Membuat Latihan Secara Berkumpulan dan Secara Individu
4.6.2.2 Membuat Latihan Secara Berkumpulan dan Secara Individu
Bahagian ini melaporkan dapatan kajian berkenaan persepsi pelajar kumpulan PK terhadap aktiviti membuat latihan secara berkumpulan dan persepsi pelajar kumpulan PT terhadap aktiviti membuat latihan secara individu.
Di dalam strategi PK, setelah guru menyampaikan isi pengajaran, pelajar diberi peluang untuk berada di dalam kumpulan masing-masing bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ketika membuat tugasan, pelajar dinasihatkan mencuba menyelesaikannya secara individu terlebih dahulu. Sekiranya mereka mengalami kebuntuan atau kurang faham dengan penerangan guru, pelajar digalakkan bertanya kepada rakan-rakan sekumpulan sebelum bertanya kepada guru. Ia bertujuan supaya pelajar berfikir tentang cara menjawabnya sebelum mereka bertanya kepada rakan-rakan. Melalui perbincangan dengan rakan sekumpulan, pelajar tidak terus berada di dalam kebingungan atau berputus asa kerana tidak dapat menjawabnya.
Jadual 29 menunjukkan 86.1% pelajar kumpulan PK memberi reaksi yang positif terhadap latihan secara berkumpulan. Sesuatu maklum balas dikategorikan sebagai reaksi yang positif apabila pelajar menyatakan ianya bagus, berkesan, Jadual 29 menunjukkan 86.1% pelajar kumpulan PK memberi reaksi yang positif terhadap latihan secara berkumpulan. Sesuatu maklum balas dikategorikan sebagai reaksi yang positif apabila pelajar menyatakan ianya bagus, berkesan,
Hanya 8.2% pelajar kumpulan PK didapati memberi reaksi kurang bersetuju dengan aktiviti membuat latihan secara berkumpulan. Maklum balas yang dianggap sebagai kurang bersetuju dengan aktiviti tersebut ialah apabila pelajar menyatakan ianya tidak bagus, tidak bersetuju, lebih gemar membuat latihan secara individu, tidak berkesan dan menceritakan masalah yang dihadapi di dalam kumpulan mereka atau aspek negatif yang berkait dengan aktiviti tersebut.
Kategori maklum balas yang dianggap sebagai reaksi bercampur iaitu sebanyak 1.6% merujuk kepada pernyataan pelajar yang bersetuju dengan aktiviti berkumpulan tetapi turut menceritakan masalah yang dihadapi. Pelajar yang menyatakan bahawa mereka menggemari latihan secara individu dan berkumpulan juga dikategorikan sebagai reaksi bercampur.
Dapatan kajian ini menggambarkan kebanyakan pelajar kumpulan PK boleh menerima dengan baik aktiviti membuat latihan secara berkumpulan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian pelajar kumpulan PK yang kurang bersetuju dengan aktiviti tersebut dan menghadapi masalah berkaitan dengannya. Maka, dapatan seterusnya melaporkan dengan lebih mendalam tentang persepsi pelajar kumpulan PK terhadap aktiviti membuat latihan secara berkumpulan.
Jadual 29: Pandangan Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap Aktiviti Membuat Latihan Secara Berkumpulan
Kategori maklum balas
Reaksi positif
Kurang bersetuju
Reaksi bercampur
Tiada maklum balas
Berdasarkan maklum balas yang memberi reaksi positif, pengkaji telah mengenal pasti aspek positif yang diperolehi oleh pelajar daripada aktiviti membuat latihan secara berkumpulan. Di antara aspek-aspek yang dinyatakan adalah membuat latihan secara berkumpulan dapat menggalakkan perbincangan sesama pelajar, membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan mudah, memupuk sikap saling tolong-menolong dan bekerjasama, sebagai satu peluang untuk bertanya kepada rakan yang lebih mengetahui, membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran dan pengajaran guru, dapat mengelakkan pelajar daripada terlalu bergantung kepada guru, dapat mengeratkan hubungan sesama rakan sekelas, berpeluang membandingkan hasil kerja pelajar dengan rakan sekumpulan dan dapat membantu mengubah sikap pelajar terhadap prinsip akaun.
