Populasi Sampel Kajian Subjek Kajian

3.3 Subjek Kajian

3.3.1 Populasi

Menurut Hj. Mohamad Hatta bin Md Salleh Penyelia Disiplin Unit Hal Ehwal Murid di Jabatan Pelajaran Negeri Johor populasi guru disiplin di sekolah menengah seluruh Negeri Johor adalah seramai 236 orang. Beliau juga memberi penerangan bahawa mereka adalah ketua guru disiplin dan menjadi wakil bagi setiap sekolah. Beliau juga memberi penerangan bahawa setiap sekolah mempunyai ahli jawatankuasa seramai 6 hingga 7 orang guru disiplin. Subjek kajian ini terdiri daripada 200 orang guru disiplin. Populasi kajian ini adalah di kalangan guru-guru disiplin yang dipilih dari dua puluh buah sekolah menengah dari empat buah daerah di Negeri Johor.

3.3.2 Sampel Kajian

Menurut Webster 1985, sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin 1993, sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Kajian ini hanya melibatkan guru-guru disiplin. Menurut Azizi 2007, saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Responden yang terpilih adalah terdiri daripada 3 jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Responden kajian ini juga terbahagi kepada 2 jantina utama iaitu lelaki dan perempuan. Kajian ini menggunakan kaedah persempelan kelompok atas kelompok. Menurut Azizi 2007, persampelan kelompok atas kelompok ini sangat sesuai digunakan apabila populasi itu besar dan kawasan kajian dibahagikan kepada empat buah daerah. Beberapa buah sekolah menengah dipilih oleh penyelidik untuk dijadikan sampel kajian. Seramai 60 orang guru disiplin dari Daerah Johor Bahru, 50 orang guru disiplin dari Daerah Pasir Gudang, 40 orang guru disiplin dari Daerah Kota Tinggi dan 50 orang guru disiplin dari Daerah Kulai telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden Kajian. Sampel kajian dipilih berdasarkan kepada jadual persampelan di bawah iaitu sebanyak 200 dari empat buah daerah di Negeri Johor. Pemilihan sampel ini adalah merujuk kepada Krejeic dan Morgan 1970 yang menentukan saiz sampel berdasarkan kepada jadual 3.3 yang berikut. Jadual 3.2: Jadual Penentuan Saiz sampel, Krejcie, R.V. Morgan, D.W. 1970 N S N S N S 10 10 220 140 1200 291 15 14 230 144 1300 297 20 19 240 148 1400 302 25 24 250 152 1500 306 30 28 260 155 1600 310 35 32 270 159 1700 313 40 36 280 162 1800 317 45 40 290 165 1900 320 50 44 300 169 2000 322 55 48 320 175 2200 327 60 52 340 181 2400 331 Petunjuk : N Bil. Populasi dan S Bil. Sampel Sumber: Azizi 2007 Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Hlm. 71

3.4 Instrumen Kajian