Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian

2.3.1.2 Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian

Pembelajaran Koperatif (PK) merupakan salah satu bidang kajian yang mendapat perhatian ramai penyelidik sejak 1970-an lagi. Ini dapat dilihat berdasarkan tinjauan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang penyelidik dengan memberi fokus kepada berbagai aspek di dalam kajian PK (Cohen, 1994; Johnson, Johnson dan Maruyama, 1983; Sharan, 1980; Slavin, 1980, 1983, 1995; Zhining Qin, Johnson dan Johnson, 1995).

Satu meta-analysis telah dibuat ke atas 122 kajian bagi membandingkan perbezaan struktur matlamat pembelajaran ke atas pencapaian pelajar (Johnson, Maruyama, Johnson, Nelson dan Skon, 1981). Kajian-kajian yang termasuk dalam meta-analysis tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, bacaan, matematik, sains, Satu meta-analysis telah dibuat ke atas 122 kajian bagi membandingkan perbezaan struktur matlamat pembelajaran ke atas pencapaian pelajar (Johnson, Maruyama, Johnson, Nelson dan Skon, 1981). Kajian-kajian yang termasuk dalam meta-analysis tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, bacaan, matematik, sains,

Struktur matlamat dikategorikan kepada empat iaitu ciri koperatif, koperatif yang digabungkan dengan persaingan antara kumpulan, persaingan sesama individu dan pembelajaran secara bersendirian. Bagi menganalisis dapatan kajian-kajian tersebut kaedah yang digunakan adalah voting, kesan saiz dan skor z. Dapatan kajian meta- analysis itu menunjukkan pencapaian pelajar meningkat lebih tinggi di dalam kelas yang bercirikan koperatif berbanding dengan ciri persaingan atau individu. Walau bagaimanapun meta-analysis ini tidak membezakan setakat mana sesuatu teknik memberi kesan berbanding dengan teknik yang lain.

Keberkesanan PK di dalam meningkatkan pencapaian pelajar bagi peringkat sekolah menengah khususnya telah mendapat tumpuan di dalam tinjauan kajian yang dilakukan oleh Newmann dan Thompson (1987). Sebanyak 27 kajian telah diteliti bagi membandingkan keberkesanan lima teknik PK iaitu STAD, TGT, Jigsaw, Belajar Bersama dan Kumpulan Penyiasatan. Mata pelajaran yang terlibat di dalam kajian-kajian tersebut adalah adalah matematik, pengajian sosial, sains, sejarah dan bahasa.

Kriteria kajian yang dipilih adalah yang berbentuk eksperimen, menggunakan kumpulan kawalan atau perbandingan, sampel kajian yang tidak kurang dari 20 Kriteria kajian yang dipilih adalah yang berbentuk eksperimen, menggunakan kumpulan kawalan atau perbandingan, sampel kajian yang tidak kurang dari 20

Secara keseluruhannya, PK didapati berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar sekolah menengah berbanding dengan kaedah tradisional iaitu sebanyak 68%. Teknik STAD didapati paling kerap menunjukkan kesan dan signifikan berbanding teknik PK yang lain iaitu sebanyak 89%. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan sampel kajian mengikut gred, subjek di dalam gred 10 hingga 12 (lingkungan umur 15 hingga 18 tahun) menunjukkan peratus kesan signifikan PK yang paling kurang berbanding dengan sampel di dalam gred lain.

Namun begitu, menurut Newmann dan Thompson (1987), kajian yang tidak menunjukkan kesan yang signifikan di dalam sampel tersebut menggunakan teknik Jigsaw yang mana teknik ini juga tidak memberi kesan yang signifikan bagi sampel gred yang lain. Kajian yang menggunakan teknik Penyiasatan Kumpulan ke atas sampel itu juga gagal menunjukkan kesan yang signifikan disebabkan eksperimen itu dijalankan pada minggu-minggu akhir persekolahan.

Berdasarkan syarat pemilihan kajian-kajian yang dimasukkan di dalam tinjauan yang dibuat oleh Newmann dan Thompson (1987), dapatan yang diperolehi adalah Berdasarkan syarat pemilihan kajian-kajian yang dimasukkan di dalam tinjauan yang dibuat oleh Newmann dan Thompson (1987), dapatan yang diperolehi adalah

Kajian-kajian yang berbentuk meta analysis yang telah dibincangkan sebelum ini menunjukkan pendidikan perakaunan kurang diberi tumpuan dalam menentukan keberkesanan PK. Penggunaan PK dalam pendidikan perakaunan mendapat perhatian dalam sekitar tahun 1990-an. Tidak banyak kajian PK yang berbentuk empirikal yang dijalankan di dalam pendidikan perakaunan (Ravenscroft et al., 1995). Tinjauan yang dibuat ke atas artikel-artikel di dalam jurnal menunjukkan penggunaan PK di dalam pendidikan perakaunan lebih berbentuk konseptual dan deskriptif. Sebagai contoh, cadangan bagaimana PK boleh dilaksanakan di dalam kelas audit (Holter, 1994), perakaunan pengurusan (Peek, Winking dan Peek, 1995) dan kelas perakaunan secara umumnya (Cottell dan Millis, 1993).

