Cadangan untuk Melaksanakan Pembelajaran Koperatif yang Berkesan

5.6.2. Cadangan untuk Melaksanakan Pembelajaran Koperatif yang Berkesan

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar yang terlibat di dalam kajian, pengkaji telah menggariskan secara kasar aspek-aspek yang perlu diambil kira ketika melaksanakan PK di dalam kelas.

5.6.2.1 Pembentukan Kumpulan Pelajar

Bilangan yang optima yang dicadangkan ialah empat orang yang mana membolehkan mereka berbincang secara berpasangan. Dalam masyarakat yang berbilang bangsa, proses integrasi etnik perlu dilakukan di dalam kelas memandangkan di luar masa kelas, pelajar lebih senang berada di dalam

kelompok etnik yang sama. Pelajar sendiri mengakui bahawa semasa aktiviti berkumpulan memberi peluang kepada mereka untuk lebih mengenali rakan- rakan daripada etnik lain. Maka, setiap kumpulan kecil wajar terdiri daripada pelajar yang berbeza etnik. Walaupun terdapat pelajar yang sukar diterima masuk di dalam kumpulan mereka kerana perbezaan etnik namun pengkaji berpendapat sekiranya pelajar dibiasakan dengan kumpulan yang terdiri daripada pelbagai komposisi etnik, lama-kelamaan mereka boleh menerimanya sebagai satu budaya baru di sekolah mereka. Tidak dinafikan bahawa salah satu ciri utama teknik STAD adalah pengajaran oleh rakan sebaya di dalam satu kumpulan. Maka, sesuatu kumpulan tersebut perlulah terdiri daripada pelajar yang berbeza tahap kebolehan.

5.6.2.2 Memperkenalkan Pembelajaran Koperatif kepada Pelajar

Bagi memastikan kelancaran perlaksanaan PK, pelajar perlu diberi pengenalan ringkas mengenai perjalanan aktiviti PK terutama dari segi pengiraan skor individu dan skor kumpulan serta pengiktirafan kumpulan. Melalui gambaran yang jelas tentang PK membolehkan pelajar memainkan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Di dalam sesi penerangan itu, pelajar diberi peluang untuk berkenalan dengan ahli kumpulan dan berbincang membentuk nama kumpulan dan logo. Masalah kurangnya kerjasama dan perbincangan di dalam kumpulan yang disuarakan oleh pelajar di dalam soal selidik berkait dengan kekeliruan mengenai pengiraan skor dan pengiktirafan kumpulan. Kumpulan yang tidak serius ketika membentuk nama dan logo kumpulan didapati kurang bermotivasi Bagi memastikan kelancaran perlaksanaan PK, pelajar perlu diberi pengenalan ringkas mengenai perjalanan aktiviti PK terutama dari segi pengiraan skor individu dan skor kumpulan serta pengiktirafan kumpulan. Melalui gambaran yang jelas tentang PK membolehkan pelajar memainkan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Di dalam sesi penerangan itu, pelajar diberi peluang untuk berkenalan dengan ahli kumpulan dan berbincang membentuk nama kumpulan dan logo. Masalah kurangnya kerjasama dan perbincangan di dalam kumpulan yang disuarakan oleh pelajar di dalam soal selidik berkait dengan kekeliruan mengenai pengiraan skor dan pengiktirafan kumpulan. Kumpulan yang tidak serius ketika membentuk nama dan logo kumpulan didapati kurang bermotivasi

5.6.2.3 Pengajaran Guru dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Memandangkan PK memasukkan aktiviti latihan secara berkumpulan di dalam waktu kelas dan kuiz secara individu yang lebih kerap menyebabkan masa penyampaian isi pelajaran secara kuliah menjadi lebih singkat. Maka, sewajarnya guru membuat persediaan mengajar yang lebih terancang dan menggunakan bahan bantu mengajar dengan sebaik-baiknya. Guru masih perlu memberikan penerangan yang jelas kepada pelajar bagi membantu mereka membuat latihan secara berkumpulan. Oleh kerana masa untuk pengajaran secara kuliah terhad maka, topik-topik yang diajar perlu disampaikan secara berperingkat dan bukan sekaligus.

Guru juga perlu memberi perhatian berat kepada semua langkah-langkah yang perlu diikuti ketika melaksanakan PK. Ini adalah kerana langkah-langkah tersebut telah mengambil kira ciri-ciri PK dari segi interaksi pelajar secara bersemuka, struktur matlamat, akauntabiliti individu dan struktur tugas. Melaksanakan sebahagian ciri PK dan meninggalkan sebahagian yang lain dibimbangi akan memberi kesan yang lebih negatif kepada pelajar dan pembelajaran mereka. Sebagai contoh, sekiranya guru melaksanakan PK tanpa memperkenalkannya kepada pelajar tentang cara perlaksanaannya boleh menyebabkan pelajar kurang memahami cara pengiraan skor individu dan kumpulan, seterusnya pelajar cenderung bersikap negatif kepada pelajar yang berkebolehan rendah. Ini adalah Guru juga perlu memberi perhatian berat kepada semua langkah-langkah yang perlu diikuti ketika melaksanakan PK. Ini adalah kerana langkah-langkah tersebut telah mengambil kira ciri-ciri PK dari segi interaksi pelajar secara bersemuka, struktur matlamat, akauntabiliti individu dan struktur tugas. Melaksanakan sebahagian ciri PK dan meninggalkan sebahagian yang lain dibimbangi akan memberi kesan yang lebih negatif kepada pelajar dan pembelajaran mereka. Sebagai contoh, sekiranya guru melaksanakan PK tanpa memperkenalkannya kepada pelajar tentang cara perlaksanaannya boleh menyebabkan pelajar kurang memahami cara pengiraan skor individu dan kumpulan, seterusnya pelajar cenderung bersikap negatif kepada pelajar yang berkebolehan rendah. Ini adalah

