Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Pembelajaran Koperatif

2.4 Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Pembelajaran Koperatif

Walaupun kajian mengenai PK dari berbagai aspek telah banyak mendapat perhatian para penyelidik, namun kajian yang melibatkan persepsi pelajar dan guru terhadap PK agak kurang dilaporkan. McManus dan Gettinger (1996) telah mengkaji tentang penilaian guru dan pelajar terhadap PK yang dilaksanakan di dalam kelas mereka. Tujuan kajian tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat guru tentang penggunaan PK dan penilaian terhadap PK serta reaksi pelajar terhadap bekerja di dalam kumpulan. Selain daripada itu, kajian tersebut juga melibatkan pemerhatian terhadap tingkah laku interaktif sesama pelajar ketika aktiviti PK.

Kajian tersebut melibatkan 26 orang guru yang melaporkan mereka menggunakan PK di dalam kelas dan 38 pelajar yang dipilih daripada kelas yang diajar oleh dua orang guru daripada 26 orang tersebut. Alat ukuran yang digunakan adalah soal selidik mengenai persepsi guru terhadap PK, soal selidik mengenai persepsi pelajar terhadap kerja berkumpulan dan sistem pencerapan berkod untuk merekod rakaman video tingkah laku pelajar ketika aktiviti PK.

Dapatan kajian dilaporkan berdasarkan persepsi guru, persepsi pelajar dan pemerhatian terhadap aktiviti PK. Antara dapatan yang diperolehi berdasarkan persepsi guru adalah tentang kandungan pelajaran yang paling banyak melibatkan PK ialah berkaitan dengan pembacaan, aktiviti untuk PK yang kerap diguna adalah dalam bentuk permainan dan ciri PK yang digunakan adalah struktur ganjaran berdasarkan hasil kumpulan. Secara keseluruhannya, guru berpendapat PK merupakan satu strategi yang berkesan terutama dalam aspek sosial iaitu interaksi dengan rakan dan kerjasama.

Manakala menurut persepsi pelajar, PK memberi kesan yang paling baik dalam aspek akademik, seperti mendapat gred yang lebih baik. Pelajar juga dilaporkan lebih suka menyiapkan kerja secara berkumpulan berbanding dengen secara individu. Antara aspek positif tentang PK yang dinyatakan oleh pelajar ialah dapat mendengar pendapat rakan, dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat, mendapat bantuan dan berpeluang bekerja dengan rakan. Manakala aspek negatif PK menurut pendapat pelajar ialah dari segi wujudnya konflik dan merasa kecewa apabila rakan tidak mahu mendengar sesama sendiri.

Dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan pemerhatian menunjukkan bahawa interaksi sesama pelajar semasa aktiviti PK banyak melibatkan perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti mendengar dan melihat rakan memberi tunjuk ajar cara menyiapkan tugasan. Secara keseluruhannya, kajian ini Dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan pemerhatian menunjukkan bahawa interaksi sesama pelajar semasa aktiviti PK banyak melibatkan perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti mendengar dan melihat rakan memberi tunjuk ajar cara menyiapkan tugasan. Secara keseluruhannya, kajian ini

Kajian yang dijalankan oleh McManus dan Gettinger (1996) bagi mendapatkan persepsi guru dan pelajar boleh dianggap sebagai satu kajian yang baik kerana pemilihan subjek kajian yang menepati objektif kajian dan menggabungkan teknik soal selidik dan pemerhatian berdasarkan rakaman video. Dapatan kajian ini juga menggambarkan bahawa walaupun PK memberi kesan yang baik menurut persepsi guru dan pelajar, namun beberapa masalah tetap wujud seperti yang dinyatakan oleh pelajar.

Prescott (1990) membincangkan persepsi guru yang telah diberi pendedahan tentang PK terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan PK. Data yang diperolehi dikutip daripada guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang menggunakan PK. Dapatan kajian dilaporkan tanpa penerangan berkenan kaedah yang diguna.

Berdasarkan ulasan yang diberi oleh guru-guru, antara komponen-komponen yang perlu diberi perhatian bagi menjayakan perlaksanaan PK adalah sistem ganjaran, Berdasarkan ulasan yang diberi oleh guru-guru, antara komponen-komponen yang perlu diberi perhatian bagi menjayakan perlaksanaan PK adalah sistem ganjaran,

Di dalam sistem ganjaran, guru memberi cadangan tentang perkara-perkara yang termasuk di dalam penilaian untuk diberi ganjaran bagi mendorong pelajar melibatkan diri. Guru juga berpendapat tentang perlunya ganjaran untuk tingkah laku tertentu disegerakan supaya pelajar dapat melihat perkaitan antara tindakan yang dikehendaki dengan ganjaran yang disediakan. Selain daripada itu, persaingan antara kumpulan tidak sepatutnya ditekankan. Guru berpendapat, walaupun terdapat sistem ganjaran yang merupakan satu motivasi ekstrinsik, namun lama-kelamaan pelajar mula melihat proses pembelajaran berkumpulan sebagai satu nilai intrinsik.

