Pembelajaran Koperatif dan Hubungan Sosial

2.3.4 Pembelajaran Koperatif dan Hubungan Sosial

Selain daripada pencapaian akademik, kesan PK terhadap hubungan sosial pelajar juga mendapat perhatian di kalangan penyelidik. Antara aspek hubungan sosial yang menjadi fokus kajian para penyelidik adalah sikap pelajar terhadap rakan sekelas (Slavin, 1978), hubungan antara etnik (DeVries, Edwards dan Slavin, 1978), kemahiran sosial dan peranan rakan kumpulan dalam memperbaiki tingkah laku pelajar (Smith dan Karp, 1997) dan hubungan dengan pelajar istimewa (Putnam, Markorchick, Johnson dan Johnson, 1996).

Sikap pelajar terhadap rakan sekelas didapati lebih positif dan hubungan sesama mereka lebih rapat apabila mereka membuat aktiviti secara berkumpulan. Jules (1991) telah membuat satu kajian kes bagi menyelidik perubahan pemilihan rakan bekerja (work mates) sebelum dan selepas PK di kalangan 73 orang pelajar sekolah menengah di Trinidad. Perubahan tersebut dilihat dari segi perkaitannya dengan corak rakan rapat (clique), status ekonomi sosial (SES), bangsa dan persepsi pencapaian pelajar. Kajian tersebut melibatkan tiga kelas yang setiap satunya dari tiga buah sekolah. Sebelum didedahkan dengan PK, pelajar diminta menyatakan tiga orang rakan yang mereka ingin bekerja dan tidak ingin bekerja bersama. Pelajar juga diminta berbuat demikian setelah lima minggu mengikuti PK. Dalam tempoh tersebut pelajar membuat kerja di dalam kumpulan kecil yang heterogen. Guru dan penyelidik memerhati dan menggalakkan aktiviti berkumpulan.

Jules (1991) mendapati, melalui kerja berkumpulan tersebut pemilihan rakan bekerja berdasarkan etnik semakin berkurang dan pelajar mempunyai lebih ramai rakan rapat. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang tidak digemari oleh lebih ramai rakan sekelas selepas PK. Ini adalah kerana terdapat sebilangan kecil pelajar yang memerlukan pendekatan lain bagi membantu mereka dalam bersosial. Namun begitu, PK didapati masih berupaya meningkatkan hubungan sosial sebahagian besar pelajar di dalam kajian tersebut. Kajian yang berbentuk penerokaan ini adalah penting dalam membantu memahami bahawa PK dapat membantu pelajar untuk mempunyai rakan rapat yang lebih ramai .

Smith dan Karp (1997) telah menjalankan kajian bagi melihat kesan PK ke atas peningkatan kemahiran sosial dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Tumpuan kajian adalah kepada pelajar yang mempamirkan timgkah laku sosial yang kurang baik seperti memanggil nama yang kurang elok, tidak memberi tumpuan kepada tugasan dan menyebabkan rakan sekelas juga tidak memberi tumpuan pada tugasan. Kajian rintis terlebih dahulu dijalankan ke atas 16 orang pelajar lain gred tiga yang memakan masa empat minggu untuk pemerhatian semata-mata dan 10 minggu untuk pendedahan PK.

Kajian sebenar melibatkan 24 orang pelajar gred tiga dalam mata pelajaran pendidikan jasmani yang dikendalikan oleh salah seorang penyelidik dan guru Kajian sebenar melibatkan 24 orang pelajar gred tiga dalam mata pelajaran pendidikan jasmani yang dikendalikan oleh salah seorang penyelidik dan guru

Data kualitatif dikutip menggunakan pemerhatian melalui rakaman video, rekod persediaan mengajar, rekod reflektif yang menyimpan persoalan dan hal yang ingin dibincangkan dengan guru pendidikan jasmani, temubual tidak formal yang dilakukan setiap hari dan temubual formal dengan lapan orang pelajar sasaran dan sebahagian pelajar lain. Teknik kualitatif diguna bagi membantu memahami lebih mendalam kesan PK terhadap peningkatan kemahiran sosial pelajar sasaran melalui tingkah laku yang dipamirkan oleh pelajar ketika berinteraksi. Data kuantitatif yang diguna adalah penilaian guru kelas dan guru pendidikan jasmani, penilaian rakan- rakan mengunakan sosiometrik dan pemerhatian yang bersistematik menggunakan rakaman video bagi menganalisis penglibatan sosial pelajar. Analisis data yang diperolehi menunjukkan skor enam orang pelajar sasaran yang diukur menggunakan penilaian guru dan rakan meningkat manakala skor dua orang pelajar sasaran berkurang.

Berdasarkan dapatan kajian tersebut, Smith dan Karp (1997) berpendapat kaedah PK yang memasukkan latihan kemahiran sosial berupaya memperbaiki tingkah laku sosial sebahagian pelajar yang bermasalah walaupun tidak semua. Kajian ini yang lebih berbentuk kajian kes telah menggabungkan teknik kualitatif dan kuantitatif dalam proses pengumpulan data. Maka dapatan kajian ini sangat membantu dalam menerangkan aspek-aspek tingkah laku yang menampakkan perubahan kesan PK yang mana aspek ini tidak dapat diukur secara kuantitatif. Manakala data kuantitatif yang diguna dapat mengesahkan perubahan kesan PK secara statistik. Justeru itu walaupun kajian ini menggunakan sampel yang kecil tetapi dapatannya dapat menyokong kajian-kajian lain berkaitan dengan kesan positif PK terhadap hubungan sosial pelajar.