Aspek positif yang pertama yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK mengenai aktiviti membuat latihan secara berkumpulan adalah dari segi dapat menggalakkan mereka berbincang sesama sendiri. Ini adalah kerana tidak ramai pelajar yang sedia berbincang dengan rakan-rakan tanpa wujudnya aktiviti yang mengkehendaki mereka berbincang.
Aspek positif yang kedua adalah berkenaan kesan yang diperolehi daripada sesi perbincangan dengan rakan sekumpulan. Pelajar kumpulan PK berpendapat melalui perbincangan dengan rakan sekumpulan ketika bersama-sama membuat tugasan, menjadikan mereka lebih faham. Justeru itu dengan kefahaman tersebut banyak membantu mereka menyelesaikan tugasan dengan lebih mudah.
Aspek positif ketiga yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK, aktiviti membuat latihan secara berkumpulan membantu pelajar untuk memupuk sikap saling tolong-menolong dan bekerjasama.
Aspek positif keempat bagi aktiviti membuat latihan secara berkumpulan menurut persepsi pelajar kumpulan PK, ia memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya kepada rakan sekumpulan yang lebih memahami tajuk yang sedang dipelajari. Suasana di dalam kumpulan tersebut melatih mereka untuk berkomunikasi dan menjadikan mereka lebih berani untuk bertanya. Bagi pelajar yang segan untuk bertanya kepada guru, semasa aktiviti inilah mereka berkesempatan mendapatkan penjelasan daripada rakan-rakan dengan bertanya kepada mereka.
Aspek positif yang kelima ialah dari segi aktiviti membuat latihan secara secara berkumpulan dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar kumpulan PK terhadap isi pelajaran dan pengajaran guru. Ini adalah kerana apabila rakan sekumpulan bertanya kepada pelajar tentang sesuatu yang dia sendiri kurang faham, menjadikan pelajar tersebut lebih faham apabila dia menerangkannya kepada rakan sekumpulan. Selain daripada itu, melalui perbincangan dengan rakan, pelajar menjadi lebih mudah faham dengan tajuk yang telah disampaikan oleh guru mereka.
Aspek positif keenam adalah dari segi membantu mengelakkan pelajar daripada terlalu bergantung kepada guru untuk mendapatkan penjelasan. Pada kebiasaannya guru terpaksa melayani pertanyaan daripada hampir kesemua pelajar di dalam sesebuah kelas. Dengan adanya latihan secara berkumpulan, menyedarkan pelajar bahawa rakan-rakan mereka juga boleh bertindak sebagai guru yang berupaya menerangkan kesukaran yang dihadapi.
Seterusnya, aspek yang positif ketujuh adalah berkenaan dengan hubungan sosial pelajar. Pelajar kumpulan PK berpendapat aktiviti membuat latihan secara berkumpulan dapat mengeratkan hubungan mereka dengan rakan sekelas. Ini adalah kerana mereka mempunyai masa untuk bersama dan berbincang serta bekerjasama.
Selain daripada itu, aspek positif yang kelapan yang dijelaskan oleh pelajar kumpulan PK adalah mengenai mendapat maklum balas hasil kerja mereka. Semasa aktiviti kerja berkumpulan membolehkan pelajar menyemak jalan kerjanya dengan rakan sekumpulan. Sebarang kesalahan yang dilakukan dapat dikenal pasti dan diperbaiki melalui perbincangan dengan rakan-rakan. Dengan perkataan lain, aktiviti kerja berkumpulan membolehkan pelajar mendapatkan maklum balas yang serta merta untuk sebarang kesilapan yang dilakukan. Ini membantu pelajar menjadi lebih cekap di dalam kerja-kerja mereka.