5.6.2.4 Aktiviti Kerja Berkumpulan

Semasa aktiviti kerja berkumpulan, guru berperanan sebagai fasilitator dan membantu kumpulan yang menghadapi sebarang masalah. Pada masa aktiviti ini, guru dapat mengesan sebarang masalah yang timbul di dalam sesuatu kumpulan seperti ahli kumpulan yang tidak serasi, kurangnya kerjasama, ahli kumpulan membuat kerja secara individu atau hanya pelajar tertentu yang menguasai kumpulan. Masalah-masalah tersebut perlu diatasi dengan segera supaya tidak menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas. Justeru itu guru tidak seharusnya menggunakan masa tersebut untuk melakukan kerja-kerja lain sehingga tidak dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam setiap kumpulan.

5.6.2.5 Penilaian Melalui Kuiz Individu

Kuiz individu yang mengambil masa tidak lebih dari 15 minit diadakan setelah guru berbincang dengan pelajar mengenai latihan yang diberi sebelum itu. Kuiz tersebut perlu dipelbagaikan tahap kesukaran untuk memberi peluang pelajar yang rendah pencapaian berupaya menjawabnya dan pada masa yang lain, pelajar yang tinggi pencapaian turut merasa teruji dengan soalan tersebut. Pelajar berpendapat kuiz individu banyak membantu mereka mengenal pasti tahap pemahaman mereka dan menggalakkan mereka membuat ulangkaji sama ada sebelum kuiz atau pada masa lain.

5.6.2.6 Pengiraan Skor dan Pengiktirafan Kumpulan

Komponen ini memainkan peranan penting di dalam teknik STAD kerana ia mendorong pelajar untuk bekerjasama di dalam kumpulan mereka dan merasa seronok dengan pengiktirafan yang diterima. Masalah yang biasa timbul di dalam kerja berkumpulan yang berbentuk tradisional ialah tidak semua pelajar melibatkan diri kerana mereka tidak bermotivasi untuk saling tolong-menolong dan tidak nampak kepentingan sumbangan mereka terhadap kumpulan. Sebaliknya di dalam teknik STAD, melalui pengiraan skor individu yang berdasarkan peningkatan pencapaian lepas setiap pelajar dapat menggambarkan semua pelajar tanpa mengira tahap pencapaian berupaya memberi sumbangan kepada skor kumpulan. Melalui pengiktirafan kumpulan, pelajar dapat merasakan usaha mereka dihargai dan bermotivasi untuk mendapat pengiktirafan yang lebih baik berbanding dengan kumpulan lain.

5.6.2.7 Kemahiran Bersosial dan Kemahiran Kognitif

Di dalam kajian ini, pelajar kumpulan PK tidak diberi latihan untuk mempraktikkan kemahiran bersosial dan kemahiran kognitif di dalam kumpulan. Ini adalah kerana teknik STAD berdasarkan kepada teori tingkah laku yang mana Slavin (1983) berpendapat, ganjaran kumpulan akan mendorong pelajar bekerjasama di dalam kumpulan. Justeru itu, beliau berpendapat kemahiran bersosial akan dipelajari secara tidak langsung semasa pelajar berinteraksi. Teknik STAD juga tidak menekankan perlunya pelajar diberi kemahiran kognitif.

Abrami et al. (1995) berpendapat kedua-dua kemahiran tersebut adalah perlu bagi kerjasama yang berkesan dan produktif. Kemahiran bersosial yang dimaksudkan di sini adalah kemahiran mendengar, berkongsi dan memberi galakan yang digunakan ketika berinteraksi dengan individu lain sama ada secara lisan atau bukan lisan. Manakala kemahiran kognitif yang juga dikenali dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) merujuk kepada keupayaan untuk memproses maklumat, menentukan hubungkait dan membuat kesimpulan dan keputusan.

Berdasarkan pandangan Abrami et al. (1995), pengkaji berpendapat pelajar sangat perlu diberi kemahiran bersosial kerana terdapat pelajar yang mempunyai pengalaman berkomunikasi yang agak terhad kerana sikap pemalu atau kerana perbezaan etnik. Pengalaman yang diceritakan oleh pelajar PK di dalam kajian ini juga menunjukkan tidak semua pelajar bersedia untuk berinteraksi dengan mana- mana rakan sekelas yang kurang dikenali sebelum ini. Selain daripada itu, terdapat juga masalah dari segi perbezaan etnik yang menyebabkan sebahagian kecil pelajar diketepikan di dalam kumpulan mereka. Dengan adanya kemahiran bersosial dapat membantu mempercepatkan lagi proses penyesuaian sesama pelajar di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang berbeza latar belakang dan wujud perbincangan dalam suasana yang harmoni.

Manakala kemahiran berfikir diperlukan kerana pelajar perlu dibimbing untuk melibatkan diri dengan proses berfikir tentang kandungan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Kemahiran berfikir tersebut membantu pelajar untuk Manakala kemahiran berfikir diperlukan kerana pelajar perlu dibimbing untuk melibatkan diri dengan proses berfikir tentang kandungan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Kemahiran berfikir tersebut membantu pelajar untuk

Walau bagaimanapun perbincangan tentang cara untuk membina kemahiran bersosial dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak dapat diperincikan di sini kerana perkara tersebut adalah di luar liputan kajian ini. Apa yang dapat ditekankan di sini bahawa pelajar perlu diberi kemahiran bersosial dan kemahiran kognitif bagi membantu mereka di dalam pembelajaran secara berkumpulan.