Apa yang lebih ketara, terdapat perbezaan sikap terhadap hubungan dengan rakan antara pelajar yang kerap terlibat dalam PK dengan yang kurang terlibat dalam PK. Seramai 859 orang pelajar Gred 5 hingga 9 telah menjawab Classroom Life Alat kajian yang menyentuh aspek PK, ciri saling pergantungan matlamat yang positif, saling pergantungan sumber, sokongan guru dalam akademik, sokongan guru dalam hal peribadi, sokongan rakan dalam akademik, sokongan rakan dalam hal peribadi, kesaksamaan gred, mendapatkan penerimaan sosial, konsep kendiri akademik dan renggangan (Johnson, Johnson dan Anderson, 1983). Pelajar juga dikehendaki menyatakan jumlah masa yang digunakan oleh guru mereka dalam PK berdasarkan skala lima mata. Penyelidik mengkategorikan pelajar kepada dua kumpulan Apa yang lebih ketara, terdapat perbezaan sikap terhadap hubungan dengan rakan antara pelajar yang kerap terlibat dalam PK dengan yang kurang terlibat dalam PK. Seramai 859 orang pelajar Gred 5 hingga 9 telah menjawab Classroom Life Alat kajian yang menyentuh aspek PK, ciri saling pergantungan matlamat yang positif, saling pergantungan sumber, sokongan guru dalam akademik, sokongan guru dalam hal peribadi, sokongan rakan dalam akademik, sokongan rakan dalam hal peribadi, kesaksamaan gred, mendapatkan penerimaan sosial, konsep kendiri akademik dan renggangan (Johnson, Johnson dan Anderson, 1983). Pelajar juga dikehendaki menyatakan jumlah masa yang digunakan oleh guru mereka dalam PK berdasarkan skala lima mata. Penyelidik mengkategorikan pelajar kepada dua kumpulan

Kajian ini mempunyai kelainan dari kajian-kajian PK yang lain kerana ia berbentuk ex-post facto iaitu mengkaji persepsi yang sedia wujud di kalangan pelajar di dalam situasi pembelajaran di dalam kelas yang sedia ada tanpa sebarang manipulasi jangka pendek. Sedangkan kajian lain lebih berbentuk eksperimen dan persepsi pelajar diukur dalam satu jangka masa tertentu. Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa PK meningkatkan hubungan sosial pelajar sama ada dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang.

Hubungan sosial antara pelajar biasa dengan pelajar istimewa di dalam kelas yang sama juga mendapat perhatian penyelidik barat dengan adanya sekolah yang menggabungkan pelajar-pelajar tersebut. Putnam et al. (1996) berminat untuk mengetahui kesan PK terhadap kestabilan penerimaan rakan sebaya bagi pelajar istimewa dalam jangka masa yang panjang. Kajian yang memakan masa lapan bulan melibatkan 417 orang pelajar termasuk 41 orang pelajar istimewa. Pelajar yang terlibat adalah di dalam gred lima hingga lapan dalam 21 kelas di dua buah sekolah.

Tiga situasi pembelajaran diwujudkan dalam salah satu kelas yang terlibat iaitu situasi PK, situasi persaingan yang dikendalikan oleh guru PK, situasi persaingan yang dikendalikan oleh guru lain. Di dalam kelas PK, pelajar akan membuat kerja berkumpulan sebanyak dua kali seminggu dengan memasukkan elemen teknik Belajar Bersama-sama. Penerimaan rakan sebaya diukur menggunakan sosiometrik yang mengkehendaki pelajar menilai semua rakan sekelas berdasarkan skala likert lima mata. Ujian-t berulang (repeated measure t-tests) menunjukkan terdapat perubahan yang positif bagi pelajar PK terhadap penerimaan rakan sekelas sama ada pelajar istimewa atau pelajar biasa. Sebaliknya penerimaan rakan sebaya di dalam kelas persaingan tidak menunjukkan sebarang perubahan. Putnam et al. (1996) berpendapat di dalam kelas yang menggunakan pembelajaran tradisional, persepsi pelajar terhadap rakan sebaya lebih berbentuk stereotype dan sukar untuk berubah.

Dari segi methodologi, kajian ini menggunakan kelas-kelas yang ditentukan secara rawak untuk situasi eksperimen dan dapat mengawal pengaruh gaya pengajaran guru. Selain dari itu maklum balas alat kajian sosiometrik menunjukkan tidak wujud kesan siling yang menolak kemungkinan skor yang diperolehi menghampiri min. Maka dapatan kajian ini boleh dianggap sebagai meyakinkan dan menyokong kesan PK yang positif terhadap penerimaan rakan sebaya bagi pelajar istimewa.

Berdasarkan perbincangan kajian-kajian mengenai kesan PK terhadap hubungan sosial, dapatan kajian-kajian tersebut membayangkan bahawa PK juga memberi Berdasarkan perbincangan kajian-kajian mengenai kesan PK terhadap hubungan sosial, dapatan kajian-kajian tersebut membayangkan bahawa PK juga memberi