Apakah Masalah-masalah Disiplin Dari Persepsi Guru Disiplin

4.6.1 Apakah Masalah-masalah Disiplin Dari Persepsi Guru Disiplin

Jadual 4.6.1 menunjukkan analisis taburan responden mengikut kekerapan, peratus, Sisihan Piawai dan min bagi jenis masalah-masalah disiplin pernyataan 30 “Rosakkan Harta Benda” mempunyai nilai min 3.95 iaitu tahap min yang tinggi dan sisihan piawai ialah 0.82 di mana 1 orang atau 0.5 peratus sangat tidak setuju dengannya, 18 orang atau 9 peratus tidak setuju, diikuti 12 orang atau 6.0 peratus tidak pasti dengan pernyataan ini, 129 orang atau 64.5 peratus setuju dan hanya 40 orang atau 20.0 peratus sangat setuju dengannya. Bagi pernyataan “Buli Pelajar Lain” dengan nilai min 3.93 iaitu tahap min tinggi dan sisihan piawai ialah 0.95 dengan 27 orang atau 13.5 peratus tidak setuju dengan pernyataan in, 17 orang atau 8.5 peratus tidak pasti, 100 orang atau 50 peratus setuju dan 56 orang atau 28 peratus sangat setuju dengannya. Seterusnya, adalah pernyataan “Ponteng” dengan nilai min 3.92 iaitu tahap min tinggi dan sisihan piawai 0.88 dengan 124 orang atau 62 peratus setuju, 8 orang atau 4 peratus tidak pasti, 43 orang atau 21.5 peratus sangat setuju, 24 orang atau 12 peratus tidak setuju dan 1 orang atau 0.5 peratus sahaja yang sangat tidak setuju. Pernyataan “Kurang Sopan” dengan nilai min 3.85 berada pada tahap tinggi dan sisihan piawai ialah 0.96 mempunyai responden yang sangat tidak setuju seramai 1 orang atau 0.5 peratus, 29 orang atau 14.5 peratus tidak setuju, 16 orang atau 8 peratus tidak pasti, 107 orang atau 53.5 peratus setuju dan 47 orang atau 23.5 peratus sangat setuju. Selain itu, penyataan “Ancam Pengawas” mempunyai nilai min 3.78 dan tahap min tinggi serta sisihan piawai ialah 0.96 dengan 19 orang atau 9.5 peratus tidak setuju, 32 orang atau 16 peratus tidak pasti, 104 orang atau 52 peratus setuju dan 40 orang atau 20 peratus sangat setuju dengan pernyataan ini. Hanya 5 orang atau 2.5 peratus yang sangat tidak setuju dengannya. Di samping itu, penyataan “Peras Ugut” dengan nilai min berada pada tahap sederhana iaitu 3.66 dan sisihan piawai ialah 0.93. Didapati 1 orang atau 0.5 peratus sangat tidak setuju dengannya, 29 orang atau 14.5 peratus tidak setuju, diikuti 38 orang atau 19.0 peratus tidak pasti dengan pernyataan ini, 101 orang atau 50.5 peratus setuju dan hanya 31 orang atau 15.5 peratus sangat setuju. Justeru itu, penyataan “Lepak di Pusat Beli-Belah” mempunyai nilai min 3.54 berada pada tahap sederhana dan sisihan piawai 1.01. Hasil kajian menunjukkan 5 orang atau 2.5 peratus sangat tidak setuju dengannya, 29 orang atau 14.5 peratus tidak setuju, 40 orang atau 20.0 peratus tidak pasti dengan pernyataan ini, 92 orang atau 46 peratus setuju dan hanya 34 orang atau 17 peratus sangat setuju. Manakala penyataan “Merokok” mempunyai nilai min dalam tahap sederhana iaitu 3.54 dan SP 1.15. Jumlah responden yang sangat tidak setuju adalah 16 atau 8 peratus sangat tidak setuju dengannya, 25 orang atau 12.5 peratus tidak setuju, 27 orang atau 13.5 peratus tidak pasti dengan pernyataan ini, 99 orang atau 49.5 peratus setuju dan hanya 33 orang atau 16.5 peratus sangat setuju. Jadual 4.6.1 : Analisis Taburan Responden Mengikut kekerapan, peratus, Sisihan Piawai dan Min Bagi Jenis masalah-masalah disiplin n = 200 No Pernyataan STS TS TP S SS Min SP 1 2 3 4 5 1 Rosakkan Harta Benda 1 0.5 18 9.0 12 6.0 129 64.5 40 20.0 3.95 0.82 2 Buli Pelajar Lain 0.0 27 13.5 17 8.5 100 50.0 56 28.0 3.93 0.95 3 Ponteng 1 0.5 24 12.0 8 4.0 124 62.0 43 21.5 3.92 0.88 4 Kurang Sopan 1 0.5 29 14.5 16 8.0 107 53.5 47 23.5 3.85 0.96 5 Ancam Pengawas 5 2.5 19 9.5 32 16.0 104 52.0 40 20.0 3.78 0.96 6 Peras Ugut 1 0.5 29 14.5 38 19.0 101 50.5 31 15.5 3.66 0.93 7 Lepak di Pusat Beli- Belah 5 2.5 29 14.5 40 20.0 92 46.0 34 17.0 3.61 1.01 8 Merokok 16 8.0 25 12.5 27 13.5 99 49.5 33 16.5 3.54 1.15 9 Lukis Gambar di Dinding 10 5.0 19 9.5 32 16.0 104 52.0 40 20.0 3.31 1.11 10 Melawan dan Pukul Guru 28 14.0 61 30.5 43 21.5 53 26.5 15 7.5 2.83 1.19 Purata 3.64 1.00

4.6.2 Taburan Tahap Masalah-masalah Disiplin Dari Persepsi Guru Disiplin