Kesan ke Atas Proses Kognitif

2.3.1.2 Kesan ke Atas Proses Kognitif

Apabila pelajar bermotivasi untuk belajar secara berkumpulan maka akan menggalakkan berlaku interaksi, perbincangan dan pengajaran rakan sebaya sesama mereka. Interaksi banyak hala dan pengajaran rakan sebaya tersebut akan memberi kesan ke atas pemprosesan maklumat, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir pelajar. Teori perkembangan kognitif dan teori penerangan kognitif digunakan bagi menerangkan kesan PK terhadap proses kognitif pelajar yang mempengaruhi pencapaian mereka (Johnson dan Johnson, 1998; Slavin, 1996; Abrami et al., 1995).

2.3.1.2.1 Teori Perkembangan Kognitif

Teori perkembangan kognitif menyatakan bahawa interaksi sesama pelajar yang berkaitan dengan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan konsep-konsep yang penting (Slavin, 1995). Menurut Piaget (Slavin, 1991), di dalam kognitif pelajar wujud skema yang memberi gambaran tentang bentuk tindakan atau cara berfikir yang digunakan oleh pelajar di dalam memahami kehidupan mereka.

Skema tersebut mengalami proses asimilasi dan akomodasi dari semasa ke semasa apabila berinteraksi dengan persekitaran. Apabila berhadapan dengan situasi yang tidak selari dengan skema yang sedia ada, berlaku proses ketidakseimbangan di dalam proses kognitif. Pelajar akan berusaha menseimbangkannya semula dengan Skema tersebut mengalami proses asimilasi dan akomodasi dari semasa ke semasa apabila berinteraksi dengan persekitaran. Apabila berhadapan dengan situasi yang tidak selari dengan skema yang sedia ada, berlaku proses ketidakseimbangan di dalam proses kognitif. Pelajar akan berusaha menseimbangkannya semula dengan

Di bawah PK, semasa pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan akan mewujudkan konflik pendapat kerana tahap penguasaan pelajar terhadap konsep yang dipelajari berbeza-beza. Berdasarkan teori Piaget, konflik pendapat akan mewujudkan ketidakseimbangan di dalam proses kognitif pelajar. Seterusnya pelajar akan berusaha mengimbanginya semula dengan memahami konsep tersebut mengikut perspektif baru berdasarkan perbincangan dengan rakan-rakan yang lebih berkebolehan (Tudge, 1990).

Teknik STAD sepertimana teknik PK yang lain menggalakkan interaksi sesama pelajar. Interaksi ini berlaku dalam bentuk pengajaran oleh rakan sebaya. Pengajaran oleh rakan sebaya distruktur dengan setiap kumpulan terdiri daripada pelajar yang berbeza tahap kebolehan.

Satu kajian telah dijalankan untuk melihat perkaitan antara kebolehan pelajar dan interaksi kumpulan kecil dengan pencapaian pelajar (Swing dan Peterson, 1982). Sampel kajian terdiri daripada pelajar gred lima seramai 43 orang. Pelajar diagihkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan membuat tugasan mengikut kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang pelajar berkebolehan tinggi, dua orang pelajar berkebolehan Satu kajian telah dijalankan untuk melihat perkaitan antara kebolehan pelajar dan interaksi kumpulan kecil dengan pencapaian pelajar (Swing dan Peterson, 1982). Sampel kajian terdiri daripada pelajar gred lima seramai 43 orang. Pelajar diagihkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan membuat tugasan mengikut kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang pelajar berkebolehan tinggi, dua orang pelajar berkebolehan

Dapatan kajian menunjukkan kumpulan yang mengikuti latihan berinteraksi lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kumpulan kawalan. Kajian ini juga mendapati bagi pelajar berkebolehan tinggi, terdapat hubungan yang positif antara tindakan memberi penerangan konseptual dengan pencapaian. Pelajar berkebolehan rendah yang kerap menerima penerangan juga mendapat pencapaian yang tinggi.

Walaupun kajian ini tidak menggunakan teknik STAD perse, dapatannya menyokong teknik STAD yang memberi peluang kepada pelajar yang berbeza tahap kebolehan memberi dan menerima penerangan sesama ahli kumpulan berupaya meningkatkan pencapaian. Sedangkan di dalam pembelajaran tradisional (PT), pelajar memberi tumpuan kepada tugasan yang dilakukan secara bersendirian. Interaksi sesama pelajar sangat kurang. Namun begitu kajian ini juga mendapati pencapaian pelajar yang berkebolehan sederhana tidak begitu ketara berbanding dengan pelajar berkebolehan tinggi dan rendah. Satu perkara yang perlu diteliti, ciri utama yang dibandingkan di dalam kajian ini ialah kesan kumpulan kecil yang mengikuti latihan Walaupun kajian ini tidak menggunakan teknik STAD perse, dapatannya menyokong teknik STAD yang memberi peluang kepada pelajar yang berbeza tahap kebolehan memberi dan menerima penerangan sesama ahli kumpulan berupaya meningkatkan pencapaian. Sedangkan di dalam pembelajaran tradisional (PT), pelajar memberi tumpuan kepada tugasan yang dilakukan secara bersendirian. Interaksi sesama pelajar sangat kurang. Namun begitu kajian ini juga mendapati pencapaian pelajar yang berkebolehan sederhana tidak begitu ketara berbanding dengan pelajar berkebolehan tinggi dan rendah. Satu perkara yang perlu diteliti, ciri utama yang dibandingkan di dalam kajian ini ialah kesan kumpulan kecil yang mengikuti latihan

Vygotsky (Woolfolk, 1995) juga banyak membincangkan aspek perkembangan kognitif kanak-kanak yang selaras dengan PK. Menurut beliau, pengetahuan, pandangan, sikap dan nilai yang terbentuk pada diri individu sejak awal banyak bergantung kepada interaksinya dengan orang lain. Berdasarkan pandangan Vygotsky yang menganggap pertuturan secara lisan dapat membantu individu mengarahkan pemikirannya, Woolfolk (1995) berpendapat pelajar perlu digalakkan bercakap di dalam kelas. Melalui interaksi dengan rakan-rakan, pelajar berpeluang meluahkan apa yang bermain di fikiran dan menjadikan proses berfikir lebih lancar. Seterusnya proses ini dapat membantu pelajar menyelesaikan permasalahan pembelajaran. Keadaan ini dapat diwujudkan di dalam PK yang menggalakkan pelajar berbincang mengenai apa yang kurang difahami bersama rakan-rakan mereka.

Konsep perkembangan zon proximal yang diperkenalkan oleh Vygotsky (Tudge, 1990) menyatakan terdapat satu tahap proses kognitif pelajar yang mana mereka dapat menguasai sesuatu konsep hanya dengan bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkebolehan. Zon tersebut merupakan batasan kepada keupayaan Konsep perkembangan zon proximal yang diperkenalkan oleh Vygotsky (Tudge, 1990) menyatakan terdapat satu tahap proses kognitif pelajar yang mana mereka dapat menguasai sesuatu konsep hanya dengan bantuan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkebolehan. Zon tersebut merupakan batasan kepada keupayaan

Proses interaksi sesama pelajar lebih berkesan di dalam meningkatkan pencapaian kerana pelajar menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami oleh rakan mereka berbanding dengan guru dan keupayaan mereka memahami isyarat tanpa lisan yang menunjukkan sama ada rakan mereka faham atau tidak faham (Webb,1982).

Tudge (1990) telah mengkaji kesan perbezaan tahap pemikiran dan tahap keyakinan pelajar yang berinteraksi dengan tahap peningkatan pemikiran mereka. Seramai 154 orang pelajar sekolah rendah dalam lingkungan umur 5 hingga 9 tahun terlibat di dalam kajian tersebut. Tahap pemikiran dan keyakinan subjek dikenal pasti melalui ujian pra yang mengkehendaki subjek menjangka pergerakan neraca (beam) apabila pemberat yang berbeza-beza diletakkan pada berbagai jarak daripada fulkrum. Corak jangkaan mereka dikelaskan kepada enam tahap peraturan yang digunakan untuk menjangka pergerakan neraca.

Seterusnya subjek tersebut diagihkan kepada tiga situasi yang mana akhirnya melibatkan 97 orang subjek sebagai sampel kajian. Dalam situasi pertama, subjek dipasangkan dengan rakan yang mempunyai tahap pemikiran yang sama berdasarkan Seterusnya subjek tersebut diagihkan kepada tiga situasi yang mana akhirnya melibatkan 97 orang subjek sebagai sampel kajian. Dalam situasi pertama, subjek dipasangkan dengan rakan yang mempunyai tahap pemikiran yang sama berdasarkan

Dapatan kajian itu menunjukkan berlaku peningkatan di dalam tahap pemikiran subjek lemah yang dipasangkan dengan rakan yang berkebolehan. Sebaliknya, berlaku regresi di dalam tahap pemikiran subjek yang dipasangkan dengan rakan yang sama tahap dan subjek yang berkebolehan yang dipasangkan dengan rakan yang lemah. Dapatan juga menunjukkan subjek yang yakin dengan cara membuat jangkaan pergerakan neraca tidak banyak berubah pendirian mereka berbanding dengan subjek yang kurang yakin dengan cara mereka gunakan.

Berdasarkan dapatan tersebut, Tudge (1990) berpendapat kesan daripada interaksi antara pelajar yang berbeza tahap kebolehan lebih berbentuk dua hala. Walaupun terdapat peningkatan di dalam proses kognitif bagi pelajar yang lemah, sebaliknya berlaku regresi di dalam cara berfikir yang digunakan oleh pelajar yang berkebolehan tetapi tidak begitu yakin dengan kefahamannya sendiri. Hal ini berlaku kerana semasa proses interaksi dengan pelajar yang lemah, pelajar yang Berdasarkan dapatan tersebut, Tudge (1990) berpendapat kesan daripada interaksi antara pelajar yang berbeza tahap kebolehan lebih berbentuk dua hala. Walaupun terdapat peningkatan di dalam proses kognitif bagi pelajar yang lemah, sebaliknya berlaku regresi di dalam cara berfikir yang digunakan oleh pelajar yang berkebolehan tetapi tidak begitu yakin dengan kefahamannya sendiri. Hal ini berlaku kerana semasa proses interaksi dengan pelajar yang lemah, pelajar yang

Walau bagaimanapun, jika dilihat dari perspektif teori penerangan kognitif, tahap kognitif pelajar yang berkebolehan turut meningkat apabila mereka membimbing rakan yang kurang berkebolehan. Perbincangan diteruskan dengan melihat kepada kesan PK terhadap prestasi mengikut teori penerangan kognitif.

2.3.1.2.2 Teori Penerangan Kognitif

Penerangan dari aspek kognitif bermaksud menambahkan maklumat baru dengan mengaitkan maklumat yang sedia ada di dalam memori (Woolfolk, 1995). Teori penerangan kognitif menyatakan bahawa bagi memastikan sesuatu maklumat kekal di dalam ingatan, perlu berlaku proses penstrukturan atau penerangan kognitif bagi bahan pembelajaran (Slavin, 1990). Salah satu cara yang membantu proses penerangan kognitif ialah dengan memberi penerangan atau mengajar kepada orang lain.

Bargh dan Schul (1980) cuba mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kesan kognitif ke atas proses pengajaran. Eksperimen yang dijalankan bertujuan membandingkan dua bentuk pembelajaran iaitu pelajar yang belajar semata-mata untuk menjawab soalan selepas itu dengan pelajar yang belajar kerana dikehendaki mengajar pelajar Bargh dan Schul (1980) cuba mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kesan kognitif ke atas proses pengajaran. Eksperimen yang dijalankan bertujuan membandingkan dua bentuk pembelajaran iaitu pelajar yang belajar semata-mata untuk menjawab soalan selepas itu dengan pelajar yang belajar kerana dikehendaki mengajar pelajar

Eksperimen berbentuk ujian pra dan pasca dijalankan dalam bentuk makmal. Setiap subjek diberi dua jenis karangan yang mempunyai soalan yang menguji tahap ingatan dan tahap kenal pasti . Karangan pertama adalah karangan pendek yang bertindak sebagai ujian pra dan pelajar diberi masa lapan minit untuk membacanya. Manakala karangan kedua yang lebih panjang dijadikan sebagai ujian pasca dan masa yang diperuntukkan untuk membacanya adalah 15 minit. Subjek membaca karangan dan menjawab soalan berkaitan menggunakan komputer.

Di dalam kumpulan kawalan, pelajar dijelaskan bahawa sekiranya mereka mendapat skor yang tinggi di dalam menjawab soalan kedua-dua karangan, mereka dijanjikan ganjaran duit sebanyak lima dollar. Pelajar di dalam kumpulan eksperimen pula diberitahu bahawa selepas diberi masa untuk membaca karangan, mereka dikehendaki mengajar pelajar lain yang akan menjawab soalan karangan tersebut. Ganjaran duit sebanyak lima dollar akan diberi kepada subjek jika pelajar yang diajar mendapat skor yang tinggi di dalam soalan karangan. Walau bagaimanapun, setelah masa yang diberi untuk membaca karangan tamat, subjek kumpulan eksperimen dikehendaki menjawab sendiri soalan-soalan tersebut dengan alasan pelajar yang ingin diajar tidak hadir.

Dengan menggunakan teknik ancova, didapati skor kumpulan eksperimen lebih tinggi dalam soalan tahap ingatan dan tahap kenal pasti berbanding dengan kumpulan kawalan. Bargh dan Schul (1980) membuat kesimpulan bahawa faktor persediaan untuk mengajar menjadi salah satu faktor pencapaian pelajar yang mengajar lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang belajar untuk diri sendiri. Dengan kata lain, dapatan kajian ini menyokong PK yang mana pencapaian pelajar yang berkebolehan dapat ditingkatkan melalui interaksi dan pengajaran kepada rakan yang lemah.