Aspek positif kesembilan ialah dari segi perubahan sikap pelajar terhadap prinsip akaun. Dorongan dan reaksi rakan sekumpulan menyebabkan pelajar lebih bersungguh-sungguh di dalam pembelajaran. Jika sebelum ini pelajar merasa agak malas untuk membuat tugasan yang diberikan, kini mereka menjadi lebih rajin dan cuba menyiapkannya.
Berdasarkan dapatan dari aspek yang positif mengenai aktiviti membuat latihan secara berkumpulan, dapat dilihat persamaannya dengan aspek positif yang dinyatakan bagi pembahagian kumpulan iaitu dari segi mewujudkan kerjasama, menggalakkan perbincangan dan mengeratkan hubungan sesama pelajar. Maka, dapatan ini menggambarkan terdapat perkaitan antara elemen pembahagian kumpulan dengan aktiviti membuat latihan secara berkumpulan. Dengan perkataan lain, pembentukan kumpulan yang terancang dapat membantu kelancaran aktiviti membuat kerja secara berkumpulan. Selain daripada itu, antara aspek-aspek positif yang diberikan oleh pelajar menunjukkan nilai-nilai Berdasarkan dapatan dari aspek yang positif mengenai aktiviti membuat latihan secara berkumpulan, dapat dilihat persamaannya dengan aspek positif yang dinyatakan bagi pembahagian kumpulan iaitu dari segi mewujudkan kerjasama, menggalakkan perbincangan dan mengeratkan hubungan sesama pelajar. Maka, dapatan ini menggambarkan terdapat perkaitan antara elemen pembahagian kumpulan dengan aktiviti membuat latihan secara berkumpulan. Dengan perkataan lain, pembentukan kumpulan yang terancang dapat membantu kelancaran aktiviti membuat kerja secara berkumpulan. Selain daripada itu, antara aspek-aspek positif yang diberikan oleh pelajar menunjukkan nilai-nilai
Seterusnya, berdasarkan maklum balas yang dianggap sebagai kurang bersetuju dan reaksi bercampur, pengkaji mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh segelintir pelajar semasa membuat latihan secara berkumpulan. Antara masalah yang dinyatakan adalah tiada kerjasama di dalam kumpulan yang tertentu, merasa bosan ketika aktiviti tersebut berjalan, banyak membuang masa pelajar dan menjadikan mereka lambat menyiapkan tugasan yang diberi.
Masalah lain yang dikemukakan ialah rakan sekumpulan lebih suka membuat tugasan secara berasingan dan tidak wujud perbincangan sesama mereka. Dalam keadaan yang lain, pertanyaan pelajar tidak diendahkan oleh rakan sekumpulannya. Selain daripada itu, terdapat kumpulan tertentu yang mana perbezaan etnik menjadi satu masalah bagi mereka kerana penggunaan bahasa pertuturan yang digunakan semasa perbincangan adalah berbeza. Ini menyebabkan kumpulan tersebut tidak dapat berinteraksi dengan berkesan semasa membuat latihan. Implikasi daripada dapatan ini menunjukkan bahawa guru prinsip akaun yang melaksanakan strategi PK perlu peka terhadap masalah yang dihadapi oleh kumpulan pelajar dan segera bertindak menyelesaikannya.
Sehubungan dengan aktiviti membuat latihan secara berkumpulan, pengkaji juga ingin mengenal pasti persepsi pelajar kumpulan PT terhadap aktiviti membuat latihan secara individu. Jadual 30 menunjukkan 47.7% pelajar kumpulan PT Sehubungan dengan aktiviti membuat latihan secara berkumpulan, pengkaji juga ingin mengenal pasti persepsi pelajar kumpulan PT terhadap aktiviti membuat latihan secara individu. Jadual 30 menunjukkan 47.7% pelajar kumpulan PT
Pada masa yang sama, 43% pelajar kumpulan PT didapati memberi reaksi kurang bersetuju dengan aktiviti membuat latihan secara individu. Maklum balas yang dianggap sebagai kurang bersetuju dengan aktiviti tersebut ialah apabila pelajar menyatakan ianya tidak bagus, tidak baik, tidak berkesan, lebih gemar berbincang dengan kawan-kawan dan menceritakan masalah yang dihadapi ketika membuat latihan secara individu.
