerhatian tingkah laku orang lain dan kemudian melakukan kembali tingkah laku yang telah dilihatnya. Bandura mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang berunsur agresif Zirpoli, 1993. Bandura 1960, telah mengatakan bahawa dengan mengamati sesuatu fenomena, individu mengumpulkan maklumat dan memproses secara kognitif serta bertindak melalui cara yang boleh menguntungkan dirinya. Pendapat Bandura 1960, mengatakan tingkah laku yang dipelajari secara carapan adalah lebih kompleks daripada tingkah laku yang ditiru melalui pembelajaran imitatif. Bandura 1965, telah memperkenalkan eksperimen model yang melibatkan peranan kognisi dalam pembelajaran. Menurut Bandura 1965, model adalah apa sahaja benda atau objek yang boleh memberi maklumat kepada pemerhatinya. Ia boleh merupakan manusia, filem, gambar-gambar, arahan, kenyataan, deskripsi, haiwan, televisyen atau suratkhabar. Contohnya, apabila sesorang kanak-kanak yang melihat orang lain bermain sesuatu permainan sekurang-kurangnya kanak-kanak tahu memegang raket, melambung bulu tangkis dan memukulnya melepasi jarring. Bandura menekankan bahawa jika dahulu kanak-kanak tidak tahu bertingkah agresif, maka kanak-kanak ini dikatakan telah belajar bertingkah laku agresif. Atasdasar inilah golongan ahli-ahli psikologi sosial ini menyarankan bahawa proses perubahan tingkah laku inilah yang dikatakan pembelajaran, yang berlaku melalui peniruan. Mengikut teori pembelajaran sosial, ponteng sekolah, membuli, melepah adalah tingkah laku yang dikawal oleh ganjaran dan peneguhan luaran Bandura, 1977. Tingkah laku ponteng kelas, membuli, melepak digolongkan dalam tingkah laku agresif remaja melepak seolah-olah memprotes segala perkara yang ada dalam kehidupan setempat mereka sehingga menimbulkan tanggapan mereka tidak puas hati. Oleh itu, tingkah laku ponteng, membuli, merupakan hasil daripada proses pembelajaran dan peniruan terhadap tingkah laku orang lain.

2.5 Teori Pembelajaran Sosial Oleh Bandura Sebagai Model Kajian