Pembelajaran Pasukan Pelajar
2.2.2 Pembelajaran Pasukan Pelajar
Teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar dibentuk oleh pengkaji dari Universiti Johns Hopkins. Konsep utama di dalam teknik ini adalah ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya (Slavin,1989; 1989/1990). Ganjaran kumpulan merujuk kepada ganjaran yang akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh guru. Ia diberikan berdasarkan pencapaian semua ahli di dalam sesuatu kumpulan. Tanggungjawab individu bermakna semua ahli bertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian mereka bagi membolehkan kumpulan mereka menerima ganjaran. Ini mendorong ahli yang berkebolehan membantu mengajar rakan kumpulan mereka dan ahli yang berkebolehan rendah mempunyai inisiatif untuk meminta pertolongan daripada rakan kumpulan. Kriteria yang ditetapkan oleh guru berdasarkan peningkatan prestasi lepas individu. Semua pelajar berpeluang untuk Teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar dibentuk oleh pengkaji dari Universiti Johns Hopkins. Konsep utama di dalam teknik ini adalah ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya (Slavin,1989; 1989/1990). Ganjaran kumpulan merujuk kepada ganjaran yang akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh guru. Ia diberikan berdasarkan pencapaian semua ahli di dalam sesuatu kumpulan. Tanggungjawab individu bermakna semua ahli bertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian mereka bagi membolehkan kumpulan mereka menerima ganjaran. Ini mendorong ahli yang berkebolehan membantu mengajar rakan kumpulan mereka dan ahli yang berkebolehan rendah mempunyai inisiatif untuk meminta pertolongan daripada rakan kumpulan. Kriteria yang ditetapkan oleh guru berdasarkan peningkatan prestasi lepas individu. Semua pelajar berpeluang untuk
Berdasarkan ketiga-tiga konsep di atas, antara teknik-teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar yang diperkenalkan adalah Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar atau Student Teams- Achievement Divisions (STAD), Pasukan-Permainan-Pertandingan atau Teams-Games-Tournaments (TGT), Pembelajaran Individu dengan Bantuan Pasukan atau Team Assisted Individualizations (TAI) dan Integrasi Bacaan dan Karangan Koperatif atau Cooperative Integrated Reading and Composition (CIRC) (Slavin, 1990).
2.2.2.1 Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar (STAD)
Di bawah teknik STAD setiap kumpulan pelajar mengandungi empat hingga lima orang ahli yang berbeza tahap kebolehan, bangsa dan jantina. Struktur aktiviti STAD bermula dengan penyampaian guru secara kelas dan diikuti pelajar membuat latihan secara berkumpulan berdasarkan tugasan yang diberi. Kemudian pelajar akan menjawab kuiz secara individu. Setiap pelajar mempunyai skor asas yang dikira berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. Sebanyak mana pencapaian mereka di dalam kuiz meningkat dibandingkan dengan skor asas akan diberikan mata tertentu. Mata yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan akan dijumlahkan menjadi skor kumpulan. Skor kumpulan yang mencapai jumlah tertentu akan diiktiraf sama ada Di bawah teknik STAD setiap kumpulan pelajar mengandungi empat hingga lima orang ahli yang berbeza tahap kebolehan, bangsa dan jantina. Struktur aktiviti STAD bermula dengan penyampaian guru secara kelas dan diikuti pelajar membuat latihan secara berkumpulan berdasarkan tugasan yang diberi. Kemudian pelajar akan menjawab kuiz secara individu. Setiap pelajar mempunyai skor asas yang dikira berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. Sebanyak mana pencapaian mereka di dalam kuiz meningkat dibandingkan dengan skor asas akan diberikan mata tertentu. Mata yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan akan dijumlahkan menjadi skor kumpulan. Skor kumpulan yang mencapai jumlah tertentu akan diiktiraf sama ada
Slavin (1990) berpendapat STAD sesuai digunakan untuk mata pelajaran yang mempunyai satu jawapan yang tepat seperti pengiraan matematik, nahu bahasa, konsep dan fakta sains. Kajian-kajian yang menggunakan STAD menunjukkan teknik tersebut berupaya meningkatkan pencapaian pelajar (Allen dan VanSickle, 1984; Peterson, 1992; Sherman dan Thomas, 1986).
2.2.2.2 Pasukan-Permainan-Pertandingan (TGT)
Struktur aktiviti teknik TGT hampir menyamai STAD kecuali untuk slot kuiz digantikan dengan pertandingan antara kumpulan. Teknik TGT mempunyai kumpulan pembelajaran pelajar yang terdiri daripada empat hingga lima orang pelajar dan kumpulan pertandingan. Setiap kumpulan pertandingan terdiri daripada wakil dari setiap kumpulan pembelajaran pelajar yang sama tahap kebolehan. Ini bermakna pelajar akan bertanding dengan mereka yang lebih kurang sama tahap kebolehan.
