Pengalaman Pelajar yang Telah Menyertai Pembelajaran Koperatif

4.6.1 Pengalaman Pelajar yang Telah Menyertai Pembelajaran Koperatif

Persepsi pelajar berkaitan dengan pengalaman menyertai PK diperolehi berdasarkan soalan di dalam soal selidik “Pandangan Terhadap Pembelajaran Koperatif” iaitu “Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai pembelajaran koperatif”.

Berdasarkan maklum balas untuk soalan tersebut, pengkaji mengenal pasti tema dan mengkategorikan tema tersebut kepada empat. Ia terdiri daripada pengalaman positif, pengalaman yang kurang menyenangkan, pengalaman bercampur dan pengalaman biasa. Sesuatu maklum balas dianggap sebagai pengalaman yang positif apabila pelajar menceritakan tentang keseronokan mengikuti PK dan faedah yang diperolehi tanpa menyatakan sebarang masalah atau ketidaksenangan yang dialami. Merujuk kepada Jadual 27 jelas menunjukkan bahawa 70% daripada 122 orang pelajar yang mengikuti strategi PK menceritakan pengalaman positif yang mereka alami. Pengalaman tersebut sama ada dalam bentuk melahirkan rasa gembira atau menyatakan faedah yang mereka perolehi hasil daripada pengalaman tersebut.

Manakala pengalaman yang kurang menyenangkan merujuk maklum balas yang menyatakan PK tidak memberi kesan yang baik kepada pelajar dan hanya menceritakan masalah yang dihadapi ketika PK dijalankan. Hanya 9% sahaja pelajar yang mengalami pengalaman yang kurang menyenangkan. Kategori pengalaman yang bercampur iaitu sebanyak 16% terdiri daripada maklum balas yang menceritakan keberkesanan PK kepada diri pelajar dan pada masa yang sama mereka juga menyatakan masalah yang dihadapi. Pengalaman biasa iaitu 2.5% merujuk kepada pernyataan yang memberi maksud bahawa penglibatan pelajar di dalam PK tidak memberi apa-apa makna kepada diri mereka.

Dapatan kajian yang menunjukkan peratusan yang tinggi bagi pengalaman positif menggambarkan PK diterima baik oleh para pelajar. Seterusnya, dapatan yang berkaitan dengan pengalaman pelajar dilaporkan dengan lebih lebih terperinci.

Jadual 27: Pengalaman Kumpulan Pembelajaran Koperatif Ketika Mengikuti Pembelajaran Koperatif

Kategori maklum balas Bilangan Peratus n = 122

Pengalaman positif

Pengalaman kurang menyenangkan

Pengalaman bercampur

Pengalaman biasa

Tiada maklum balas

Berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai pengalaman positif dan pengalaman bercampur, pengkaji telah mengkelaskan kebaikan atau manfaat yang diperolehi oleh pelajar kepada tiga aspek utama. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah manfaat yang berkaitan dengan pelajaran (kognitif), kawan sekelas (sosial) dan sikap atau perasaan (afektif).

4.6.1.1 Kesan Pembelajaran Koperatif yang Berkaitan dengan Aspek Kognitif

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspek kognitif adalah dari segi dapat membantu menambahkan pemahaman terhadap prinsip akaun, membantu meningkatkan prestasi, pelajar dapat Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspek kognitif adalah dari segi dapat membantu menambahkan pemahaman terhadap prinsip akaun, membantu meningkatkan prestasi, pelajar dapat

Aspek kognitif pertama ialah dari segi pemahaman pelajar. Pelajar kumpulan PK mendapati mereka lebih mudah memahami konsep-konsep prinsip akaun melalui PK. Hal ini dikaitkan dengan adanya peluang untuk bertanya kepada rakan-rakan tentang tajuk-tajuk yang kurang difahami. Melalui penerangan daripada rakan- rakan, mereka berupaya mengikuti pengajaran guru dengan lebih mudah. Perbincangan dengan rakan sekumpulan dan latihan-latihan yang diberi membantu menjelaskan apa yang kurang difahami. Maka, pelajar cepat menguasai tajuk-tajuk yang dipelajari menyebabkan pengetahuan mereka juga bertambah. Terdapat pelajar yang merasakan banyak perkara yang dipelajari melalui rakan-rakan berbanding dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka.

Aspek kognitif kedua ialah dari segi membantu meningkatkan prestasi pelajar. Pelajar kumpulan PK merasakan pencapaian mereka telah meningkat lebih baik daripada sebelum mereka mendapat pendedahan PK. Peningkatan di dalam pencapaian ini dikaitkan dengan faktor lebih mudah memahami mata pelajaran prinsip akaun. Di dalam kumpulan tersebut pelajar berpeluang untuk berbincang kesukaran yang dihadapi berkaitan dengan pelajaran dan bertukar-tukar pandangan sesama mereka.

Aspek kognitif ketiga adalah berhubung dengan keupayaan untuk menyelesaikan tugasan. Melalui strategi PK, pelajar dapat menyelesaikan soalan tugasan. Ini Aspek kognitif ketiga adalah berhubung dengan keupayaan untuk menyelesaikan tugasan. Melalui strategi PK, pelajar dapat menyelesaikan soalan tugasan. Ini

Aspek kognitif yang keempat adalah berkaitan dengan tumpuan yang diberikan di dalam kelas prinsip akaun. Pelajar merasakan mereka dapat memberi lebih tumpuan di dalam kelas berbanding dengan sebelum ini. Hal ini dikaitkan dengan adanya rakan sekumpulan yang bersedia berbincang apabila terdapat tajuk yang kurang jelas. Maka, perhatian mereka tidak mudah terganggu ketika belajar di dalam kelas.

