Peringkat Ketiga

3.4.3 Peringkat Ketiga

Kajian rintis peringkat ketiga yang memakan masa lapan minggu dijalankan dalam dua buah kelas di sekolah yang lain melibatkan 71 orang pelajar. Sebelum eksperimen dimulakan, pelajar dimaklumkan tentang kajian dan surat persetujuan ibu bapa diedarkan kepada pelajar. Seterusnya, pelajar menjawab Ujian Awal dalam masa satu jam. Berdasarkan skor Ujian Awal, pelajar yang berada antara persentil ke

5 dan 95 sahaja dianggap sebagai subjek. Tujuannya adalah untuk memastikan tidak 5 dan 95 sahaja dianggap sebagai subjek. Tujuannya adalah untuk memastikan tidak

Pada awal tempoh kajian, guru prinsip akaun memberi penerangan tentang perjalanan aktiviti PK kepada kumpulan PK. Sepanjang tempoh eksperimen dijalankan, guru tersebut mengajar berdasarkan persediaan mengajar yang disediakan oleh pengkaji. Bahan bantu mengajar yang sama digunakan untuk kedua-dua kumpulan. Pada akhir tempoh eksperimen, soal selidik yang terdiri daripada latar belakang pelajar, SDS, SKKA dan IPIR diedarkan. Seterusnya, pelajar di dalam kumpulan PK diminta menulis pengalaman mereka sepanjang perlaksanaan PK tanpa menulis nama mereka. Pada hari yang berlainan, pelajar menjawab soalan ujian prinsip akaun yang merangkumi tajuk-tajuk yang dipelajari dalam tempoh eksperimen. Soalan ujian itu disediakan oleh guru tersebut.

Berdasarkan teknik ancova menunjukkan min skor ujian prinsip akaun yang kedua bagi kumpulan PK adalah berbeza dengan signifikan dibandingkan dengan kumpulan PT. Manakala ujian-t yang dijalankan ke atas atribusi pencapaian dan konsep kendiri akademik menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan tersebut. Sebaliknya ujian-t untuk hubungan sosial menunjukkan kumpulan PK mendapat skor yang lebih rendah dengan signifikan dibandingkan dengan kumpulan PT. Dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan analisis data menggunakan statistik penakbiran dirumuskan di dalam Jadual 5.

Jadual 5 : Dapatan Kajian Rintis Peringkat Ketiga Pembolehubah bersandar Kumpulan PK Kumpulan PT Nilai t

d.k sig.

atau Min s.p Min s.p Nisbah

Lokus sebab

19.35 4.29 19.53 3.39 -.15 50 t.s (situasi berjaya) Kestabilan

15.99 4.68 15.66 5.25 .24 50! t.s! (situasi berjaya) Kawalan kendiri

19.80 3.00 18.69 3.24 1.26 50! t.s! (situasi berjaya) Kawalan oleh orang lain

12.90 4.98 12.75 5.01 .13 50! t.s! (situasi berjaya) Lokus sebab

16.47 5.46 17.58 4.59 -.15 50! t.s! (situasi gagal) Kestabilan

11.94 5.73 11.37 4.23 .24 50! t.s! (situasi gagal) Kawalan kendiri

15.03 4.86 15.12 5.34 -.05 50! t.s! (situasi gagal) Kawalan oleh orang lain

12.27 4.08 13.23 5.22 -.72 50! t.s! (situasi gagal)

Konsep kendiri akademik

18.66 5.28 19.32 4.62 -.51 50! t.s!

Hubungan sosial

Nota: s.p: Sisihan piawai d.k: Darjah kebebasan sig: Signifikan t.s: Tidak signifikan * : signifikan pada p<0.05

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam kelas kumpulan PK, daripada sepuluh kumpulan kecil yang diwujudkan, hanya dua kumpulan yang menunjukkan ahli- ahlinya saling bekerjasama. Pelajar di dalam kumpulan lain lebih senang membuat tugasan secara individu walaupun diperingatkan oleh guru kelas supaya mereka berbincang secara berkumpulan. Sebaliknya, pelajar di dalam kelas kumpulan PT gemar berbincang sesama mereka ketika membuat tugasan.

Antara komen yang diberi secara bertulis oleh pelajar ialah kesukaran untuk menyesuaikan diri di dalam kumpulan, terdapat pelajar yang hanya meniru tugasan rakan, masalah pelajar berbual tentang perkara lain ketika aktiviti berkumpulan, tidak dapat mengikuti pengajaran guru dengan baik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak menarik. Beberapa cadangan yang diberikan oleh pelajar adalah perlunya penerangan mengenai pengiraan skor dinyatakan dengan jelas dan bentuk pelekat yang digemari sebagai pengiktirafan kumpulan. Di antara perubahan yang dilakukan oleh pengkaji adalah seperti berikut: (a)

Menyediakan kertas edaran mengenai penggunaan PK kepada setiap pelajar sebagai rujukan mereka.

(b) Memperbaiki penggunaan bahan bantu mengajar dengan mengambil kira cadangan daripada guru yang terlibat. (c)

Menyediakan nota dan ringkasan bagi tajuk tertentu bagi menjimatkan masa di dalam kelas.

(d) Segera bertindak mengubah suai kumpulan pelajar apabila terdapat masalah penyesuaian sesama pelajar.

(e) Pelajar tidak dikehendaki menghantar tugasan, sebaliknya menyemaknya sendiri semasa perbincangan. Ini bertujuan tidak mendorong pelajar meniru tugasan rakan-rakan mereka.

(f) Menggunakan pelekat bintang sebagai penghargaan kumpulan. (g)

Membentuk soalan terbuka yang berstruktur untuk mendapatkan pandangan pelajar mengenai kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas.