Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

4.6.2.6 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar yang utama yang digunakan di dalam kajian ini adalah kertas mahjung dan kertas edaran. Kertas mahjung digunakan sebagai jalan kerja Bahan bantu mengajar yang utama yang digunakan di dalam kajian ini adalah kertas mahjung dan kertas edaran. Kertas mahjung digunakan sebagai jalan kerja

Jadual 34 menunjukkan kebanyakan pelajar (76%) dari kumpulan PK dan PT bersetuju dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Maklum balas yang dikategorikan sebagai bersetuju ialah apabila pelajar menyatakannya sebagai baik, bagus dan menceritakan kelebihan pengunaan bahan bantu mengajar tersebut untuk diri mereka. Peratusan yang tinggi ini menunjukkan pelajar kumpulan PK dan PT menerima dengan baik penggunaan bahan bantu mengajar. Peratus pelajar kumpulan PT yang bersetuju adalah lebih tinggi iaitu 83.8% berbanding dengan pelajar kumpulan PK iaitu 70.5%.

Jadual 34: Persepsi Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Mengikut Strategi Pembelajaran

Kategori maklum balas

Pembelajaran

Kumpulan Jumlah

Tidak bersetuju

Pandangan bercampur

Tiada maklum balas

Manakala pelajar yang tidak bersetuju dengan penggunaan bahan bantu mengajar adalah seramai 14% sahaja. Pelajar dianggap tidak bersetuju dengan penggunaan bahan bantu mengajar tersebut apabila mereka menyatakannya sebagai tidak baik, tidak bagus dan menceritakan kekurangan yang ada pada bahan bantu mengajar tersebut. Maklum balas yang dianggap sebagai pandangan bercampur iaitu sebanyak 4.8% ialah apabila pelajar menyatakan aspek positif dan negatif tentang bahan bantu mengajar tersebut. Maka, dapatan seterusnya melaporkan dengan lebih mendalam tentang persepsi pelajar kumpulan PK dan PT terhadap penggunaan bahan bantu mengajar.

Berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai bersetuju, pengkaji mengenal pasti aspek positif atau kelebihan penggunaan bahan bantu mengajar yang dinyatakan oleh pelajar daripada kumpulan PK dan PT. Di antara aspek- aspek positif tersebut adalah dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari, pelajar dapat memberi lebih tumpuan di dalam kelas, mudah dilihat oleh pelajar, menjimatkan masa guru dan pelajar di dalam kelas, sebagai rujukan pelajar semasa membuat latihan dan membantu pengajaran guru.

Aspek positif yang pertama adalah dari segi dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari. Pelajar berpendapat bahan bantu mengajar tersebut membantu mereka lebih memahami apa yang sedang dipelajari.

Aspek positif yang kedua mengenai mendorong pelajar dapat memberi lebih tumpuan di dalam kelas. Selain daripada itu, pelajar juga berpendapat penggunaan bahan bantu mengajar tersebut menyebabkan pelajar dapat memberi tumpuan yang lebih di dalam kelas. Hal ini dikaitkan dengan penggunaan warna yang menarik dan tulisan yang jelas. Menurut sebahagian pelajar yang lain, penggunaan bahan bantu mengajar tersebut menyebabkan mereka merasa lebih seronok di dalam proses pembelajaran prinsip akaun.

Aspek positif yang ketiga berhubung dengan bahan bantu mengajar yang mudah dilihat oleh pelajar. Aspek positif yang keempat ialah dari segi menjimatkan masa guru dan pelajar di dalam kelas. Pelajar juga berpendapat dengan adanya bahan bantu mengajar dapat menjimatkan masa di dalam kelas. Sebelum ini banyak masa digunakan untuk guru menulis di papan hitam dan pelajar menulisnya di dalam nota mereka.

Aspek positif yang kelima ialah sebagai rujukan pelajar semasa membuat latihan. Antara pandangan lain, menurut pelajar kertas mahjung memudahkan mereka merujuk kepadanya semasa menyelesaikan tugasan di dalam kelas.

Aspek positif yang keenam ialah berkenaan dengan membantu pengajaran guru. Sebahagian pelajar yang lain melihat bahan bantu mengajar banyak membantu guru di dalam menerangkan sesuatu tajuk.

Berdasarkan dapatan yang membincangkan aspek positif penggunaan bahan bantu mengajar menunjukkan bahawa penggunaannya diterima baik dan banyak membantu proses pembelajaran prinsip akaun sama ada bagi pelajar kumpulan PK mahu pun kumpulan PT. Implikasinya, guru prinsip akaun perlu memberi perhatian kepada penggunaan bahan bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aspek-aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK dan PT.

Seterusnya, dapatan kajian melaporkan teguran-teguran yang dikemukakan oleh sebahagian pelajar kumpulan PK dan PT berhubung dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang menyebabkan mereka kurang bersetuju dengan aspek tersebut. Berdasarkan maklum balas tidak bersetuju dan pandangan bercampur, pengkaji mengenal pasti teguran yang diberikan oleh pelajar berkaitan dengan beberapa aspek di dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang boleh diperbaiki.

Terdapat pelajar yang merasakan penggunaan bahan bantu mengajar yang berwarna-warni adalah membazir walaupun mereka mengakui ia memberi kesan yang baik di dalam pembelajaran. Sebahagian pelajar yang lain merasakan penggunaan bahan bantu mengajar tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Segelintir pelajar berpendapat mereka tidak dapat melihat dengan jelas apa yang ditunjukkan pada bahan bantu mengajar. Menurut mereka, terdapat tulisan tertentu yang terlalu kecil. Begitu juga dengan penggunaan kertas yang berwarna- warni, pelajar berpendapat ianya kurang sesuai dan boleh mengelirukan.

Dapatan kajian yang membincangkan aspek negatif tentang penggunaan bahan bantu mengajar yang dinyatakan oleh sebahagian pelajar kumpulan PK dan PT menunjukkan terdapat beberapa perkara yang guru perlu ambil kira ketika menyediakan bahan bantu mengajar. Antaranya ialah, guru perlu memastikan semua pelajar dapat melihat dengan jelas bahan yang dipamerkan. Guru juga perlu mengambil kira dari segi pemilihan warna yang tidak terlalu garang kerana tidak semua pelajar gemar warna yang terang. Dapatan kajian seterusnya membincangkan tentang persepsi pelajar kumpulan PK dan PT terhadap pengajaran guru.