Tesis model pembelajaran koperatif dan t
PERBANDINGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN TRADISIONAL TERHADAP PRESTASI, ATRIBUSI PENCAPAIAN, KONSEP KENDIRI AKADEMIK DAN HUBUNGAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN PERAKAUNAN
Oleh SUHAIDA ABDUL KADIR
Tesis Ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Doktor Falsafah
Januari 2002
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai
memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah
PERBANDINGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN TRADISIONAL TERHADAP PRESTASI, ATRIBUSI PENCAPAIAN, KONSEP KENDIRI AKADEMIK DAN HUBUNGAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN PERAKAUNAN
Oleh
SUHAIDA ABDUL KADIR
Januari 2002
Pengerusi : Profesor Madya Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Ph.D. Fakulti
: Pengajian Pendidikan
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membandingkan pembelajaran koperatif dengan pembelajaran tradisional di dalam pendidikan perakaunan, dengan melihat kesan kedua-dua strategi pembelajaran terhadap prestasi, atribusi pencapaian pelajar, konsep kendiri akademik di dalam mata pelajaran prinsip akaun dan hubungan sosial sesama rakan sekelas. Kajian ini juga mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan pembelajaran koperatif. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang berlangsung selama lapan minggu dan melibatkan 208 orang pelajar. Data dikutip menggunakan soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis menggunakan teknik
ii
ancova, ujian-t dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan prestasi kumpulan pembelajaran koperatif lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran tradisional. Atribusi pencapaian kumpulan pembelajaran koperatif didapati berbeza dan signifikan bagi dimensi lokus sebab di dalam situasi berjaya dan dimensi kawalan oleh orang lain di dalam situasi gagal. Konsep kendiri akademik kumpulan tradisional didapati lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran koperatif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap hubungan sosial antara kedua-dua kumpulan. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar kumpulan pembelajaran koperatif menerima baik perlaksanaan pembelajaran koperatif. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan perakaunan bagi meningkatkan prestasi pelajar.
iii
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy
COMPARISON BETWEEN COOPERATIVE LEARNING AND TRADITIONAL LEARNING ON PERFORMANCE, ACHIEVEMENT ATTRIBUTION, ACADEMIC SELF-CONCEPT AND SOCIAL RELATIONSHIPS IN ACCOUNTING EDUCATION
By
SUHAIDA ABDUL KADIR
January 2002
Chairman : Associate Professor Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Ph.D. Faculty
: Educational Studies
The main purpose of the study is to compare the cooperative learning approach to that of the traditional approach in the teaching and learning of accounting. The effect of these approaches on academic performance, achievement attributions, academic self-concept and social relationships are examined. The study also identifies students’ perceptions regarding the effectiveness of the implementation of cooperative learning. The method used in this study is quasi experiment involving 208 students. The duration of the study was eight weeks. The data collected was in the form of response to questionnaires and performance test. Data was analyzed using ancova, t-test and content analysis. The result of the study shows that the academic performance of cooperative learning group is
iv
significantly higher compared to that of the traditional learning group. Significant differences between the groups were also found in terms of achievement attributions in causal locus dimension in success situation and in the ‘controlled by others’ dimension in failure situation. Academic self-concept of traditional learning group is significantly higher compared to the cooperative learning group. The results of the study also showed that there is no difference in the level of social relations between both groups. Over all, most of the students in the cooperative learning group have a positive perception towards the implementation of cooperative learning. The implication of the study suggests that cooperative learning should be used as an instructional strategy in accounting education in order to increase students’ performance.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, pertama-tamanya penulis melafazkan setinggi-tinggi rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua membolehkan penulisan tesis ini sampai ke noktah yang terakhir.
Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Profesor Madya Dr. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie selaku Pengerusi dan Ketua Jabatan Pendidikan di atas segala bimbingan, dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penyeliaan yang tidak jemu- jemu memberi tunjuk ajar, iaitu Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, Profesor Dr Habibah Elias dan Dr. Rohani Ahmad Tarmizi.
Seterusnya penghargaan diberikan kepada Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Profesor Dr. Kamariah Abu Bakar di atas sokongan yang tidak berbelah bagi, pihak Universiti Putra Malaysia kerana membiayai pengajian penulis dan penyelidikan yang dijalankan serta semua warga Fakulti Pengajian Pendidikan yang telah banyak membantu penulis sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.
Penulis juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penyelidik yang telah memberi kebenaran mengguna alat kajian mereka, ahli akademik yang menjadi panel bagi mengesahkan alat kajian yang diguna, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Selangor, Pejabat
vi
Pendidikan Daerah Hulu Langat, guru-guru dan para pelajar yang memberi kerjasama di dalam penyelidikan ini.
Akhir sekali, penulis amat menghargai pengorbanan yang diberikan oleh suami tercinta, iaitu Hamed Sheikh Abdullah Al Amudi, anak-anak tersayang, iaitu Abdullah Hafizi, Siti Fatima dan Siti Nurul Husna, ayahanda Abdul Kadir bin Omar dan bonda Wan Dani binti Mat Ali, adik beradik penulis dan ahli keluarga mereka serta sahabat-sahabat.
Semoga Allah menerima amal kita semua.
vii
Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi Suhaida Abdul Kadir telah mengadakan pemeriksaan akhir pada 23hb. Januari 2002 untuk menilai tesis Doktor Falsafah beliau yang bertajuk “Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial dalam Pendidikan Perakaunan” mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahkan ijazah tersebut. Anggota Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:
Datin Sharifah Md. Nor, Ph.D. Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Ph.D. Profesor Madya Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli)
Datin Noran Fauziah Yaakub, Ph.D. Profesor Sekolah Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia (Ahli)
Habibah Elias, Ph.D. Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli)
Rohani Ahmad Tarmizi, Ph.D. Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli)
Abu Bakar Haji Hashim, Ph.D. Profesor Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (Pemeriksa Bebas)
______________________________ SHAMSHER MOHAMAD RAMADILI, Ph.D. Profesor Timbalan Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
viii
Tesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah.
_________________________ AINI IDERIS, Ph.D. Profesor Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
ix
Saya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang telah diberi penghargaan di dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti Putra Malaysia atau di institusi-institusi lain.
____________________________ Suhaida Abdul Kadir
Tarikh:
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
1 Unjuran Bagi Bilangan Sekolah Untuk Mata Pelajaran Perdagangan dan Perakaunan (1992-1995) ........................
2 Perlaksanaan Mata Pelajaran Perdagangan Dan Perakaunan di Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia .............................................................................
3 Bilangan Akauntan yang Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik (1994) .......................................................................
4 Kebolehpercayan Soal Selidik Dimensi Sebab .................
5 Dapatan Kajian Rintis Peringkat Ketiga ............................
6 Pengiraan Mata Peningkatan Individu ...............................
7 Pengiraan untuk Penghargaan Kumpulan ..........................
8 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Jantina ................................................................................
9 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Etnik ...................................................................................
10 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Keputusan Penilaian Menengah Rendah Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup ...............................................
11 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Keputusan Penilaian Menengah Rendah Bagi Mata Pelajaran Matematik ...........................................................
12 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Mengikuti Kelas Tambahan Prinsip Akaun .......................
13 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Kekerapan Mengadakan Kumpulan Perbincangan di Luar Waktu Kelas .......................................................................
14 Min dan Sisihan Piawai Prestasi Mengikut Strategi Pembelajaran ......................................................................
xiv
15 Jadual Anova Bagi Prestasi dengan Ujian Awal sebagai Covariate Mengikut Strategi Pembelajaran ..........
16 Ujian-t Bagi Dimensi Lokus Sebab di Dalam Situasi Berjaya Mengikut Strategi Pembelajaran ...........................
17 Ujian-t Bagi Dimensi Kestabilan di Dalam Situasi Berjaya Mengikut Strategi Pembelajaran ...........................
18 Ujian-t Bagi Dimensi Kawalan Kendiri di Dalam Situasi Berjaya Mengikut Strategi Pembelajaran ...........................
19 Ujian-t Bagi Dimensi Kawalan Oleh Orang Lain di Dalam Situasi Berjaya Mengikut Strategi Pembelajaran ...
20 Ujian-t Bagi Dimensi Lokus Sebab di Dalam Situasi Gagal Mengikut Strategi Pembelajaran .............................
21 Ujian-t Bagi Dimensi Kestabilan di Dalam Situasi Gagal Mengikut Strategi Pembelajaran .......................................
22 Ujian-t Bagi Dimensi Kawalan Kendiri di Dalam Situasi Gagal Mengikut Strategi Pembelajaran ............................
23 Ujian-t Bagi Dimensi Kawalan Oleh Orang Lain di Dalam Situasi Gagal Mengikut Strategi Pembelajaran ......
24 Ujian-t Bagi Konsep Kendiri Akademik Mengikut Strategi Pembelajaran .........................................................
25 Ujian-t Bagi Perapatan Mengikut Strategi Pembelajaran ..
26 Rumusan Dapatan Anova dan Ujian-t Bagi Pembolehubah Bersandar Mengikut Strategi Pembelajaran ......................................................................
27 Pengalaman Kumpulan Pembelajaran Koperatif Ketika Mengikuti Pembelajaran Koperatif ....................................
28 Persepsi Terhadap Pembahagian Kumpulan Pembelajaran Koperatif ............................................................................
29 Persepsi Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap Aktiviti Membuat Latihan Secara Berkumpulan ...............
30 Persepsi Kumpulan Pembelajaran Tradisional Terhadap Aktiviti Membuat Latihan Secara Individu .......................
xv
31 Persepsi Terhadap Kuiz Mengikut Strategi Pembelajaran 242
32 Persepsi Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pengiraan Skor Kumpulan ................................................
33 Persepsi Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pelekat Bintang Sebagai Penghargaan Kumpulan .............
34 Persepsi Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Mengikut Strategi Pembelajaran .......................................
35 Persepsi Terhadap Pengajaran Guru Mengikut Strategi Pembelajaran .....................................................................
36 Perubahan Minat Untuk Belajar Prinsip Akaun Mengikut Strategi Pembelajaran .........................................................
37 Pemilihan Cara Belajar Mengikut Strategi Pembelajaran 270
38 Senarai Pelajar Mengikut Susunan Purata Markah ............
39 Senarai Pelajar Mengikut Susunan Kumpulan Sebelum Ubah Suai ...........................................................................
40 Senarai Pelajar Mengikut Susunan Kumpulan Setelah
Ubah Suai ...........................................................................
xvi
SENARAI RAJAH
Rajah Halaman
1 Sebahagian Daripada Teori Atribusi Weiner...........................
2 Model Hubungan antara Proses Pengajaran dengan Hasil Pembelajaran ...........................................................................
3 Teori Pembelajaran di Dalam Pembelajaran Koperatif ..........
4 Kerangka Kerja Konseptual Kajian ........................................
5 Model Pengaruh Ganjaran Kumpulan ke Atas Motivasi Pelajar .....................................................................................
6 Dimensi Sebab Mengikut Taxonomi Weiner ......................... 105
7 Model Pengaruh Struktur Matlamat ke Atas Motivasi ........... 109
8 Kaedah-Kaedah Menilai Atribusi Pencapaian ........................ 118
9 Model Marsh dan Shavelson .................................................. 126
10 Model Penyebab ..................................................................... 128
11 Reka Bentuk Kajian ................................................................ 152
12 Kitaran Aktiviti di Dalam Kumpulan Pembelajaran Koperatif .................................................................................
13 Kitaran Aktiviti di Dalam Kumpulan Pembelajaran Tradisional ..............................................................................
14 Carta yang Menunjukkan Pengiraan Mata Peningkatan Bagi Kumpulan Pembelajaran Koperatif ........................................
15 Carta yang Menunjukkan Format Lembaran Kerja 10 Lajur 436
16 Carta yang Menunjukkan Senarai Jenis-Jenis Akaun ............. 437
17 Carta yang Digunakan Untuk Menerangkan Makna Setiap Catatan Dalam Akaun .............................................................