Kategori maklum balas yang dianggap sebagai reaksi bercampur iaitu sebanyak 9.3% merujuk kepada pernyataan pelajar yang menyatakan kebaikan dan kelemahan aktiviti tersebut. Pelajar yang menyatakan kecenderungan kepada membuat latihan secara individu dan berkumpulan juga dikategorikan sebagai reaksi bercampur.
Dapatan ini menggambarkan hanya separuh pelajar kumpulan PT menerima dengan baik aktiviti membuat latihan secara individu. Manakala separuh pelajar kumpulan PT yang lain kurang bersetuju dengan aktiviti tersebut dan menghadapi masalah berkaitan dengannya. Maka, dapatan seterusnya melaporkan dengan lebih mendalam tentang persepsi pelajar kumpulan PT terhadap aktiviti membuat latihan secara individu.
Jadual 30: Persepsi Kumpulan Pembelajaran Tradisional Terhadap Aktiviti Membuat Latihan Secara Individu
Kategori maklum balas Bilangan Peratus n = 86
Reaksi positif
Kurang bersetuju
Reaksi bercampur
Berdasarkan maklum balas yang memberi reaksi positif, pengkaji telah mengenal pasti aspek positif yang diperolehi oleh pelajar daripada aktiviti membuat latihan secara individu. Di antara aspek-aspek yang dinyatakan adalah membuat latihan secara individu dapat membantu pelajar untuk menilai kemampuan diri sendiri, membantu meningkatkan prestasi, meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran dan pengajaran guru, pelajar dapat belajar dengan lebih tenang dan tiada gangguan dan membantu untuk memupuk sikap berdikari.
Aspek positif pertama bagi aktiviti membuat latihan secara individu menurut pelajar kumpulan PT adalah dari segi memberi peluang kepada pelajar untuk menilai sejauh mana kefahaman dan kemampuan mereka menyelesaikan sesuatu tugasan. Setakat mana pelajar dapat membuat tugasan tersebut menggambarkan tahap pencapaian mereka di dalam prinsip akaun. Melalui aktiviti tersebut juga Aspek positif pertama bagi aktiviti membuat latihan secara individu menurut pelajar kumpulan PT adalah dari segi memberi peluang kepada pelajar untuk menilai sejauh mana kefahaman dan kemampuan mereka menyelesaikan sesuatu tugasan. Setakat mana pelajar dapat membuat tugasan tersebut menggambarkan tahap pencapaian mereka di dalam prinsip akaun. Melalui aktiviti tersebut juga
Aspek positif kedua berkenaan aktiviti membuat latihan secara individu adalah kerana aktiviti tersebut dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar kumpulan PT. Aspek positif ketiga adalah berhubung dengan membantu meningkatkan pemahaman pelajar kumpulan PT terhadap isi pelajaran dan pengajaran guru.
Aspek positif keempat mengenai aktiviti membuat latihan secara individu menurut persepsi pelajar kumpulan PT adalah kerana situasi pembelajaran tersebut menjadikan fikiran mereka lebih tenang dan selesa ketika membuat latihan.Ini adalah kerana tidak ada gangguan daripada rakan sekelas. Keadaan yang tenang dan tiada gangguan daripada rakan membolehkan pelajar memberi lebih tumpuan ketika membuat latihan
Aspek positif yang kelima yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PT berhubung dengan aktiviti membuat latihan secara individu ialah dari segi memupuk sikap berdikari pelajar. Aktiviti ini mendorong pelajar untuk berusaha menyelesaikan tugasan tanpa mengharapkan bantuan rakan yang lain atau meniru tugasan rakan mereka. Keadaan ini membina keyakinan kepada diri pelajar.
