Faktor Rakan Sebaya Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar

2.2.2 Faktor Rakan Sebaya

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej Pomberi,1990; Mahmood,1991. Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, oreintasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka. Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Pada peringkat remaja, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Perhubungan baru seperti hubungan antara jantina berlainan wujud dan rakan sebaya menggantikan keluarga dalam aktiviti sosial serta riadah. Remaja mempunyai pelbagai hubungan dengan rakan sebaya dan mereka menghadapi budaya yang mempunyai norma dan sistem nilai berbeza. Remaja mendapat maklumat berkenaan di luar keluarga serta maklum balas mengenai keupayaan mereka daripada rakan sebaya. Remaja memerlukan rakan-rakan sebaya dengan mereka bagi membantu perkembangan diri. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Sebaliknya, rakan sebaya yang tidak mempunyai akhlak yang baik mempengaruhi akhlak rakannya ke arah yang tidak baik juga. Pengaruh rakan sebaya adalah sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap remaja apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada rakannya Artwater,1998. Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mempraktikkan tingkah laku yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada masa hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian akademik dan sukan ataupun negatif seperti penagihan dadah dan alkohol. Menurut Freud dalam Fiest dan Fiest, 1936, peringkat latensi merupakan peringkat ‘senyap’ dalam kehidupan seksual remaja. Pada peringkat latensi ini, remaja dapat membentuk cara hidup, kefahaman dan cara berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat. Perubahan ini tidak akan merungsingkan sangat kalau teknik-teknik pertukaran itu dialami sedikit demi sedikit. Remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa shaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara sama supaya diterima oleh kumpulannya. Mereka akan membuat perkara di luar jangkaan bagi menarik perhatian orang lain. Gaya berpakaian, pertuturan, sikap dan lagaknya mengikut cara rakan-rakannya. Menurut Havighurst dan Neugarten dalam Manja 1990, kelompok sebaya adalah satu kelompok yang khusus dan kanak-kanak berinteraksi seperti mana yang berlaku dalam keluarga. Kelompok ini biasanya mempunyai dunia yang tersendiri dengan peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu. Keadaan yang sama diperolehi daripada kajian yang dilakukan oleh Manja 1996, menyatakan bahawa apabila seeorang remaja itu sudah yakin dengan pemilihan rakan sebaya yang sama minat, maka hubungan mereka akan menjadi lebih erat. Apa yang rakannya lakukan maka dia juga akan turut melakukannya. Pendapat ini disokong oleh Maslow dalam Hazil 1990. Beliau menyatakan bahawa anak-anak yang menyertai satu kumpulan atau yang akan mempunyai perasaan kekitaan di dalam kumpulan tersebut. Dari segi emosi, mereka lebih bergantung kepada rakan sebaya. Oleh itu, apa saja yang dilakukan akan cepat disanjungi dan pujian yang mereka menyaingi apa yang diharapkan oleh ibu bapa. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan , begitulah sikap murid berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya juga menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat–sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka pelajar ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Pelbagai perkara positif yang dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran sekolah, pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri. Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya ini cenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, meniru dalam peperiksaan dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran mereka.

2.2.3 Faktor Keluarga