18 Carta yang Menunjukkan Formula Pengiraan Nisbah Untuk Penyata Pendapatan ................................................................
xvii
19 Carta yang Menunjukkan Penyata Pendapatan Bagi Satu Tahun ......................................................................................
20 Carta yang Menunjukkan Penyata Pendapatan Bagi Dua Tahun ......................................................................................
21 Carta yang Menunjukkan Formula Pengiraan Nisbah Untuk Kunci Kira-Kira ......................................................................
22 Carta yang Menunjukkan Kunci Kira-Kira Bagi Satu Tahun
23 Carta yang Menunjukkan Kunci Kira-Kira Bagi Dua Tahun
24 Contoh Logo Kumpulan Pembelajaran Koperatif ..................
xviii
SENARAI SINGKATAN
ASDQ II Academic Self-Descriptions Questionnaire CDS
Causal Dimension Scale CDSII
Revised Causal Dimension Scale CIRC
Cooperative Integrated Reading and Composition
d.k darjah kebebasan FPN
Falsafah Pendidikan Negara hlm. halaman I/E
Internal/External Frame of Reference Model IPIR
Inventori Perapatan Ibubapa dan Rakan IPPA
Inventory of Parent and Peer Attachment KBSM
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KH Kemahiran hidup KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia MSCS
Multidimensional Self Concept Scale OSIQ-R
Offer Self-Image Questionnaire Revised PASS
Perception of Ability Scale For Students PK Pembelajaran koperatif PMR
Penilaian Menengah Rendah PT Pembelajaran tradisional PTPA
Pandangan Terhadap Prinsip Akaun PTPK
Pandangan Terhadap Pembelajaran Koperatif RCT
Regency Competency Test SAS
Sydney Attribution Scale SDS
Soal Selidik Dimensi Sebab SDQ
Self-Description Questionnaire SEI
Self-Esteem Index SES
Status ekonomi sosial sig. signifikan SKKA
Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik s.p sisihan piawai SPM
Sijil Pelajaran Malaysia STAD
Student Teams-Achievement Divisions TAI
Team Assisted Individualizations TGT
Teams-Games-Tournaments t.h tidak hadir TMPA
Team Member Performance Appraisal t.s tidak signifikan UCRS
University Course Rating Scale VT
Vokasional dan teknologi
xix
BAB SATU PENDAHULUAN
Di dalam Bab ini pengkaji membincangkan latar belakang pendidikan perakaunan di Malaysia dari segi sejarah, kepentingan dan hubungannya dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya pengkaji menjurus kepada pembelajaran koperatif (PK) yang menjadi fokus kajian. Pernyataan masalah bagi kajian ini diperjelaskan beserta dengan objektif, hipotesis, kerangka kerja konseptual, kepentingan dan batasan kajian. Di akhir bab ini, definisi operasional bagi istilah- istilah yang digunakan di dalam kajian ini juga disertakan.
1.1 Latar Belakang Kajian
Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran perakaunan pada masa kini adalah berpusatkan guru dan latih tubi secara individu. Namun begitu, tidak semua pelajar dapat mengikuti pendekatan tersebut dengan baik. Ini dapat dilihat berdasarkan pencapaian pelajar yang kurang memuaskan di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran lain yang berkesan dan boleh disesuaikan dalam pendidikan perakaunan.
1.1.1 Definisi Pendidikan Perakaunan
Arumugam (1986) dan Sukumaran (1991) berpendapat "pendidikan perakaunan adalah satu pengajian mengenai semua peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip tentang perekodan angka dalam nilai-nilai kewangan". Berdasarkan takrif Arumugam (1986) dan Sukumaran (1991) berpendapat "pendidikan perakaunan adalah satu pengajian mengenai semua peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip tentang perekodan angka dalam nilai-nilai kewangan". Berdasarkan takrif
Di antara istilah yang digunakan untuk pendidikan perakaunan di dalam sistem pendidikan di Malaysia ialah simpan kira, prinsip akaun dan perakaunan. Perbezaan tersebut lebih merujuk kepada setakat mana tajuk-tajuk di dalam perakaunan diliputi mengikut tahap pendidikan (Arumugam,1986; Sukumaran,1991).
Pendidikan perakaunan merupakan salah satu komponen di dalam pendidikan perdagangan. Jika dilihat dalam skop yang lebih luas, pendidikan perdagangan mempunyai aspek pendidikan vokasional dan aspek pendidikan umum (Daughtery dan Ristau, 1991; Zaidatol Akmaliah dan Habibah, 1990; Halimah, 1992).
Pendidikan vokasional lebih menjurus kepada membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mereka bekerja di dalam sesuatu bidang. Pendidikan perakaunan dari aspek pendidikan vokasional berupaya menyediakan pelajar untuk bekerja dalam bidang simpan kira, akaun, pengurusan kewangan, pengkosan, percukaian dan pelaburan. Aspek pekerjaan lain dalam pendidikan perdagangan vokasional ialah kesetiausahaan, perkeranian, pengagihan dan pengurusan perniagaan.
Pendidikan perdagangan umum bercorak membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemampuan yang membantu mereka di dalam urusan kewangan peribadi dan membolehkan mereka berurusan di dalam dunia perniagaan. Dengan kata lain, pendidikan perakaunan yang merupakan sebahagian daripada pendidikan perdagangan dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang berpengetahuan dalam perniagaan dan berupaya mengurus kewangan peribadi.
1.1.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Perakaunan
Pendidikan perakaunan di Malaysia bermula melalui penubuhan sekolah perdagangan dalam tahun 1920-an di Pulau Pinang (Gull, 1983; Sukumaran, 1984; 1991). Pada awalnya, kursus perdagangan diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan seperti pengembang agama Kristian. Pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dikelolakan dari luar negeri seperti peperiksaaan London Chamber of Commerce dan peperiksaan Pitman.
Dalam tahun 1950-an, kerajaan mula mengambil berat tentang pendidikan perdagangan dengan mewujudkan mata pelajaran Accounts and Arithmetic bagi peringkat menengah atas. Berdasarkan Laporan Penyata Razak, bermula tahun 1958, mata pelajaran tersebut dijadikan sebahagian daripada mata pelajaran vokasional dengan nama Principles of Accounts. Pada tahun 1960-an, mata pelajaran Commercial Studies diperkenalkan di peringkat menengah rendah yang kemudiannya dikenali sebagai pengajian perdagangan (Arumugam, 1986).
Bermula tahun 1965, pendidikan perdagangan dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan kebangsaan sebagai salah satu mata pelajaran pilihan untuk peringkat menengah rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980) dengan nama perdagangan dan keusahawanan. Mata pelajaran pilihan lain yang ditawarkan adalah seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumahtangga. Sistem pendidikan yang berbagai aliran itu dikenali sebagai pendidikan aneka jurusan. Walau bagaimanapun, tidak semua sekolah menawarkan keempat-empat jurusan tersebut.
Matlamat memperkenalkan pendidikan aneka jurusan adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar selama sembilan tahun, melengkapkan pelajar dengan pendidikan menengah rendah sebelum memasuki pasaran pekerjaan, pelajar mendapat pendedahan kursus yang membantu mereka memilih pekerjaan yang sesuai, memenuhi keperluan guna tenaga bagi berbagai bidang dan membolehkan penyediaan kurikulum menengah atas yang khusus mengikut keperluan pelajar sama ada pendidikan teknik, akademik atau mencari pekerjaan.
Di peringkat menengah atas, pelajar akan melanjutkan pelajaran sama ada ke sekolah menengah biasa (sekolah menengah akademik) yang menawarkan jurusan sains atau sastera, sekolah menengah teknik yang menekankan mata pelajaran teknik atau sekolah menengah vokasional yanng menekankan mata pelajaran vokasional. Di sekolah menengah akademik dan teknik, mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan merupakan dua mata pelajaran pilihan yang berasingan. Manakala di sekolah menengah vokasional, mata pelajaran simpan Di peringkat menengah atas, pelajar akan melanjutkan pelajaran sama ada ke sekolah menengah biasa (sekolah menengah akademik) yang menawarkan jurusan sains atau sastera, sekolah menengah teknik yang menekankan mata pelajaran teknik atau sekolah menengah vokasional yanng menekankan mata pelajaran vokasional. Di sekolah menengah akademik dan teknik, mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan merupakan dua mata pelajaran pilihan yang berasingan. Manakala di sekolah menengah vokasional, mata pelajaran simpan
Manakala pendidikan tingkatan enam menawarkan dua jurusan sahaja iaitu sains dan sastera. Mata pelajaran perakaunan dan ekonomi merupakan mata pelajaran pilihan dan lanjutan daripada mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan. Sharifah dan Zaidatol Akmaliah (1990) telah mengkaji kesan pendidikan aneka jurusan dengan menggunakan sampel 20 orang pelajar tingkatan satu dan dua daripada 15 buah sekolah. Walaupun sistem aneka jurusan bertujuan memberi pendidikan pravokasional berasaskan minat pelajar, namun dapatan kajian menunjukkan kebanyakan sekolah menempatkan pelajar kepada sesuatu jurusan berasaskan pencapaian pelajar. Hanya pelajar yang baik pencapaiannya berpeluang berada di aliran perdagangan. Maka wujud tanggapan di kalangan pelajar bahawa pelajar aliran perdagangan yang lebih pandai berbanding dengan aliran lain. Implikasinya, tidak semua pelajar berpeluang mendapat pendedahan dalam pendidikan perdagangan.
Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan sistem pendidikan negara secara keseluruhannya telah mengeluarkan satu laporan. Salah satu aspek yang disentuh adalah berkenaan dengan pendidikan perdagangan. Laporan itu mendapati bilangan pelajar di sekolah pengantar bahasa Melayu yang Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan sistem pendidikan negara secara keseluruhannya telah mengeluarkan satu laporan. Salah satu aspek yang disentuh adalah berkenaan dengan pendidikan perdagangan. Laporan itu mendapati bilangan pelajar di sekolah pengantar bahasa Melayu yang
Laporan ini dikukuhkan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zaidatol Akmaliah dan Sharifah (1990) ke atas 372 orang guru perdagangan dan keusahawanan bagi 153 buah sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tidak semua guru tersebut mempunyai kelulusan berkaitan dengan perdagangan dan keusahawanan. Dapatan tersebut juga menunjukkan bahawa terdapat juga guru yang merasakan aspek simpan kira adalah sukar.
Menyedari keperluan pendidikan perdagangan yang lebih menyeluruh maka Laporan Kabinet telah memperakukan bahawa: "Oleh kerana pelajaran perdagangan adalah penting dalam pembangunan negara, dan oleh kerana kemudahan yang di dapati di sekolah-sekolah berhubung dengan pendidikan ini tidak memuaskan, maka adalah diperakukan agar pendidikan dalam jurusan perdagangan ini diberi perhatian khas."
Lanjutan daripada Laporan Kabinet itu, satu kurikulum baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal. Penyediaan kurikulum tersebut mengambil kira kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan salah satu penekanan yang diberi adalah pendidikan perdagangan. Perlaksanaan KBSM dimulakan pada tahun 1989.
Di bawah KBSM, semua pelajar menengah rendah dikehendaki mengambil mata pelajaran kemahiran hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib. Mata pelajaran KH terdiri daripada komponen teras dan komponen elektif. Komponen teras adalah perdagangan dan keusahawanan, kemahiran manipulatif dan kekeluargaan. Komponen perdagangan dan keusahawanan mengandungi aspek simpan kira, perdagangan dan keusahawanan. Komponen elektif pula adalah kemahiran manipulatif tambahan, ekonomi rumah tangga dan pertanian. Dengan kata lain, di bawah KBSM semua pelajar menengah rendah dikehendaki mempelajari aspek simpan kira.
