Metodologi di Dalam Kajian Konsep Kendiri
2.3.3.4 Metodologi di Dalam Kajian Konsep Kendiri
Berdasarkan kajian yang berbentuk meta-analysis bagi konsep kendiri dengan pencapaian dan perubahan di dalam konsep kendiri, Hattie (1992) mendapati terlalu banyak alat kajian yang dibina bagi mengukur konsep kendiri. Beberapa kritikan diberikan terhadap sesetengah alat kajian tersebut.
Perkara yang dipertikaikan adalah pembinaan alat kajian tanpa berdasarkan model atau teori konsep kendiri yang tertentu, keterangan mengenai alat kajian kurang lengkap bagi membolehkan penyelidik lain menggunakannya dan tidak ada data psikometrik, kebolehpercayaan, kesahan alat tersebut dan sebab-sebab pemilihan sesuatu item (Wylie, 1974 dalam Hattie, 1992).
Secara umumnya alat kajian tersebut dapat dikategorikan sama ada mempunyai ciri satu dimensi iaitu mengukur konsep kendiri secara global atau mempunyai berbagai dimensi iaitu mengukur konsep kendiri di dalam banyak aspek (Keith dan Bracken, 1996).
Antara teknik-teknik yang digunakan adalah perbezaan semantik, senarai semak adjektif, sisihan Q, sebenar-ideal, ujian projektif, lukisan manusia dan soal selidik Antara teknik-teknik yang digunakan adalah perbezaan semantik, senarai semak adjektif, sisihan Q, sebenar-ideal, ujian projektif, lukisan manusia dan soal selidik
Keith dan Bracken (1996) telah membuat penilaian ke atas 20 alat kajian konsep kendiri yang biasa digunakan di dalam sesuatu penyelidikan. Kriteria yang digunakan di dalam menilai alat kajian tersebut adalah proses pembentukan dan pembinaan, cara mentadbir alat kajian dan menganalisis skor yang diperolehi dan ciri-ciri psikometrik. Ciri kualitatif yang diambil kira ialah dari segi teori yang digunakan, definisi konstruk yang diukur, sampel yang diwakili, kesahan dan kebolehpercayaan.
Berdasarkan penilaian tersebut, Keith dan Bracken (1996) merumuskan bahawa masih terdapat kelemahan dari aspek kualitatif di dalam beberapa alat kajian. Walau bagaimanapun, alat kajian yang dibina yang agak terkini menunjukkan tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang lebih baik. Seterusnya mereka mencadangkan beberapa alat kajian yang sesuai digunakan iaitu Multidimensional Self Concept Scale (MSCS) oleh Bracken (1992), Offer Self-Image Questionnaire Revised (OSIQ- R) oleh Offer, Ostov, Howard dan Dolan (1991), Self-Esteem Index (SEI) oleh Brown dan Alexander (1991) dan Perception of Ability Scale For Students (PASS) oleh Boersma dan Chapman (1992). Di antara keempat-empat alat kajian tersebut, Berdasarkan penilaian tersebut, Keith dan Bracken (1996) merumuskan bahawa masih terdapat kelemahan dari aspek kualitatif di dalam beberapa alat kajian. Walau bagaimanapun, alat kajian yang dibina yang agak terkini menunjukkan tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang lebih baik. Seterusnya mereka mencadangkan beberapa alat kajian yang sesuai digunakan iaitu Multidimensional Self Concept Scale (MSCS) oleh Bracken (1992), Offer Self-Image Questionnaire Revised (OSIQ- R) oleh Offer, Ostov, Howard dan Dolan (1991), Self-Esteem Index (SEI) oleh Brown dan Alexander (1991) dan Perception of Ability Scale For Students (PASS) oleh Boersma dan Chapman (1992). Di antara keempat-empat alat kajian tersebut,
Khusus di dalam membincangkan alat kajian yang mengukur konsep kendiri akademik, Byrne (1996) telah mengkategorikan alat kajian yang dibina sama ada mengukur konsep kendiri akademik secara global (ciri satu dimensi) atau mengikut beberapa aspek konsep kendiri akademik (ciri berbagai dimensi) dan sama ada alat kajian itu dibina semata-mata mengukur konsep kendiri akademik atau salah satu subskalanya mengukur konsep kendiri akademik. Beliau mengkelaskan alat kajian MSCS dan SEI sebagai berbentuk satu dimensi. Alat kajian tersebut didapati kurang menepati model Marsh dan Shavelson yang mencadangkan konsep kendiri akademik itu sendiri mempunyai berbagai dimensi. Seterusnya Byrne (1996) mencadangkan dua alat kajian yang mempunyai kesahan yang kukuh dan mengukur konsep kendiri akademik berdasarkan ciri berbagai dimensi iaitu PASS (bagi pelajar sekolah rendah) dan Academic Self Description Questionnaire (ASDQ-II) oleh Marsh (1990) bagi pelajar sekolah menengah.
Berdasarkan ulasan-ulasan yang diberikan oleh para penyelidik di dalam menilai alat kajian konsep kendiri, pengkaji memilih alat kajian ASDQ-II untuk digunakan bagi mengukur konsep kendiri akademik pelajar bagi tujuan kajian ini. Ini adalah kerana ASDQ-II dibina berdasarkan Model Marsh dan Shavelson (1985) yang banyak disokong secara empirikal (Byrne, 1996).