Teori Konsep Kendiri

2.3.3.1 Teori Konsep Kendiri

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian sebelumnya, Shavelson et al. (1976) telah mencadangkan tujuh ciri yang penting bagi menerangkan konsep kendiri. Pertama, persepsi yang terbentuk berdasarkan setiap pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu tersusun mengikut kategori tertentu yang memberi makna bagi dirinya.

Kedua, konsep kendiri juga mempunyai berbagai sudut yang mana setiap persepsi yang dikategori tergambar mengikut sudut-sudut tertentu. Sebagai contoh, persepsi dari sudut akademik, sudut sosial, sudut keluarga dan sudut-sudut lain.

Ketiga, selain daripada berbagai sudut, konsep kendiri juga mempunyai struktur secara hierarki di mana bahagian dasarnya adalah pengalaman individu dalam situasi yang tertentu manakala bahagian puncaknya adalah konsep kendiri umum. Konsep kendiri umum terbahagi kepada konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik. Konsep kendiri akademik seterusnya mengkhusus mengikut mata pelajaran seperti English, sejarah, matematik dan sains. Konsep kendiri bukan akademik terdiri daripada konsep kendiri sosial, emosi dan fizikal. Konsep kendiri sosial mengkhusus kepada rakan-rakan dan orang-orang yang penting di dalam kehidupan seseorang. Manakala konsep kendiri emosi mengkhusus mengikut Ketiga, selain daripada berbagai sudut, konsep kendiri juga mempunyai struktur secara hierarki di mana bahagian dasarnya adalah pengalaman individu dalam situasi yang tertentu manakala bahagian puncaknya adalah konsep kendiri umum. Konsep kendiri umum terbahagi kepada konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik. Konsep kendiri akademik seterusnya mengkhusus mengikut mata pelajaran seperti English, sejarah, matematik dan sains. Konsep kendiri bukan akademik terdiri daripada konsep kendiri sosial, emosi dan fizikal. Konsep kendiri sosial mengkhusus kepada rakan-rakan dan orang-orang yang penting di dalam kehidupan seseorang. Manakala konsep kendiri emosi mengkhusus mengikut

Keempat, konsep kendiri umum dianggap sebagai stabil manakala semakin mengkhusus sesuatu situasi, konsep kendiri menjadi semakin kurang stabil. Dengan kata lain, kejayaan dan kegagalan yang dialami oleh seorang pelajar mungkin akan mengubah konsep kendiri akademiknya tetapi tidak mengubah konsep kendiri umum beliau.

Kelima, konsep kendiri dikatakan berkembang mengikut umur dan pengalaman yang dilalui. Keenam, selain daripada memberi penerangan mengenai diri sendiri, individu tersebut juga membuat penilaian ke atas dirinya dalam situasi yang sama.

Akhir sekali, konsep kendiri juga merupakan satu konstruk yang boleh dibezakan dengan konstruk yang lain. Secara ringkasnya, Shavelson et al. (1976) menggariskan konsep kendiri dengan ciri-ciri sebagai satu yang tersusun, mempunyai berbagai sudut, berstruktur hierarki, stabil, berkembang, bersikap menilai dan dapat dibezakan.

Ciri berbagai sudut dan berstruktur hierarki di dalam model yang dikemukakan oleh Shavelson et al. (1976) membezakannya dengan model nomothetic yang berbentuk Ciri berbagai sudut dan berstruktur hierarki di dalam model yang dikemukakan oleh Shavelson et al. (1976) membezakannya dengan model nomothetic yang berbentuk

Model lain yang utama berkaitan dengan konsep kendiri ialah model taxonomic dan pelengkap. Model taxonomic, seperti model hierarki, menggambarkan konsep kendiri sebagai berbagai sudut. Tetapi konsep kendiri bagi setiap sudut dianggap tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Model pelengkap menganggap konsep kendiri di dalam sesuatu aspek akan bertimbal balik dengan konsep kendiri di dalam aspek yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah di dalam akademik akan mengimbangkannya dengan mempunyai konsep kendiri yang tinggi dalam aspek sosial. Model ini dikatakan agak lemah kerana tidak mendapat sokongan empirikal (Strein,1993). Berbanding dengan model-model yang lain, model hierarki yang dikemukakan oleh Shavelson et al. (1976) mempunyai banyak bukti-bukti yang disokong secara empirikal (Byrne dan Gavin, 1996; Marsh, 1989; Marsh, Barnes, Cairns dan Tidman, 1984; Skaalvik dan Rankin, 1990; Vispoel, 1995).