Manakala di peringkat menengah atas, selain daripada mata pelajaran teras dan tambahan, pelajar perlu mengambil sekurang-kurangnya dua tetapi tidak melebihi empat mata pelajaran. Mata pelajaran elektif dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu kemanusiaan, vokasional dan teknologi (VT), sains dan pengajian Islam. Selain daripada itu, salah satu mata pelajaran pilihan yang wajib diambil oleh pelajar adalah dari kumpulan VT. Selain daripada mata pelajaran berbentuk teknikal, mata pelajaran lain di dalam kumpulan VT adalah prinsip akaun, perdagangan dan ekonomi.
Disebabkan pelajar dikehendaki memilih salah satu mata pelajaran pilihan dari kumpulan VT maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu surat pekeliling yang mengkehendaki setiap sekolah mesti menawarkan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dari kumpulan VT (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Pada tahun 1992, KPM juga telah Disebabkan pelajar dikehendaki memilih salah satu mata pelajaran pilihan dari kumpulan VT maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu surat pekeliling yang mengkehendaki setiap sekolah mesti menawarkan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dari kumpulan VT (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Pada tahun 1992, KPM juga telah
Jadual 1: Unjuran bagi Bilangan Sekolah Untuk Mata Pelajaran Perdagangan dan Perakaunan (1992 - 1995)
Mata Pelajaran
Peratus Bilangan
Bilangan Sekolah
Namun begitu, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan pada tahun 1992, di dapati lebih banyak sekolah yang menawarkan mata pelajaran perdagangan berbanding dengan mata pelajaran prinsip akaun.
Jika dilihat Jadual 2, daripada semua sekolah menengah di Semenanjung Malaysia yang berjumlah 1067 buah, bilangan sekolah yang menawarkan mata pelajaran prinsip akaun berjumlah 61.8% berbanding dengan bilangan sekolah yang menawarkan mata pelajaran perdagangan sebanyak 82.1%. Bahkan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pelajar tingkatan empat seramai
187,018 orang, hanya 25.0% sahaja yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun berbanding dengan 42.4% pelajar yang mengambil mata pelajaran perdagangan.
Jadual 2: Perlaksanaan Mata Pelajaran Perdagangan dan Perakaunan di Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia
Mata Peratus
Peratus pelajar Jumlah semua Pelajaran
Jumlah
mengambil pelajar menawarkan
Prinsip Akaun
Dengan kata lain, walaupun salah satu tumpuan yang diberikan di bawah KBSM adalah pendidikan perdagangan, namun perlaksanaan pendidikan perakaunan di sekolah belum lagi meluas. Pada masa yang sama, pelajar lebih cenderung memilih mata pelajaran perdagangan berbanding dengan mata pelajaran perakaunan. Pendidikan perakaunan seharusnya diberi tumpuan juga dan lebih ramai pelajar digalakkan mengambil mata pelajaran perakaunan kerana aspek perakaunan banyak memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.
1.1.3 Kepentingan Pendidikan Perakaunan
Peranan pendidikan perakaunan dapat dilihat dalam konteks setakat mana ia membantu memenuhi aspirasi negara melalui Wawasan 2020. Cabaran kesembilan di dalam Wawasan 2020 adalah "mewujudkan masyarakat makmur Peranan pendidikan perakaunan dapat dilihat dalam konteks setakat mana ia membantu memenuhi aspirasi negara melalui Wawasan 2020. Cabaran kesembilan di dalam Wawasan 2020 adalah "mewujudkan masyarakat makmur
Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang membantu bagi pertumbuhan ekonomi dari segi peluang pekerjaan. Apabila satu entiti perniagaan mula diwujudkan bermakna ia akan memberi peluang pekerjaan kepada individu- individu lain. Dalam usaha untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra, berbagai galakan telah diberikan. Antaranya ialah kemudahan kewangan berjumlah RM280 juta untuk skim usahasama Bumiputra dengan bukan Bumiputra. Usaha menggalakkan lebih ramai individu melibatkan diri di dalam bidang keusahawanan diteruskan lagi di dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.
Salah satu ciri penting bagi usahawan yang berjaya ialah memiliki pengetahuan dan kemahiran di dalam aspek perakaunan. Di antara aspek-aspek tersebut ialah mengira untung kasar dan untung bersih, menyimpan rekod-rekod kewangan, menguruskan modal kerja, mengira harga jualan produk, menafsir penyata kewangan, menyediakan belanjawan operasi, menyediakan penyata kewangan, menyediakan penyata alir tunai dan menyediakan rekod perbelanjaan dan hasil harian (Zaidatol Akmaliah dan Habibah, 1993).
Selain daripada usahawan, pendidikan perakaunan menyediakan pelajar ke arah satu profesion yang amat diperlukan di dalam dunia perniagaan sebagai sumber Selain daripada usahawan, pendidikan perakaunan menyediakan pelajar ke arah satu profesion yang amat diperlukan di dalam dunia perniagaan sebagai sumber
Kepentingan peranan akauntan di dalam sesebuah organisasi perniagaan memang tidak disangkal lagi sehingga dikatakan bahawa akauntan adalah pekerja pertama yang diambil bekerja apabila perniagaan dimulakan dan yang terakhir sekali dibuang kerja apabila perniagaan dibubarkan. Peluang-peluang pekerjaan bagi profesion akauntan terbuka di dalam sektor swasta, sektor awam dan juga firma perakaunan (Wan Maznah, 1994; Skousen, Langenderfer dan Albrecht, 1993).
Masyarakat yang mempunyai ekonomi yang bersaing berurusan di dalam perniagaan menggunakan satu bahasa perniagaan iaitu bahasa perakaunan. Istilah-istilah perakaunan digunakan semasa berkomunikasi sama ada di peringkat pengurusan mahupun kakitangan sesuatu organisasi perniagaan. Dengan kata lain, anggota masyarakat yang terlibat dengan perniagaan perlu menerima pendedahan di dalam aspek perakaunan bagi membolehkan mereka menguasai sesuatu urusan perniagaan.
Salah satu objektif pendidikan di peringkat menengah adalah supaya pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Selain daripada untuk tujuan perniagaan, kehidupan Salah satu objektif pendidikan di peringkat menengah adalah supaya pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Selain daripada untuk tujuan perniagaan, kehidupan
Walaupun pendidikan perakaunan berpotensi memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara, namun didapati secara praktisnya pendidikan perakaunan kurang berperanan dalam mencapai matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan seterusnya menyahut cabaran wawasan 2020.
