Latar Belakang Subjek
4.1 Latar Belakang Subjek
Data mengenai latar belakang subjek diperolehi berdasarkan soal selidik yang diedarkan pada akhir tempoh kajian. Jadual 8 menunjukkan bilangan dan peratus subjek mengikut strategi pembelajaran dan jantina. Subjek kumpulan PK terdiri daripada 48 orang pelajar lelaki (39.3%) dan 74 orang pelajar perempuan (60.7%).
Manakala subjek kumpulan PT terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki (29.1%) dan 61 orang pelajar perempuan (70.9%). Maka, dapat dilihat di sini bahawa komposisi subjek dari segi jantina bagi kumpulan PK dan kumpulan PT adalah hampir sama, iaitu pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki di dalam kedua-dua kumpulan tersebut.
Jadual 8: Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Jantina
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Tradisional Jantina Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Jadual 9 menunjukkan bilangan dan peratus subjek mengikut strategi pembelajaran dan etnik. Subjek kumpulan PK terdiri daripada 48 orang pelajar Melayu (39.3%), 67 orang pelajar Cina (55%), 5 orang pelajar India (4.1%) dan 2 orang daripada etnik lain (1.6%).
Manakala subjek kumpulan PT terdiri daripada 47 orang pelajar Melayu (54.7%),
30 orang pelajar Cina (34.9%), 8 orang pelajar India (9.3%) dan seorang daripada etnik lain (1.1%). Secara keseluruhannya bilangan pelajar Melayu (n = 95) dan pelajar Cina (n = 97) yang terlibat di dalam kajian ini hampir sama.
Tetapi wujud perbezaan dari segi taburan antara kumpulan PK dan PT yang mana lebih daripada separuh subjek kumpulan PK terdiri daripada pelajar Cina. Manakala bagi kumpulan PT, lebih daripada separuh subjeknya terdiri daripada pelajar Melayu.
Jadual 9: Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Etnik
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Tradisional Etnik Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Salah satu komponen di dalam mata pelajaran kemahiran hidup (KH) ialah aspek simpan kira yang merupakan pengetahuan asas kepada mata pelajaran prinsip akaun. Jadual 10 menunjukkan bilangan dan peratus subjek mengikut strategi pembelajaran dan keputusan PMR bagi mata pelajaran KH. Bagi kumpulan PK, seramai 31 orang pelajar (25.4%) mendapat pangkat A, 64 orang pelajar (52.5%) mendapat pangkat B, 25 orang pelajar (20.5%) mendapat pangkat C dan 2 orang pelajar (1.6%) mendapat pangkat D.
Manakala bagi kumpulan PT, bilangan subjek yang mendapat pangkat A berjumlah 19 orang (22.1%), 47 orang (54.7%) mendapat pangkat B, 19 orang (22.1%) mendapat pangkat C dan seorang (1.1%) mendapat pangkat D. Berdasarkan data tersebut menunjukkan terdapat keseimbangan dari segi taburan subjek yang mendapat gred A, B, C dan D di dalam mata pelajaran KH bagi kedua-dua kumpulan. Taburan ini juga menggambarkan sebahagian besar pelajar yang mengambil kelas prinsip akaun di dalam kajian ini terdiri daripada pelajar yang berkebolehan sederhana di dalam aspek simpan kira.
Jadual 10: Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Keputusan
Penilaian Menengah Rendah bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Kemahiran
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Tradisional Hidup Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Kemahiran mengira adalah satu kemahiran asas yang penting di dalam mata pelajaran prinsip akaun. Jadual 11 menunjukkan bilangan dan peratus subjek mengikut strategi pembelajaran dan keputusan PMR bagi mata pelajaran matematik. Bagi kumpulan PK, seramai 72 orang pelajar (59.0%) mendapat pangkat A, 32 orang pelajar (26.2%) mendapat pangkat B, 17 orang pelajar (14%) mendapat pangkat C dan seorang pelajar (0.8%) mendapat pangkat D.
Manakala bagi kumpulan PT, bilangan subjek yang mendapat pangkat A berjumlah 35 orang (40.7%), 28 orang (32.6%) mendapat pangkat B, 21 orang (24.4%) mendapat pangkat C dan 2 orang (2.3%) mendapat pangkat D. Data tersebut menunjukkan peratusan subjek kumpulan PK yang mendapat gred A di dalam matematik peringkat PMR lebih tinggi berbanding dengan kumpulan PT.
Walau bagaimanapun setelah ujian Khi kuasa dua dijalankan, didapati perbezaan tersebut adalah tidak signifikan. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan Walau bagaimanapun setelah ujian Khi kuasa dua dijalankan, didapati perbezaan tersebut adalah tidak signifikan. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan
Jadual 11: Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Keputusan Penilaian Menengah Rendah bagi Mata Pelajaran Matematik
Matematik
Pembelajaran Tradisional Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Pembelajaran Koperatif
Selain daripada pembelajaran di sekolah, terdapat juga pelajar yang mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah sama ada yang dikendalikan oleh guru kelas atau pun pihak luar. Jadual 12 menunjukkan bilangan dan peratus subjek mengikut strategi pembelajaran yang mengikuti kelas tambahan prinsip akaun sepanjang tempoh eksperimen dijalankan. Seramai 48 orang pelajar (39.7%) kumpulan PK mengikuti kelas tambahan prinsip akaun dan selebihnya iaitu 74 orang pelajar (60.7%) tidak mengikuti mana-mana kelas tambahan prinsip akaun.
