Perubahan Minat Untuk Belajar Prinsip Akaun

4.6.3 Perubahan Minat Untuk Belajar Prinsip Akaun

Secara keseluruhannya, pengkaji ingin mengenal pasti sama ada terdapat perubahan minat untuk belajar prinsip akaun bagi kumpulan PK dan PT. Maklum balas pelajar diperolehi berdasarkan soalan: “Adakah anda merasa lebih berminat atau bersungguh untuk belajar prinsip akaun pada semester ini? Mengapa?”.

Jadual 36 menunjukkan 87% pelajar daripada kedua-dua kumpulan menyatakan bahawa mereka lebih berminat untuk belajar di dalam semester tersebut iaitu selepas mengikuti eksperimen. Peratusan yang tinggi ini menandakan satu kesan yang positif. Dapatan ini menggambarkan bahawa masih terdapat ruang bagi guru prinsip akaun untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.

Namun begitu, dapatan ini juga menunjukkan bahawa peratus pelajar kumpulan PT yang bertambah minat adalah lebih tinggi iaitu 91.9% berbanding dengan pelajar kumpulan PK iaitu 83.6%. Begitu juga jika dilihat dari segi peratusan pelajar yang minat mereka tidak berubah, didapati pelajar kumpulan PK lebih ramai (9.8%) berbanding dengan kumpulan PT (8.1%), walaupun secara keseluruhannya hanya melibatkan beberapa orang sahaja. Penjelasan tentang Namun begitu, dapatan ini juga menunjukkan bahawa peratus pelajar kumpulan PT yang bertambah minat adalah lebih tinggi iaitu 91.9% berbanding dengan pelajar kumpulan PK iaitu 83.6%. Begitu juga jika dilihat dari segi peratusan pelajar yang minat mereka tidak berubah, didapati pelajar kumpulan PK lebih ramai (9.8%) berbanding dengan kumpulan PT (8.1%), walaupun secara keseluruhannya hanya melibatkan beberapa orang sahaja. Penjelasan tentang

Jadual 36: Perubahan Minat untuk Belajar Prinsip Akaun Mengikut Strategi Pembelajaran

Perubahan Minat

Lebih berminat

Tidak berubah

Tiada maklum balas

8 6.6 - - 8 3.9

Antara faktor-faktor yang diberikan oleh pelajar PK berkait dengan perubahan minat yang positif ialah kerana pelajar dapat lebih memahami prinsip akaun melalui strategi pembelajaran koperatif, merasa seronok berada dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, dapat mengubah persepsi pelajar terhadap tahap kesukaran mempelajari prinsip akaun, adanya peluang untuk berinteraksi sesama pelajar, ingin meningkatkan pencapaian dan demi kepentingan masa depan.

Faktor pertama adalah dari segi kesan strategi pembelajaran yang mana pelajar berpendapat mereka lebih berminat di dalam prinsip akaun kerana kefahaman mereka terhadap prinsip akaun telah bertambah melalui PK. Terdapat juga pelajar yang mengaitkannya secara langsung dengan latihan yang dibuat secara berkumpulan.

Faktor kedua, pelajar menjadi lebih berminat untuk belajar prinsip akaun adalah kerana mereka merasa seronok ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pelajar mengaitkan rasa seronok yang dialami kerana dapat bergaul dengan rakan yang lain dalam satu kumpulan.

Faktor ketiga, minat pelajar kumpulan PK bertambah kerana persepsi pelajar terhadap tahap kesukaran mempelajari prinsip akaun telah berubah. Sebelum ini, pelajar berpendapat prinsip akaun adalah satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami dan dipelajari. Kini pelajar kumpulan PK mendapati prinsip akaun adalah tidak sesukar yang disangka menyebabkan mereka merasa lebih berminat untuk belajar.

Faktor keempat, dengan adanya peluang yang lebih untuk pelajar berinteraksi dan berbincang dengan rakan-rakan menjadi sebab kepada perubahan minat yang lebih positif. Menurut mereka, melalui perbincangan dengan rakan-rakan dapat mengurangkan perasaan bosan dan menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Berbincang dengan rakan merupakan satu perkara yang digemari oleh pelajar kumpulan PK. Penerimaan rakan-rakan di dalam kumpulan mereka juga memberi kesan yang baik kepada minat pelajar.

Faktor kelima yang menyebabkan pelajar kumpulan PK menjadi lebih berminat adalah kerana mereka berazam untuk meningkatkan pencapaian mereka. Di dalam diri mereka wujud perasaan untuk sama-sama bersaing dengan rakan-rakan Faktor kelima yang menyebabkan pelajar kumpulan PK menjadi lebih berminat adalah kerana mereka berazam untuk meningkatkan pencapaian mereka. Di dalam diri mereka wujud perasaan untuk sama-sama bersaing dengan rakan-rakan

Faktor keenam yang menjadikan pelajar kumpulan PK lebih berminat untuk belajar adalah kerana memikirkan kepentingan mata pelajaran tersebut untuk masa depan. Pelajar mengaitkan kepentingan untuk masa depan adalah dari segi persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan cita-cita untuk menjadi seorang akauntan.

Berdasarkan faktor-faktor yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK berkaitan dengan sebab mereka bertambah minat untuk belajar prinsip akaun memberi gambaran bahawa pengalaman pembelajaran yang dialami di dalam PK secara tidak langsung banyak membantu meningkatkan minat tersebut. Jika dilihat kepada faktor pertama iaitu pelajar merasa dapat memahami prinsip akaun dengan lebih baik dan faktor kelima iaitu pelajar mempunyai keazaman untuk meningkatkan pencapaian, ia menggambarkan pelajar kumpulan PK memiliki ciri-ciri konsep kendiri akademik yang positif.

Seterusnya, bagi pelajar kumpulan PT, antara faktor-faktor yang menyebabkan perubahan minat yang positif adalah kerana pelajar menyukai strategi pembelajaran yang dilalui, ingin meningkatkan pencapaian, demi kepentingan masa depan dan kerana pelajar sememangnya berminat dengan prinsip akaun.

Faktor pertama yang menyebabkan pelajar kumpulan PT lebih berminat untuk belajar prinsip akaun di dalam semester tersebut adalah kerana menyukai strategi pembelajaran yang dilalui. Pelajar berpendapat mereka lebih mudah memahami prinsip akaun dengan adanya kuiz dan penggunaan banyak bahan bantu mengajar. Minat pelajar bertambah kerana mereka merasa seronok mempelajari prinsip akaun di dalam situasi tersebut.

Faktor kedua yang menerangkan sebab minat pelajar kumpulan PT bertambah adalah kerana keinginan mereka untuk meningkatkan pencapaian di dalam prinsip akaun. Berdasarkan kepada prestasi sebelum ini, pelajar bertambah minat untuk belajar kerana berazam untuk mendapat kejayaan yang lebih baik lagi.

Faktor ketiga yang menyebabkan pelajar kumpulan PT menjadi lebih berminat untuk belajar prinsip akaun adalah kerana memikirkan kepentingan prinsip akaun dalam mencapai kejayaan pada masa depan dan kerjaya sebagai akauntan. Pelajar mengaitkan kepentingan tersebut dalam menghadapi SPM dan dalam mencapai cita-cita mereka untuk menjadi akauntan.

Faktor keempat yang menjelaskan sebab pelajar kumpulan PT lebih berminat untuk belajar adalah kerana mereka sememangnya telah mempunyai minat terhadap prinsip akaun. Maka, pelajar menganggap minat mereka semakin bertambah pada semester tersebut. Terdapat pelajar yang menyatakan minat itu timbul kerana mereka menyukai mata pelajaran yang berbentuk pengiraan. Sebahagian yang lain meminati prinsip akaun kerana menganggap ia adalah satu Faktor keempat yang menjelaskan sebab pelajar kumpulan PT lebih berminat untuk belajar adalah kerana mereka sememangnya telah mempunyai minat terhadap prinsip akaun. Maka, pelajar menganggap minat mereka semakin bertambah pada semester tersebut. Terdapat pelajar yang menyatakan minat itu timbul kerana mereka menyukai mata pelajaran yang berbentuk pengiraan. Sebahagian yang lain meminati prinsip akaun kerana menganggap ia adalah satu

Berdasarkan sebab-sebab pelajar lebih berminat untuk belajar prinsip akaun yang diberikan oleh kumpulan PK dan PT menunjukkan terdapat persamaan faktor antara kedua-dua kumpulan iaitu dari segi pengaruh strategi pembelajaran, ingin meningkatkan pencapaian dan memikirkan kepentingan prinsip akaun untuk masa depan.

Walau bagaimanapun faktor yang diberikan oleh kumpulan PK lebih meluas iaitu meliputi perasaan seronok ketika belajar, pengaruh interaksi dengan rakan-rakan dan kerana terdapat perubahan persepsi terhadap prinsip akaun. Dapatan ini menunjukkan bahawa PK berupaya menarik minat pelajar dalam aspek yang lebih banyak berbanding dengan PT.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian, PT didapati masih berupaya menarik minat pelajar untuk belajar prinsip akaun melalui aktiviti kuiz secara individu dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat menarik perhatian pelajar.

Jika dibandingkan sebab-sebab yang diberikan oleh kedua-dua kumpulan , dapat dilihat bahawa bagi kumpulan PK, selain daripada faktor dalaman seperti keinginan untuk meningkatkan pencapaian dan berjaya pada masa depan, faktor luaran seperti suasana yang menyeronokkan dan interaksi dengan pelajar dengan Jika dibandingkan sebab-sebab yang diberikan oleh kedua-dua kumpulan , dapat dilihat bahawa bagi kumpulan PK, selain daripada faktor dalaman seperti keinginan untuk meningkatkan pencapaian dan berjaya pada masa depan, faktor luaran seperti suasana yang menyeronokkan dan interaksi dengan pelajar dengan

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ramai pelajar kumpulan PT didapati sememangnya meminati prinsip akaun berbanding dengan pelajar kumpulan PK. Maka, dapatan ini boleh digunakan untuk menjelaskan mengapa peratusan pelajar kumpulan PT lebih tinggi daripada PK dari segi perubahan minat yang positif. Selain daripada itu, dapatan ini juga menggambarkan terdapat perbezaan tahap minat terhadap prinsip akaun antara kedua-dua kumpulan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Halimah (1992) mengenai hubungan antara minat dengan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran prinsip akaun, beliau mendapati bahawa tidak ada hubungan antara minat dengan pencapaian tersebut. Maka, pengkaji berpendapat walaupun terdapat perbezaan tahap minat antara kedua-dua kumpulan tersebut, perbezaan itu tidak mempengaruhi prestasi yang diukur di dalam kajian ini.

Jadual 36 juga menunjukkan bahawa 9.1% pelajar daripada kumpulan PK dan PT menyatakan minat untuk belajar prinsip akaun adalah tidak berubah. Antara sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK adalah kerana mendapat kumpulan yang tidak memberikan kerjasama, tidak suka dengan pertukaran tempat apabila aktiviti berkumpulan berjalan, tidak dapat mengikuti pengajaran guru yang dianggap cepat, merasa bosan, tidak dapat memahami apa yang dipelajari dan merasa tidak ada apa-apa perbezaan yang berlaku. Manakala sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar kumpulan PT adalah dari segi tidak menyukai prinsip akaun, tidak dapat memahami apa yang dipelajari, merasa bosan dan merasa tidak ada apa-apa perbezaan yang berlaku.

Berdasarkan perbandingan sebab-sebab yang diberikan oleh kedua-dua kumpulan menunjukkan terdapat persamaan yang menerangkan mengapa terdapat sebahagian kecil pelajar yang minat mereka tetap tidak berubah. Walau bagaimanapun, bagi kumpulan PK, pengalaman yang kurang menyenangkan yang dialami ketika PK sedikit sebanyak menghalang bertambahnya minat untuk belajar prinsip akaun. Implikasi dapatan ini menunjukkan guru perlu prihatin kepada sebarang masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh pelajar ketika berlaku proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara individu mahu pun berkumpulan.