1.1.4 Pendidikan Perakaunan dan Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara bertujuan untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selaras dengan FPN, penekanan di dalam KBSM adalah memastikan setiap mata pelajaran berperanan memperkembangkan keempat-empat aspek tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini melihat dari segi peranan pendidikan perakaunan dalam mencapai matlamat pendidikan bersepadu yang dikemukakan dalam FPN khususnya dalam aspek intelek dan emosi. Sudut intelek dilihat dalam konteks prestasi akademik dan atribusi pencapaian pelajar. Manakala emosi pelajar merangkumi konsep kendiri akademik dan hubungan sosial pelajar dengan rakan sebaya.
1.1.4.1 Meningkatkan Kualiti Pelajar dalam Bidang Perakaunan
Jika dilihat dari segi pencapaian pelajar di dalam pendidikan perakaunan yang diukur melalui peperiksaan SPM, didapati pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran ini kurang memuaskan. Sebagai contoh, daripada 1172 orang pelajar daripada 15 buah sekolah di daerah Hulu Langat yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun di dalam SPM pada tahun 1996, 263 orang pelajar telah gagal, menjadikan bilangan pelajar yang lulus adalah 77.1%. Implikasinya boleh dikaitkan dengan wujudnya usahawan yang kurang mahir dalam aspek perakaunan.
Satu kajian telah dijalankan ke atas 133 orang usahawan di Wilayah Persekutuan dan Selangor berkaitan dengan kemahiran dan motivasi usahawan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan tidak ramai usahawan yang dapat menguasai aspek perakaunan dengan baik (Zaidatol Akmaliah dan Habibah, 1993), sedangkan kemahiran tersebut diperlukan dalam memastikan perkembangan dan pengekalan entiti perniagaan.
Dalam kajian yang sama, telah dicadangkan perlunya usahawan didedahkan dengan latihan yang berkaitan dengan aspek perakaunan. Selain daripada latihan keusahawanan, salah satu cara untuk melahirkan usahawan yang dapat menguasai aspek perakaunan adalah melalui sistem pendidikan. Bermula di peringkat awal lagi, pelajar perlu menerima pendidikan perakaunan yang mantap untuk menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan.
Di dalam profesion perakaunan, wujud ketidakseimbangan bilangan akauntan mengikut etnik. Sedangkan cabaran kelapan Wawasan 2020 ada mengariskan “... masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.” Tetapi berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (1997, hlm. 213), bilangan akauntan yang merupakan golongan profesional lebih banyak dikuasai oleh satu kumpulan etnik sahaja. Jadual 3 menunjukkan sebanyak 80.5% bilangan akauntan merupakan bangsa Cina berbanding dengan 12.6% dari bangsa Melayu dan 5.9% dari bangsa India. Untuk menangani ketidakseimbangan peratus etnik dalam profesion akauntan, pendidikan perakaunan seharusnya berupaya melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang perlu tanpa mengira latar belakang bangsa.
Jadual 3: Bilangan Akauntan Yang Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik (1994)
Profesion Bumiputra Cina India Lain-lain Jumlah
Di sini timbul satu keperluan dan peranan pendidikan perakaunan untuk melahirkan bukan setakat bilangan yang ramai bahkan pelajar yang berkualiti di dalam bidang perakaunan. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan yang sesuai digunakan bagi meningkatkan prestasi pelajar di dalam mata pelajaran perakaunan.
1.1.4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Perakaunan
Sehubungan dengan itu juga, mata pelajaran perakaunan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan hanya pelajar yang pandai sahaja dapat mengikutinya. Persepsi ini bukan sahaja wujud di kalangan pihak pentadbiran sekolah (Sharifah dan Zaidatol Akmaliah, 1990) dan guru-guru (Zaidatol Akmaliah dan Sharifah, 1990), bahkan juga di kalangan pelajar perakaunan (Abekah, Maher dan Maher, 1996). Persepsi pelajar mengenai faktor kejayaan dan kegagalan mereka di dalam mata pelajaran perakaunan tersebut boleh dilihat dari sudut atribusi pencapaian.
Atribusi ialah sebab atau faktor yang menurut persepsi seseorang merupakan berlakunya sesuatu peristiwa. Dalam konteks pencapaian, pelajar akan mengaitkan sebab yang menjadikan dia berjaya atau gagal di dalam sesuatu mata pelajaran. Proses pelajar mengenal pasti faktor-faktor yang dianggapkan penyebab kepada pencapaiannya dinamakan proses atribusi pencapaian.
Dari segi pencapaian akademik, atribusi pencapaian yang paling kerap dikemukakan ialah kebolehan, usaha, tahap kesukaran tugas dan nasib (Weiner,1979). Di dalam menilai kejayaan atau kegagalan pelajar di dalam kelas, mereka cenderung untuk melihat sama ada mereka sememangnya berkebolehan atau tidak, adakah usaha mereka setimpal dengan keputusan pencapaian, sama ada tugas yang dilakukan itu terlalu sukar atau mudah sahaja atau adakah pencapaian mereka bergantung kepada keadaan atau nasib.
Kajian mengenai atribusi pencapaian pelajar adalah penting kerana teori atribusi pencapaian menerangkan aspek motivasi pelajar dari sudut kognitif. Weiner (1984, 1992) telah membentuk satu model bagi Teori Atribusi Weiner yang dikaitkan dengan motivasi pelajar. Model tersebut mengandungi lima komponen iaitu sebab pendahuluan, atribusi sebab, dimensi sebab, kesan psikologi yang terdiri daripada sudut kognitif dan afektif dan kesan ke atas tingkah laku. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada model Teori Atribusi Weiner yang berkait dengan pencapaian.
Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Weiner, pendahuluan sebab mempengaruhi atribusi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran perakaunan. Bagaimana pelajar melihat sebab tersebut dalam dimensi-dimensi tertentu memberi kesan kepada pelajar tersebut dalam aspek kognitif dan afektif. Seterusnya kesan kognitif dan afektif tersebut mempengaruhi tingkah laku pelajar.