Pembentukan ahli kumpulan perlu mengandungi berbagai tahap kebolehan dan etnik. Bagi pelajar-pelajar yang biasanya dipencilkan oleh rakan sekelas perlu dijadikan berpasangan sesama mereka. Bagi kelas yang menghadapi masalah ketidakhadiran pelajar yang ramai, guru mencadangkan kombinasi ahli kumpulan perlu berubah setiap hari. Manakala bagi kelas yang bermasalah dari segi disiplin, ahli kumpulan perlu dibuat secara berpasangan dan bukannya berempat. Ciri-ciri personaliti pelajar juga perlu diambil kira ketika menentukan ahli sesuatu kumpulan. Bagi kelas yang terdiri daripada pelajar yan berkebolehan rendah, ahli kumpulan perlu dipasangkan secara berdua dan bukan berempat. Apa yang dapat dirumuskan di sini bahawa pembentukan kumpulan perlu dirancang rapi dan guru perlu Pembentukan ahli kumpulan perlu mengandungi berbagai tahap kebolehan dan etnik. Bagi pelajar-pelajar yang biasanya dipencilkan oleh rakan sekelas perlu dijadikan berpasangan sesama mereka. Bagi kelas yang menghadapi masalah ketidakhadiran pelajar yang ramai, guru mencadangkan kombinasi ahli kumpulan perlu berubah setiap hari. Manakala bagi kelas yang bermasalah dari segi disiplin, ahli kumpulan perlu dibuat secara berpasangan dan bukannya berempat. Ciri-ciri personaliti pelajar juga perlu diambil kira ketika menentukan ahli sesuatu kumpulan. Bagi kelas yang terdiri daripada pelajar yan berkebolehan rendah, ahli kumpulan perlu dipasangkan secara berdua dan bukan berempat. Apa yang dapat dirumuskan di sini bahawa pembentukan kumpulan perlu dirancang rapi dan guru perlu

Guru juga memberi pendapat berkenaan pengurusan kelas yang mana perlunya had masa untuk aktiviti berkumpulan ditetapkan, membuat pengawasan yang rapi dan memberi perangsang untuk kerja berkumpulan. Selain daripada itu, arahan guru tentang sesuatu aktiviti perlu jelas. Guru juga perlu konsisten dari segi pemberian ganjaran.

Guru perlu merancang supaya aktiviti PK menarik, distruktur supaya memerlukan interaksi dan penglibatan semua ahli dan mempunyai garis panduan secara bertulis yang jelas. Menurut guru, di dalam fasa persediaan, iaitu tempoh pengenalan ketika tingkah laku dan kemahiran sosial diajar dan diamalkan, ahli kumpulan mula berkenalan, pelajar perlu diperjelaskan kepentingan PK dan mendapat gambaran bahawa PK adalah menyeronokkan dan bermanfaat kepada mereka. Aktiviti PK perlu bermula secara berpasangan yang mana guru mengajar tingkah laku koperatif yang dikehendaki dan memberi aktiviti membina semangat berkumpulan sebelum memulakan kerja berkumpulan yang berbentuk akademik. Selain daripada itu, penilaian pelajar terhadap kerja berkumpulan juga perlu diwujudkan. Ia merupakan sesi yang dikendalikan oleh guru yang mana pelajar menilai kemajuan mereka dalam kemahiran sosial tertentu.

Guru juga menyenaraikan ciri-ciri pelajar yan mendatangkan masalah yang memerlukan usaha yang lebih di pihak guru iaitu tidak hadir, masalah disiplin yang keterlaluan, pelajar yang lemah kemahiran bersosial, pelajar yang tidak mahu bekerja secara berkumpulan, pelajar yang ingin ganjaran secara individu, kelas yang tidak bersemangat dan terlalu ramai pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan di dalam kelas yang berkebolehan rendah.

Kedua-dua kajian yang telah dibincangkan tadi dapat dilakukan memandangkan guru-guru yang terlibat merupakan guru-guru yang telah menjadikan PK sebagai sebahagian daripada kaedah pengajaran mereka. Sebaliknya di Malaysia, PK belum lagi menjadi satu kaedah pengajaran yang dipraktikkan secara meluas. Justeru itu, berdasarkan kekangan untuk mendapatkan penglibatan guru yang ramai sebagai subjek kajian, pengkaji lebih berminat untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap PK.

