Peringkat Kedua

3.4.2 Peringkat Kedua

Kajian rintis peringkat kedua dijalankan di sebuah sekolah dengan melibatkan dua buah kelas yang terdiri daripada 77 orang pelajar. Kajian ini bertujuan menentukan setakat mana eksperimen dapat dilaksanakan di dalam kelas dan mengenal pasti kelemahan dan masalah yang timbul. Sebelum kajian bermula, surat persetujuan ibu bapa diedarkan kepada semua pelajar. Pelajar juga menjawab 50 soalan objektif yang merangkumi tajuk-tajuk yang telah dipelajari di peringkat menengah rendah. Ujian ini mengambil masa satu jam dikendalikan oleh guru prinsip akaun tersebut. Pada hari yang lain, penyelidik mengedarkan soal selidik berkenaan latar belakang pelajar, SDS, IPIR dan SKKA. Untuk bahagian SDS, penyelidik menerangkan cara Kajian rintis peringkat kedua dijalankan di sebuah sekolah dengan melibatkan dua buah kelas yang terdiri daripada 77 orang pelajar. Kajian ini bertujuan menentukan setakat mana eksperimen dapat dilaksanakan di dalam kelas dan mengenal pasti kelemahan dan masalah yang timbul. Sebelum kajian bermula, surat persetujuan ibu bapa diedarkan kepada semua pelajar. Pelajar juga menjawab 50 soalan objektif yang merangkumi tajuk-tajuk yang telah dipelajari di peringkat menengah rendah. Ujian ini mengambil masa satu jam dikendalikan oleh guru prinsip akaun tersebut. Pada hari yang lain, penyelidik mengedarkan soal selidik berkenaan latar belakang pelajar, SDS, IPIR dan SKKA. Untuk bahagian SDS, penyelidik menerangkan cara

Mengikut perancangan awal, eksperimen akan dijalankan selama empat minggu. Walau bagaimanapun, tempoh tersebut terpaksa dipendekkan kepada dua minggu di mana pelajar sempat membuat tugasan secara berkumpulan sekali sahaja. Ini adalah kerana guru tersebut dikehendaki menghadiri satu kursus pada waktu persekolahan dan pada masa yang lain terdapat aktiviti sekolah yang mengganggu jadual waktu kelas. Walau bagaimanapun, soal selidik SDS, IPIR dan SKKA diedarkan juga pada akhir kajian dan pengkaji menemubual beberapa orang pelajar dari kumpulan PK.

Pelajar yang ditemubual menyatakan bahawa mereka gemar PK kerana berpeluang bertanya kepada rakan-rakan yang lain apabila tidak dapat mengikuti pengajaran guru yang dirasakan agak laju. Mereka juga merasa lebih bermotivasi untuk belajar dengan adanya pengiktirafan kumpulan. Walau bagaimanapun, mereka kurang memahami cara perlaksanaan PK secara keseluruhannya kerana tidak mendapat penerangan yang jelas terlebih dahulu. Pengkaji mendapati pelajar menghadapi kesukaran untuk menjawab SDS pada kali pertama ia diedarkan. Pelajar juga tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk menjawab soal selidik yang sama apabila ia diedarkan pada kali kedua. Ini berdasarkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menjawabnya antara lima hingga sepuluh minit sahaja. Terdapat pelajar yang memberi maklum balas yang seragam. Contohnya, membulatkan nombor lima Pelajar yang ditemubual menyatakan bahawa mereka gemar PK kerana berpeluang bertanya kepada rakan-rakan yang lain apabila tidak dapat mengikuti pengajaran guru yang dirasakan agak laju. Mereka juga merasa lebih bermotivasi untuk belajar dengan adanya pengiktirafan kumpulan. Walau bagaimanapun, mereka kurang memahami cara perlaksanaan PK secara keseluruhannya kerana tidak mendapat penerangan yang jelas terlebih dahulu. Pengkaji mendapati pelajar menghadapi kesukaran untuk menjawab SDS pada kali pertama ia diedarkan. Pelajar juga tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk menjawab soal selidik yang sama apabila ia diedarkan pada kali kedua. Ini berdasarkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menjawabnya antara lima hingga sepuluh minit sahaja. Terdapat pelajar yang memberi maklum balas yang seragam. Contohnya, membulatkan nombor lima

Berdasarkan pengalaman daripada kajian rintis ini, perubahan-perubahan yang dilakukan adalah seperti berikut: (a) Pelajar kumpulan PK diberi penerangan mengenai penggunaan PK pada awal

tempoh eksperimen. (b) Soal selidik SDS, IPIR dan SKKA diedarkan pada akhir tempoh eksperimen sahaja. (c) Pengkaji menyediakan persediaan mengajar dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan oleh guru-guru. (d) Pengkaji menerangkan cara menjawab SDS menggunakan papan tulis. (e) Pelajar diminta memberi pandangan mengenai pengalaman mereka mengikuti

PK.