Menurut Weiner (1984), pelajar membuat atribusi sebab berdasarkan pendahuluan sebab yang berbentuk faktor situasi semasa seperti yang telah dinyatakan. Oleh itu, atribusi sebab pelajar boleh diubah dengan mengubah situasi semasa. Sebaliknya terdapat penyelidik yang berpendapat pendahuluan sebab merupakan satu kepercayaan pelajar yang terbentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas seperti prestasi pelajar yang sebelumnya dan ia adalah tetap tanpa mengambil kira keadaan semasa (Stipek, 1993).
Maka berdasarkan pandangan Weiner, kajian ini mengandaikan atribusi pencapaian pelajar boleh diubah dengan mengubah situasi pembelajaran pelajar. Maka isu yang ingin diketengahkan adalah peranan pendidikan perakaunan bagi mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran tersebut supaya mereka menjadi lebih bermotivasi di dalam kelas.
1.1.4.3 Konsep Kendiri Pelajar bagi Mata Pelajaran Perakaunan
Aspek emosi yang menjadi tumpuan kajian ini adalah konsep kendiri pelajar dan hubungan sosial dengan rakan sebaya. Konsep kendiri dikatakan tidak mempunyai satu definisi yang umum diterima oleh semua penyelidik. Para pengkaji telah memberi berbagai definisi yang berbeza di dalam kajian yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, di dalam sorotan kajian Hansford dan Hattie (1982), mereka mendapati terdapat 15 istilah telah digunakan untuk konsep kendiri. Walaupun terdapat istilah yang sama digunakan di dalam kajian yang berasingan namun definisi operasionalnya tidak semestinya sama. Manakala Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) telah mengkategorikan kajian-kajian lepas berdasarkan kepada 17 konsep yang berkaitan dengan konsep kendiri.
Konsep kendiri boleh diterangkan sebagai tanggapan mengenai diri sendiri dari segi sikap, perasaan, pengetahuan mengenai kebolehan, kemahiran, penampilan dan penerimaan sosial (Byrne,1984). Shavelson et al. (1976) pula berpendapat konsep kendiri merupakan persepsi individu yang terbentuk melalui pengalaman yang dilalui. Persepsi tersebut banyak dipengaruhi oleh galakan daripada persekitaran, orang-orang yang penting bagi seseorang individu dan atribusi yang Konsep kendiri boleh diterangkan sebagai tanggapan mengenai diri sendiri dari segi sikap, perasaan, pengetahuan mengenai kebolehan, kemahiran, penampilan dan penerimaan sosial (Byrne,1984). Shavelson et al. (1976) pula berpendapat konsep kendiri merupakan persepsi individu yang terbentuk melalui pengalaman yang dilalui. Persepsi tersebut banyak dipengaruhi oleh galakan daripada persekitaran, orang-orang yang penting bagi seseorang individu dan atribusi yang
Purkey (1970) telah mengemukakan konsep kendiri pelajar dari segi perspektif teoritikal. Pelajar mempunyai konsep kendiri yang menentukan nilai positif dan nilai negatif dalam setiap perkara bagi diri mereka. Konsep kendiri mereka juga membentuk cara tersendiri dalam menganggap kejayaan dan kegagalan yang dialami. Pelajar yang sering mengalami kegagalan memiliki konsep kendiri yang sukar untuk menerima hakikat bahawa mereka juga boleh berjaya. Walau bagaimanapun, konsep kendiri tersebut akan berubah sekiranya keadaan persekitaran menggalakkan peningkatan konsep kendiri. Pelajar akan berkelakuan dan membuat sesuatu tindakan yang mengggambarkan konsep kendiri yang ada pada mereka. Berdasarkan pandangan tersebut, konsep kendiri yang ada pada diri pelajar itulah yang akan sentiasa mereka pegang selepas tamat persekolahan. Oleh itu, selain daripada aspek pencapaian, konsep kendiri pelajar juga merupakan komponen penting yang perlu diberi tumpuan sebagai matlamat dalam FPN.
Di dalam Model Shavelson et al. (1976), konsep kendiri dikategorikan kepada konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik. Lanjutan daripada model tersebut, Marsh dan Shavelson (1985) mencadangkan konsep kendiri akademik terbahagi kepada konsep kendiri matematik dan konsep kendiri bahasa sebelum ia menjurus kepada mata pelajaran lain, termasuklah perakaunan.
Berdasarkan Model Marsh dan Shavelson yang dianggap sebagai model yang diterima umum dan dengan mengguna methodologi yang kukuh, Marsh (1990) mendapati konsep kendiri akademik pelajar mempengaruhi pencapaian mereka. Dapatan kajian ini adalah penting kerana ia membayangkan apabila konsep kendiri pelajar meningkat maka secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian pelajar. Memandangkan kepentingan konsep kendiri yang tinggi di kalangan pelajar di samping memberi kesan kepada pencapaian maka pendidikan perakaunan seharusnya berperanan dalam memupuk konsep kendiri akademik di kalangan pelajar.
1.1.4.4 Hubungan Sosial Pelajar dengan Rakan Sekelas
Dalam konteks hubungan sosial dengan rakan sebaya, antara prinsip KBSM yang dikemukakan selaras dengan FPN adalah penekanan kepada nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kerjasama dan semangat bermasyarakat. Sejajar dengan itu juga, matlamat mata pelajaran prinsip akaun adalah untuk melahirkan individu yang “...dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Dengan kata lain, Dalam konteks hubungan sosial dengan rakan sebaya, antara prinsip KBSM yang dikemukakan selaras dengan FPN adalah penekanan kepada nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kerjasama dan semangat bermasyarakat. Sejajar dengan itu juga, matlamat mata pelajaran prinsip akaun adalah untuk melahirkan individu yang “...dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Dengan kata lain,
Hubungan sosial adalah hubungan yang wujud antara individu hasil interaksi sesama mereka. Ia boleh dilihat dari aspek tingkah laku seperti cara berkomunikasi, kemahiran sosial dan aspek emosi atau perasaan iaitu kasih sayang, tolak ansur, mengambil berat, sikap tolong-menolong dan memahami perasaan orang lain.