Satu kajian yang menggunakan pendekatan Penyiasatan Kumpulan telah dilakukan ke atas 49 pelajar universiti di dalam kelas audit (Lindquist, 1995). Pelajar dibahagikan kepada 16 kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang dalam setiap kumpulan. Mereka diberikan tugasan mengikut topik tertentu untuk diselesaikan secara berkumpulan dalam tempoh lima minggu. Pada akhir kajian tersebut pelajar mengisi soal selidik mengenai sikap pelajar terhadap PK, pembentangan tugasan, teknik pembelajaran dan kesan pembelajaran terhadap pembahagian tugas. Pencapaian pelajar diukur melalui peperiksaan berbentuk Satu kajian yang menggunakan pendekatan Penyiasatan Kumpulan telah dilakukan ke atas 49 pelajar universiti di dalam kelas audit (Lindquist, 1995). Pelajar dibahagikan kepada 16 kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang dalam setiap kumpulan. Mereka diberikan tugasan mengikut topik tertentu untuk diselesaikan secara berkumpulan dalam tempoh lima minggu. Pada akhir kajian tersebut pelajar mengisi soal selidik mengenai sikap pelajar terhadap PK, pembentangan tugasan, teknik pembelajaran dan kesan pembelajaran terhadap pembahagian tugas. Pencapaian pelajar diukur melalui peperiksaan berbentuk

Kajian PK di dalam pendidikan perakaunan secara eksperimen lebih tertumpu kepada peringkat institusi pengajian tinggi. Satu kajian telah dijalankan ke atas 74 orang pelajar universiti yang mengambil mata pelajaran perakaunan pengurusan peringkat asas untuk menilai keberkesanan seminar penyelesaian masalah secara berkumpulan berbanding dengan secara individu (Cicotello, D’Amico dan Grant, 1997). Teknik PK yang khusus yang diguna tidak dinyatakan. Ciri-ciri koperatif yang ditekankan dalam penyelesaian masalah secara berkumpulan ialah interaksi kumpulan, saling bergantung secara positif dan tanggungjawab individu. Kajian tersebut membuat hipotesisi nol bahawa format seminar penyelesaian masalah sama ada secara kumpulan atau individu tidak memberi kesan ke atas prestasi pelajar yang diukur dengan skor ujian.

Pada awal semester pelajar mendaftar untuk salah satu daripada empat seksyen secara rawak. Dua seksyen adalah kumpulan kawalan (n=30) dan dua seksyen lagi adalah kumpulan eksperimen (n=44). Setiap topik diliputi dalam dua perjumpaan. Perjumpaan pertama berbentuk kuliah manakala perjumpaan kedua berbentuk seminar penyelesaian masalah atau lebih dikenali sebagai tutorial. Di dalam Pada awal semester pelajar mendaftar untuk salah satu daripada empat seksyen secara rawak. Dua seksyen adalah kumpulan kawalan (n=30) dan dua seksyen lagi adalah kumpulan eksperimen (n=44). Setiap topik diliputi dalam dua perjumpaan. Perjumpaan pertama berbentuk kuliah manakala perjumpaan kedua berbentuk seminar penyelesaian masalah atau lebih dikenali sebagai tutorial. Di dalam

Terdapat tiga ujian yang diukur setiap selepas enam minggu. Ujian pertama dan ketiga digunakan untuk membandingkan pencapaian kedua-dua kumpulan apabila sama-sama menggunakan kaedah berkumpulan. Penyelidik menamakannya sebagai ujian pra dan ujian pasca. Ujian kedua menjadi alat kajian untuk membandingkan prestasi kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah individu dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kadeh berkumpulan di dalam menyelesaikan tugasan.

Keputusan ujian pertama dan ketiga menunjukkan tidak ada perbezaan dalam prestasi antara kumpulan kawalan dan eksperimen apabila kedua-dua kumpulan menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Keputusan ujian kedua menunjukkan prestasi kumpulan kawalan yang menyelesaikan tugasan secara kumpulan lebih baik berbanding daripada kumpulan eksperimen yang menyelesaikan tugasan secara individu.

Reka bentuk kajian ini agak unik sedikit kerana kumpulan eksperimen adalah kumpulan yang membuat tugasan secara individu manakala kumpulan kawalan menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Kajian-kajian lain biasanya meletakkan kumpulan eksperimen adalah kumpulan yang mengikuti PK dan kumpulan kawalan mengikuti kaedah secara individu. Ini mungkin mengambil kira situasai kajian ini di mana sebelum dan selepas eksperimen, kaedah pembelajaran yang digunakan adalah secara berkumpulan.

Pengkaji berpendapat ujian pasca di dalam kajian ini terdiri daripada ujian dua dan tiga. Walaupun kebolehpercayaan dan keesahan ujian yang diguna tidak dinyatakan, dapatan kajian ini masih boleh dianggap sebagai menyokong kesan positif PK terhadap pencapaian pelajar perakaunan di dalam membuat tugasan berbanding dengan secara individu.

Walau bagaimanapun, golongan pelajar sekolah menengah berbeza dengan pelajar institusi pengajian tinggi dari segi psikologi, kesediaan bekerja dalam kumpulan, motivasi dan suasana pembelajaran di dalam kelas. Maka satu kajian perlu dijalankan bagi melihat keberkesanan PK di dalam perakaunan di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang menunjukkan kesan PK di dalam mata pelajaran lain di sekolah menengah dan di dalam mata pelajaran perakaunan di peringkat institusi pengajian tinggi, kajian ini menjangka pencapaian pelajar Walau bagaimanapun, golongan pelajar sekolah menengah berbeza dengan pelajar institusi pengajian tinggi dari segi psikologi, kesediaan bekerja dalam kumpulan, motivasi dan suasana pembelajaran di dalam kelas. Maka satu kajian perlu dijalankan bagi melihat keberkesanan PK di dalam perakaunan di peringkat sekolah menengah. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang menunjukkan kesan PK di dalam mata pelajaran lain di sekolah menengah dan di dalam mata pelajaran perakaunan di peringkat institusi pengajian tinggi, kajian ini menjangka pencapaian pelajar