Manakala bagi subjek kumpulan PT, bilangan pelajar yang mengikuti kelas tambahan prinsip akaun berjumlah 39 orang (45.3%) dan 47 orang pelajar (54.7%) tidak mengikuti mana-mana kelas tambahan prinsip akaun.
Jika dilihat dari segi peratusan, subjek kumpulan PK lebih ramai yang tidak mengikuti kelas tambahan berbanding dengan kumpulan PT. Walau bagaimanapun, ujian Khi kuasa dua menunjukkan perbezaan tersebut adalah tidak signifikan. Secara keseluruhannya lebih daripada separuh subjek kajian ini tidak mengikuti kelas tambahan prinsip akaun. Data ini menggambarkan pembelajaran yang diperolehi melalui kelas tambahan bagi kumpulan PK dan PT adalah hampir sama.
Jadual 12: Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Mengikuti Kelas Tambahan Prinsip Akaun
Kelas
Pembelajaran Tradisional Tambahan
Pembelajaran Koperatif
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Sepanjang tempoh kajian ini dijalankan, kumpulan PK mengadakan latihan secara berkumpulan di dalam waktu kelas prinsip akaun. Manakala bagi kumpulan PT, subjek membuat latihan secara individu pada masa tersebut. Kumpulan perbincangan di luar waktu kelas prinsip akaun yang dilakukan oleh kumpulan PK dan PT adalah di luar kawalan pengkaji. Jadual 13 menunjukkan bilangan dan peratus subjek mengikut strategi pembelajaran yang mengadakan kumpulan perbincangan di luar waktu kelas.
Bagi subjek kumpulan PK, seramai 71 orang pelajar (58.2%) tidak mempunyai kumpulan perbincangan di luar waktu kelas, 45 orang pelajar (36.9%) Bagi subjek kumpulan PK, seramai 71 orang pelajar (58.2%) tidak mempunyai kumpulan perbincangan di luar waktu kelas, 45 orang pelajar (36.9%)
Manakala bagi subjek kumpulan PT, seramai 53 orang pelajar (61.6%) tidak mempunyai kumpulan perbincangan di luar waktu kelas, 30 orang pelajar (34.9%) mengadakan kumpulan perbincangan apabila tiba masa ujian dan tiga orang pelajar (3.5%) mengadakan kumpulan perbincangan setiap minggu. Data ini menunjukkan secara keseluruhannya, taburan kekerapan subjek mengadakan kumpulan perbincangan di luar waktu kelas adalah hampir sama bagi kedua-dua kumpulan.
Jadual 13: Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Kekerapan Mengadakan Kumpulan Perbincangan di Luar Waktu Kelas
Kumpulan
Pembelajaran Tradisional Perbincangan
Pembelajaran Koperatif
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Tiada
71 58.2 53 61.6 Bila ada ujian
45 36.9 30 34.9 Setiap minggu
Jumlah 122 100 86 100
Berdasarkan data yang dilaporkan sebelum ini, dapatan ini menunjukkan bahawa kumpulan PK terdiri daripada lebih ramai pelajar perempuan (60%) berbanding dengan pelajar lelaki (40%). Manakala dari segi etnik, pelajar Cina (55%) lebih ramai daripada pelajar Melayu (40%). Keputusan PMR kumpulan PK bagi mata pelajaran KH menunjukkan 78% pelajar mendapat gred A dan B, manakala 22% mendapat gred C dan D. Keputusan PMR dalam mata pelajaran matematik pula menunjukkan 86% pelajar kumpulan PK mendapat gred A dan B, manakala 14% Berdasarkan data yang dilaporkan sebelum ini, dapatan ini menunjukkan bahawa kumpulan PK terdiri daripada lebih ramai pelajar perempuan (60%) berbanding dengan pelajar lelaki (40%). Manakala dari segi etnik, pelajar Cina (55%) lebih ramai daripada pelajar Melayu (40%). Keputusan PMR kumpulan PK bagi mata pelajaran KH menunjukkan 78% pelajar mendapat gred A dan B, manakala 22% mendapat gred C dan D. Keputusan PMR dalam mata pelajaran matematik pula menunjukkan 86% pelajar kumpulan PK mendapat gred A dan B, manakala 14%
Kumpulan PT juga mempunyai lebih ramai pelajar perempuan (71%) berbanding dengan pelajar lelaki (29%). Dari segi taburan etnik, pelajar Melayu lebih ramai (55%) berbanding dengan pelajar Cina (35%). Keputusan PMR kumpulan PT bagi mata pelajaran KH menunjukkan 77% pelajar mendapat gred A dan B, manakala pelajar yang mendapat gred C dan D berjumlah 23%. Keputusan PMR bagi mata pelajaran matematik pula menunjukkan 74% pelajar kumpulan PT mendapat gred A dan B, manakala 26% pelajar mendapat gred C dan D. Pelajar kumpulan PT juga lebih ramai yang tidak mengikuti kelas tambahan prinsip akaun iaitu sebanyak 55%. Dari segi kumpulan perbincangan, pelajar kumpulan PT lebih ramai yang tidak mempunyai kumpulan perbincangan di luar waktu kelas (62%).