Menurut Piaget (1932), kanak-kanak pada awalnya bersikap egocentric di mana mereka beranggapan semua orang mempunyai pandangan yang sama seperti mereka dalam sesuatu perkara. Pada peringkat remaja, egocentric ini masih wujud lagi. Ini menyebabkan terdapat pelajar yang kurang memahami pandangan rakan-rakan mereka. Interaksi sesama rakan sebaya membantu perkembangan sosial pelajar dari aspek memahami sudut perspektif individu lain dan bersikap empati.
Ahli teori pembelajaran sosial berpendapat, melalui hubungan sosial dengan rakan sebaya, pelajar mempelajari sesuatu tingkah laku dengan memerhati dan meniru apa yang dilakukan oleh rakan mereka (Bandura, 1977). Ini bermakna pelajar perlu digalakkan mewujudkan hubungan sosial yang positif supaya apa yang mereka pelajari sesama mereka merupakan tingkah laku yang membantu perkembangan sahsiah mereka. Manakala dari aspek kognitif pula, hubungan sosial tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk saling bantu membantu di Ahli teori pembelajaran sosial berpendapat, melalui hubungan sosial dengan rakan sebaya, pelajar mempelajari sesuatu tingkah laku dengan memerhati dan meniru apa yang dilakukan oleh rakan mereka (Bandura, 1977). Ini bermakna pelajar perlu digalakkan mewujudkan hubungan sosial yang positif supaya apa yang mereka pelajari sesama mereka merupakan tingkah laku yang membantu perkembangan sahsiah mereka. Manakala dari aspek kognitif pula, hubungan sosial tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk saling bantu membantu di
Walau bagaimanapun, para pengkaji mendapati terdapat perbezaan hubungan sosial antara sesama pelajar yang dianggap sebagai kawan baik berbanding hubungan sosial dengan kawan biasa. Dalam hubungan dengan kawan baik, pelajar didapati lebih banyak bertolak ansur, saling bertukar pendapat dan berlaku lebih banyak interaksi. Menurut Oden (1986), banyak kajian yang menunjukkan hubungan sosial dengan kawan baik juga memberi manfaat pada jangka masa panjang. Bahkan Hartup (1989) berpendapat, sejauh mana seseorang itu berupaya membina hubungan sosial dengan orang ramai banyak bergantung kepada pengalaman awal beliau dalam hubungan sosial dengan individu-individu yang rapat dengannya. Justeru itu dalam konteks hubungan sosial sesama pelajar, mereka perlu digalakkan mempunyai lebih ramai kawan baik di dalam sesebuah kelas demi kepentingan perkembangan sosial mereka pada masa akan datang.
Hubungan sosial dengan kawan baik boleh dilihat dari aspek perapatan berdasarkan Teori Perapatan yang dikemukakan oleh Bowlby dan Ainsworth
(Bretherthon, 1992). Berdasarkan Teori Perapatan, perapatan atau jalinan kasih sayang dirasai oleh seseorang terhadap individu yang menjadi tempat beliau bergantung dan berlindung daripada ancaman persekitaran. Seseorang itu akan berusaha untuk sentiasa berada dekat dengan individu yang dikasihi itu. Perapatan yang awal wujud antara seorang anak kecil dengan ibunya. Perapatan anak kecil tersebut seterusnya berkembang dengan bapa dan orang-orang di sekeliling yang rapat dengannya selaras dengan perkembangan individu tersebut. Bowlby (1969) berpendapat pengalaman perapatan yang awal membentuk satu model kerja dalaman (internal working model) di dalam kognitif individu yang menjadi panduan kepadanya tentang persepsinya setakat mana dia disayangi, setakat mana individu yang disayanginya ada berhampiran apabila diperlukan dan maklumat lain berkenaan dengan perapatannya dengan individu lain.
Dalam konteks rakan sebaya, perapatan juga wujud dalam hubungan tersebut yang lebih dikenali sebagai persahabatan (Blustein, Prezioso dan Schultheiss, 1995). Jalinan kasih sayang dengan rakan yang rapat wujud kerana rakan tersebut menjadi tempat bagi seseorang mencurahkan masalah dan kesulitannya serta menjadi penyokongnya dalam sesuatu tindakan yang dilakukannya (Ainsworth, 1989).
Perapatan dengan rakan di sekolah memainkan peranan penting. Ini adalah kerana perapatan dengan rakan adalah salah satu komponen perapatan dengan sekolah. Mounton, Hawkins, McPherson dan Copley (1996) telah menemuduga
10 orang pelajar sekolah menengah yang dikenalpasti mempunyai perapatan yang 10 orang pelajar sekolah menengah yang dikenalpasti mempunyai perapatan yang
Berdasarkan perbincangan sebelum ini menunjukkan kepentingan hubungan sosial antara pelajar dengan rakan sebaya dari segi perkembangan kognitif dan sahsiah mereka. Justeru itu, pendidikan perakaunan juga seharusnya memainkan peranan dalam membantu mencapai matlamat di dalam Falsafah Pendidikan Negara dari segi hubungan sosial pelajar. Seterusnya kajian ini memberi tumpuan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan perakaunan sebagai cara untuk mencapai matalamat dalam FPN dari aspek intelek dan emosi yang dibincangkan sebelum ini.
1.1.5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Pendidikan Perakaunan
Satu model telah dibentuk bagi menerangkan perkaitan antara pelajar sebagai input dan outputnya adalah hasil pembelajaran. Rajah 2 menunjukkan Model Hubungan antara Proses Pengajaran dengan Hasil Pembelajaran.
Menurut Habibah (1992), Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar melalui pengalaman pembelajaran yang diwujudkan berdasarkan interaksi isi pelajaran, kaedah mengajar dan bahan pengajaran yang digunakan. Maka hasil pembelajaran yang diperolehi lahir dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, sikap, minat, pengalaman dan kemahiran baru yang ada pada pelajar.