Berdasarkan Model Shavelson et al. (1976), Marsh, Relich dan Smith (1983) telah membentuk alat kajian Self-Description Questionnaire (SDQ) untuk menguji tujuh sudut dalam model tersebut. Item di dalam SDQ dibentuk untuk menggambarkan empat komponen konsep kendiri bukan akademik iaitu kebolehan fizikal, penampilan fizikal, hubungan dengan rakan dan hubungan dengan ibubapa serta tiga komponen konsep kendiri akademik iaitu bagi bacaan, matematik dan semua mata pelajaran di sekolah.

Dapatan kajian tersebut menyokong model Shavelson et al. yang berstruktur hierarki. Walau bagaimanapun, didapati korelasi antara konsep kendiri matematik dan bacaan adalah menghampiri sifar. Untuk menerangkan fenomena tersebut, Marsh (1986) telah mengemukakan Model Kerangka Rujukan Dalaman dan Luaran (Internal/External Frame of Reference Model ) yang dikenali sebagai Model I/E.

Kerangka rujukan ini dikemukakan oleh Marsh (1986) bagi menerangkan sebab wujudnya korelasi yang sangat lemah antara konsep kendiri matematik dengan konsep kendiri English atau bahasa. Menurut Marsh, pelajar membentuk konsep kendiri akademik dalam mana-mana mata pelajaran menggunakan perbandingan luaran dan perbandingan dalaman. Perbandingan luaran, pelajar membandingkan tanggapan kendiri bagi kebolehan diri sendiri dalam sesuatu mata pelajaran dengan kebolehan rakan-rakan. Perbandingan dalaman, tanggapan kendiri pelajar bagi Kerangka rujukan ini dikemukakan oleh Marsh (1986) bagi menerangkan sebab wujudnya korelasi yang sangat lemah antara konsep kendiri matematik dengan konsep kendiri English atau bahasa. Menurut Marsh, pelajar membentuk konsep kendiri akademik dalam mana-mana mata pelajaran menggunakan perbandingan luaran dan perbandingan dalaman. Perbandingan luaran, pelajar membandingkan tanggapan kendiri bagi kebolehan diri sendiri dalam sesuatu mata pelajaran dengan kebolehan rakan-rakan. Perbandingan dalaman, tanggapan kendiri pelajar bagi

Merujuk kepada Model I/E, pelajar yang mahir dalam matematik dan bahasa berbanding dengan rakan sekelas (perbandingan luaran) akan mempunyai konsep kendiri akademik matematik dan konsep kendiri bahasa yang tinggi. Tetapi pada masa yang sama apabila pelajar tersebut membandingkan kemahirannya antara matematik dan bahasa (perbandingan dalaman), yang mana pelajar tersebut lebih mahir dalam matematik (contohnya) akan mempunyai konsep kendiri matematik yang lebih tinggi berbanding dengan konsep kendiri bahasa iaitu mata pelajaran yang dia kurang mahir. Maka interaksi antara perbandingan luaran dan dalaman menyebabkan korelasi antara konsep kendiri matematik dengan konsep kendiri bahasa menghampiri sifar.

Sehubungan dengan itu Marsh dan Shavelson (1985) telah mencadangkan model yang diubahsuai yang dikenali sebagai Model Marsh dan Shavelson (Rajah 9). Di dalam Model Marsh dan Shavelson, komponen konsep kendiri akademik terbahagi kepada konsep kendiri matematik dan konsep kendiri bahasa sebelum ia terbahagi kepada konsep kendiri bagi mata pelajaran lain.

Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan mengenai konsep kendiri, kajian ini menggunakan model konsep kendiri Marsh dan Shavelson yang disokong oleh banyak kajian empirik. Berpandukan model ini, konsep kendiri yang menjadi tumpuan kajian adalah konsep kendiri akademik khusus di dalam mata pelajaran perakaunan. Kajian ini juga tidak membezakan konsep kendiri dengan self-esteem berdasarkan perspektif yang dikemukakan oleh Shavelson et al. (1976)