Di samping itu, dalam memenuhi keperluan sosial, individu memerlukan ruang untuk menjalankan aktiviti sosial. Menurut Aishah 1993, ciri-ciri bangunan tinggi seperti
rumah pangsa dan bilik kediaman menghadkan aktiviti rekreasi dijalankan di dalam rumah. Oleh itu, penghuni akan lebih kerap keluar dari rumah untuk mendapatkan
keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah dari dalam rumah.
Mereka yang tinggal di kawasan perumahan akan lebih kerap berjumpa kawan- kawan di kawasan persekitaran, dengan itu mereka terdedah kepada gejala yang tidak
sihat seperti penagihan dadah seandainya tersalah pilih kawan.
Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan persekitaran pula menghasilkan perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya. Boleh dikatakan,
faktor tingkah laku adalah ‘pelengkap’. Tidak semua organisma, tidak kira potensi dan kualiti asanya, kebolehan ataupun mempunyai ciri yang sama sekali kerana
bergantung pada jenis persekitaran tempat mereka membesar. Antara persekitaran yang dapat merosakkan akhlak remaja adalah, konsert rock, pusat-pusat permainan
video, pengguguran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyiaran gambar lucah, penubuhan pusat-pusat hiburan yang beransurkan seks dan simbol seks seperti
pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita.
Di samping itu, Hall 1972, pula mentafsirkan bahawa zaman remaja sebagai zaman yang kritikal. Dalam zamannya, remaja akan mengalami ketegangan
perasaan, kegelisahan dan terpaksa menempuh berbagai-bagai cabaran.
2.2.6 Faktor Guru
Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepada kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruan
sebagai pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Sama ada berkelakuan baik ataupun tidak, ia tidak menjadi soal bagi mereka.
Terdapat juga beberapa guru yang tidak cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan mereka kepada pembentukan dan pengawalan tatatertib yang baik di
kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Ini kerana mereka menpunyai sikap ‘tidak ambil tahu’. Ada pula guru-guru dikatakan tidak mahu
berbuat apa-apa bagi mencegah kelakuan tidak baik supaya mereka tidak dibenci oleh murid kerana ingin menjadi popular di kalangan murid-murid. A. Rajaguru,
Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad, 1982:263.
Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat luas berbanding pekerjaan yang lain. Logan Logan,1974. Guru
bertanggungjawab sebagai pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat,, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain.
Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak langsung di sekolah. Guru-guru perlu menitikberatkan aspek-aspek pengetahuan, tingkah laku, tanggungjawab dan
kecekapan guru.
Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan perkembangan pelajar. Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta strategi-strategi
yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi kebolehan dan minat. Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses
pengajaran serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak pengetahuan terutama daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaran
yang akan diajar Logan Logan, 1974.
Guru-guru adalah model menjadi contoh kepada para pelajar. Guru bertanggungjawab membina hubungan dengan setiap pelajar dengan setiap pelajar
dan memandang mereka sebagai individu yang unik. Guru perlu berupaya membuatkan pelajar menonjolkan kebolehan mereka. Guru bertindak sebagai
pendorong, pembimbing serta pemangkin bagi membentuk pengalaman pelajar.
Guru bertanggungjawab menentukan objektif, memilih, merancang, membimbing dan memperkembangkan pengalaman bagi mendorong semua pelajar menyahut
cabaran berdasarkan kebolehan dan minat pelajar itu. Guru menyesuaikan aktiviti mengikut tahap perkembangan pelajar. Contohnya memulakan dengan sesuatu yang
konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks serta sentiasa mendorong pelajar mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab guru ini tedak terhad kepada
pengajaran sahaja, namun guru perlu peka dengan latar belakang pelajar. Dalam hal ini, guru perlu mengambil kira aspek latar belakang supaya dapat menyampaikaan
pengajaran dengan adil dan berkesan.
Guru-guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan
berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang
kondusif. Guru-guru juga cekap menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang selaras dengan keperluan dan perkembangan pelajar. Di samping itu, guru perlu bijak
menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang inovatif dan memberikan ganjaran kepada tingkah laku kreatif.
Guru memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin di sekola. Guru patut menjalankan tugas sebetulnya dalam memahami latarbelakang dan
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru memerlukan kerjasama, komunikasi dan persefahaman pihak ibu bapa. Guru yang sepatutnya memainkan
peranan sebagai role model kadang-kadang melakukan perbuatan negatif tanpa disedari dan ini membawa kesan buruk dalam pembentukan sahsiah pelajar.
Seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupannya. Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri
daripada membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas. Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasa
mengajar. Guru yang sentiasa berkeadaan tenang pasti mudah didekati pelajar.
Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar,
bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada
mengenakan hukuman.
2.2.7 Kemahiran Mengurus Disiplin