Proses bumping adalah satu prosedur di mana selepas setiap kali pertandingan setiap pelajar akan dinilai semula tahap kebolehan mereka di dalam sesuatu kumpulan yang bertanding. Pelajar yang memenangi pertandingan akan ditukar ke dalam kumpulan pertandingan yang terdiri daripada pelajar yang lebih berkebolehan. Manakala Proses bumping adalah satu prosedur di mana selepas setiap kali pertandingan setiap pelajar akan dinilai semula tahap kebolehan mereka di dalam sesuatu kumpulan yang bertanding. Pelajar yang memenangi pertandingan akan ditukar ke dalam kumpulan pertandingan yang terdiri daripada pelajar yang lebih berkebolehan. Manakala
Walau bagaimanapun, Chambers dan Abrami (1991) mendapati elemen persaingan antara kumpulan dalam TGT memberi kesan negatif kepada pelajar berkebolehan rendah di dalam kumpulan yang tidak berjaya. Di samping itu juga persaingan antara kumpulan menyebabkan hubungan pelajar antara kumpulan yang berbeza tidak begitu baik.
2.2.2.3 Pembelajaran Individu dengan Bantuan Pasukan (TAI)
Teknik TAI dibentuk khusus untuk mata pelajaran matematik peringkat sekolah rendah (Slavin, 1990; Slavin, Madden dan Stevens, 1989/1990). Teknik ini menggabungkan pembelajaran individu dengan pembelajaran berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat hingga lima ahli yang berbeza tahap kebolehan. Setiap pelajar akan menerima bahan pembelajaran yang mengandungi turutan topik yang tertentu. Mereka akan mempelajari topik matematik yang berbeza di dalam satu kumpulan bergantung kepada setakat mana mereka telah menguasai sesuatu topik.
Pelajar yang berkebolehan rendah akan dibantu oleh pelajar yang lebih berkebolehan di dalam kumpulan mereka.
Melalui pengajaran rakan sebaya membolehkan guru memberi pengajaran mengenai satu topik kepada sekumpulan kecil pelajar yang sedang mempelajari topik tersebut tanpa mengganggu pembelajaran pelajar lain. Setiap ahli akan memastikan diri mereka dan rakan mereka telah benar-benar dapat menguasai sesuatu topik sebelum menghadapi ujian. Berdasarkan pengiraan skor ujian dan skor kumpulan, ganjaran diberikan kepada kumpulan yang mencapai skor yang ditetapkan.
2.2.2.4 Integrasi Bacaan dan Karangan Koperatif (CIRC)
Teknik CIRC digunakan khusus untuk mata pelajaran bahasa. Komponen utama di dalam CIRC adalah aktiviti pembacaaan, kefahaman dan karangan. Pelajar akan dikategorikan kepada beberapa kumpulan pembacaaan mengikut tahap kebolehan mereka di dalam pembacaan. Kumpulan-kumpulan kecil dibentuk yang terdiri daripada kumpulan pembacaan yang berbeza-beza tahap kebolehan. Antara aktiviti yang dilakukan di dalam kumpulan kecil adalah pembacaan secara berpasangan, berbincang mengenai struktur cerita dan membuat karangan, menyebut perkataan yang sukar, mencari makna perkataan tertentu, membuat rumusan secara lisan dan membetulkan ejaan. Selain daripada itu terdapat juga slot untuk pengajaran guru dan pembacaan secara individu. Tugasan dan ujian yang diambil oleh pelajar akan diambil kira di dalam pengiraan skor individu dan skor kumpulan. Sama seperti Teknik CIRC digunakan khusus untuk mata pelajaran bahasa. Komponen utama di dalam CIRC adalah aktiviti pembacaaan, kefahaman dan karangan. Pelajar akan dikategorikan kepada beberapa kumpulan pembacaaan mengikut tahap kebolehan mereka di dalam pembacaan. Kumpulan-kumpulan kecil dibentuk yang terdiri daripada kumpulan pembacaan yang berbeza-beza tahap kebolehan. Antara aktiviti yang dilakukan di dalam kumpulan kecil adalah pembacaan secara berpasangan, berbincang mengenai struktur cerita dan membuat karangan, menyebut perkataan yang sukar, mencari makna perkataan tertentu, membuat rumusan secara lisan dan membetulkan ejaan. Selain daripada itu terdapat juga slot untuk pengajaran guru dan pembacaan secara individu. Tugasan dan ujian yang diambil oleh pelajar akan diambil kira di dalam pengiraan skor individu dan skor kumpulan. Sama seperti