Jules (1992) membincangkan PK menurut persepsi seorang pelajar yang berkebolehan rendah. Berdasarkan temubual yang dibuat, Jules mengenal pasti beberapa aspek positif PK yang dinyatakan oleh pelajar tersebut. Antara aspek yang dimaksudkan adalah saling bergantung yang positif, kemahiran sosial dan tanggungjawab individu. Saling bergantung yang positif dilihat apabila pelajar tersebut menyatakan bahawa pengaruh rakan dan keinginan ahli-ahli kumpulan Jules (1992) membincangkan PK menurut persepsi seorang pelajar yang berkebolehan rendah. Berdasarkan temubual yang dibuat, Jules mengenal pasti beberapa aspek positif PK yang dinyatakan oleh pelajar tersebut. Antara aspek yang dimaksudkan adalah saling bergantung yang positif, kemahiran sosial dan tanggungjawab individu. Saling bergantung yang positif dilihat apabila pelajar tersebut menyatakan bahawa pengaruh rakan dan keinginan ahli-ahli kumpulan

Pelajar tersebut menceritakan bagaimana ahli kumpulan beliau mempraktikkan kemahiran sosial yang dijelaskan oleh guru seperti cara memberi pujian dan galakan kepada rakan sekumpulan. Di dalam sesi temubual itu, pelajar tersebut juga menyatakan bagaimana beliau merasa bertanggungjawab untuk saling bantu- membantu di dalam memahami isi pelajaran yang mana menggambarkan aspek tanggungjawab individu.

Oleh kerana Jules membincangkan persepsi seorang pelajar sahaja, maka persepsi tersebut tidak dapat dikatakan mewakili persepsi pelajar berkebolehan rendah. Namun begitu, setidak-tidaknya ia dapat memberi gambaran bahawa terdapat aspek PK yang boleh memberi kesan positif kepada pelajar yang rendah kebolehan.

Matthews (1992) telah menemu bual 15 orang pelajar pintar cerdas mengenai persepsi mereka terhadap PK. Berdasarkan temu bual tersebut, Matthews berpendapat apabila pelajar pintar cerdas berada di dalam kumpulan yang terdiri berbagai tahap kebolehan, pelajar tersebut kurang mempercayai hasil kerja rakan kumpulan, cenderung menguasai kumpulan dan kurang mahir dari segi cara bekerja di dalam kumpulan. Pelajar pintar cerdas didapati lebih gemar sekiranya apabila berada di dalam kumpulan yang sama tahap kebolehan dengan mereka kerana dapat Matthews (1992) telah menemu bual 15 orang pelajar pintar cerdas mengenai persepsi mereka terhadap PK. Berdasarkan temu bual tersebut, Matthews berpendapat apabila pelajar pintar cerdas berada di dalam kumpulan yang terdiri berbagai tahap kebolehan, pelajar tersebut kurang mempercayai hasil kerja rakan kumpulan, cenderung menguasai kumpulan dan kurang mahir dari segi cara bekerja di dalam kumpulan. Pelajar pintar cerdas didapati lebih gemar sekiranya apabila berada di dalam kumpulan yang sama tahap kebolehan dengan mereka kerana dapat

Berdasarkan tinjauan kajian dan perbincangan berkaitan dengan persepsi guru dan pelajar terhadap PK menunjukkan bahawa guru dan pelajar sependapat tentang kesan baik dengan perlaksanaan PK. Berdasarkan pengalaman guru yang menggunakan teknik PK, mereka telah mengenal pasti aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menjayakan PK. Berdasarkan reaksi negatif pelajar terhadap beberapa perkara ketika kerja berkumpulan menunjukkan bahawa pelajar perlu diberi kemahiran tertentu dan bimbingan guru ketika aktiviti berkumpulan.

2.5 Rumusan Di dalam Bab ini pengkaji membuat tinjauan kajian yang berkaitan dengan penggunaan PK dan hubungannya dengan pencapaian, atribusi pencapaian, konsep kendiri dan hubungan sosial. Pengkaji juga mengemukakan beberapa teori dan model yang menerangkan tentang setiap pembolehubah tersebut dan perkaitan antara PK dengan pembolehubah itu. Berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas, pengkaji menjangka PK memberi kesan yang positif terhadap prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri akademik dan hubungan sosial pelajar di dalam mata pelajaran prinsip akaun.