Berdasarkan dapatan dari aspek yang positif mengenai aktiviti membuat latihan secara individu menunjukkan bahawa latihan secara individu juga memberi kesan yang baik kepada pelajar di dalam mata pelajaran prinsip akaun. Maka, guru juga Berdasarkan dapatan dari aspek yang positif mengenai aktiviti membuat latihan secara individu menunjukkan bahawa latihan secara individu juga memberi kesan yang baik kepada pelajar di dalam mata pelajaran prinsip akaun. Maka, guru juga
Seterusnya, berdasarkan maklum balas yang dianggap sebagai kurang bersetuju dan reaksi bercampur, pengkaji mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar kumpulan PT yang menjelaskan sebab mereka kurang bersetuju dengan aktiviti membuat latihan secara individu. Antara masalah yang dinyatakan adalah pelajar kurang faham dan keliru dengan jawapan sendiri, tidak ada tempat untuk bertanya, tidak dapat menyelesaikan tugasan secara individu dan merasa bosan, mengantuk dan tidak seronok.
Masalah pertama yang dinyatakan ketika membuat latihan secara individu ialah pelajar mendapati mereka kurang faham atau kurang yakin dengan jawapan sendiri apabila mereka membuat latihan secara individu. Maka, mereka tidak berpeluang untuk menilai kefahaman mereka di dalam sesuatu topik melalui latihan tersebut.
Masalah kedua yang kemukakan berkenaan dengan aktiviti membuat latihan secara individu ialah pelajar merasakan aktiviti tersebut menyekat mereka daripada mendapatkan bantuan daripada orang lain sekiranya mereka menghadapi masalah. Mereka menganggap tiada siapa yang dapat membantu mereka atau Masalah kedua yang kemukakan berkenaan dengan aktiviti membuat latihan secara individu ialah pelajar merasakan aktiviti tersebut menyekat mereka daripada mendapatkan bantuan daripada orang lain sekiranya mereka menghadapi masalah. Mereka menganggap tiada siapa yang dapat membantu mereka atau
Masalah ketiga yang dikemukakan oleh pelajar kumpulan PT adalah dari segi latihan secara individu menyebabkan mereka hanya dapat menyiapkan latihan yang tertentu sahaja. Tanpa berbincang atau bertanya kepada rakan-rakan, pelajar tidak dapat menyelesaikan latihan yang mereka kurang faham. Ini menyebabkan terdapat pelajar yang merasa tertekan dengan keadaan itu atau mendorong mereka meniru kawan.
Masalah keempat berhubung dengan aktiviti membuat latihan secara individu menurut sebahagian pelajar kumpulan PT merupakan satu aktiviti yang membosankan mereka. Oleh kerana mata pelajaran ini agak sukar maka, mereka merasa tidak seronok ketika menghadapinya. Dalam keadaan tertentu, pelajar merasa cepat mengantuk.
Dengan perkataan lain, pelajar kumpulan PT yang kurang bersetuju dengan aktiviti membuat latihan secara individu adalah kerana mereka lebih suka membuat latihan sambil berbincang dengan kawan-kawan. Pelajar berpendapat, membuat latihan secara berkumpulan lebih baik kerana dapat bertanya kawan apabila kurang faham atau menghadapi sebarang masalah.
Secara keseluruhannya, dapatan ini menggambarkan pelajar kumpulan PK dan PT lebih menyukai aktiviti membuat latihan secara berkumpulan atau berbincang dengan rakan-rakan. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang lebih suka membuat latihan secara individu. Implikasinya, guru prinsip akaun perlu memberi peluang yang secukupnya kepada pelajar untuk membuat latihan sama ada secara individu atau secara berkumpulan bergantung kepada bentuk tugasan dan tahap kesukaran tugasan tersebut.