Berdasarkan dapatan yang membincangkan pengalaman pelajar kumpulan PK dari aspek kognitif menunjukkan bahawa pelajar mengaitkan interaksi dengan rakan sekumpulan banyak membantu mereka dalam menguasai isi pelajaran prinsip akaun. Seterusnya, dapatan kajian melaporkan pengalaman positif pelajar kumpulan PK dari aspek sosial.

4.6.1.2 Kesan Strategi PK yang Berkaitan dengan Aspek Sosial

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspek sosial adalah dari segi berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan, bekerjasama dan bantu membantu, dapat meluaskan pergaulan dengan rakan sekelas, belajar untuk menyesuaikan diri dan wujud persaingan yang sihat antara kumpulan

Aspek sosial yang pertama adalah dari segi peluang untuk berinteraksi. Strategi PK mewujudkan satu suasana yang menggalakkan pelajar untuk berbincang masalah pelajaran dengan rakan sekumpulan mereka. Di dalam kumpulan mereka, pelajar berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan menyatakan pendapat masing-masing. Pelajar juga tidak merasa keberatan untuk bertanya dengan rakan-rakan mereka dan tidak bergantung kepada guru semata-mata.

Aspek sosial yang kedua adalah mengenai sikap bekerjasama dan bantu- membantu. Di dalam kumpulan masing-masing, pelajar terdorong untuk bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Pelajar yang lemah menyatakan mereka banyak mendapat tunjuk ajar daripada rakan yang lebih pandai. Manakala pelajar yang berkebolehan tidak merasa keberatan untuk membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan bantuan mereka.

Aspek sosial yang ketiga adalah berkenaan dengan pergaulan pelajar kumpulan PK dengan rakan sekelas yang lebih luas Di bawah strategi PK, kumpulan pelajar terdiri daripada tahap kebolehan berbeza dan berbagai etnik. Maka, melalui kerjasama dan perbincangan di dalam kumpulan tersebut pelajar mula mengenali rakan-rakan lain yang sebelum ini mereka tidak pernah berinteraksi. Mereka juga mula memahami rakan-rakan sekumpulan dengan lebih mendalam lagi.

Aspek sosial yang keempat adalah berhubung dengan proses penyesuaian pelajar dengan rakan-rakan sekumpulan. Terdapat pelajar yang berada di dalam Aspek sosial yang keempat adalah berhubung dengan proses penyesuaian pelajar dengan rakan-rakan sekumpulan. Terdapat pelajar yang berada di dalam

Aspek sosial yang kelima adalah wujudnya persaingan yang sihat antara kumpulan. Pelajar dapat merasakan persaingan yang wujud antara kumpulan mereka dan berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi mereka.

Berdasarkan dapatan yang membincangkan pengalaman pelajar kumpulan PK dari aspek sosial menunjukkan bahawa sememangnya pelajar gemar berinteraksi dengan rakan-rakan semasa pembelajaran. Selain daripada itu, apabila pelajar kerap berinteraksi dengan rakan sekumpulan menyebabkan mereka lebih kenal- mengenali dan saling faham-memahami. Seterusnya, dapatan kajian melaporkan pengalaman positif pelajar kumpulan PK dari aspek afektif.

4.6.1.3 Kesan Strategi PK yang Berkaitan dengan Aspek Afektif

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspek kognitif adalah dari segi merasa seronok mengikuti pembelajaran, lebih berminat untuk belajar, dapat meningkatkan keyakinan diri, situasi kelas tidak membosankan dan merasa tidak cepat berputus asa.

Aspek afektif yang pertama adalah dari segi perasaan seronok mengikuti pembelajaran di dalam kelas prinsip akaun. Pelajar kumpulan PK merasakan suasana di bawah strategi PK lebih menyeronokkan dan mereka rasa gembira untuk belajar. Ada yang mengaitkan perasaan seronok kerana berpeluang berbincang dan berinteraksi dengan rakan-rakan dengan lebih kerap. Terdapat juga yang merasa seronok kerana dengan strategi itu menyebabkan mereka lebih mudah memahami tajuk yang dipelajari dan dapat mengikuti pengajaran guru dengan lebih baik. Tidak kurang yang merasa seronok kerana ianya satu pengalaman baru yang menarik buat mereka berbanding dengan strategi yang sebelum ini.

Aspek afektif yang kedua adalah berhubung dengan minat pelajar kumpulan PK. Pelajar mendapati mereka lebih berminat untuk belajar prinsip akaun setelah didedahkan dengan PK.

Aspek afektif yang ketiga adalah mengenai keyakinan diri pelajar kumpulan PK. Strategi PK mewujudkan suasana yang mendorong pelajar untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Selain daripada itu, pengalaman di bawah strategi PK membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri terhadap kebolehan mereka di dalam prinsip akaun. Ini dikaitkan dengan suasana yang membolehkan mereka berinteraksi dan membandingkan kebolehan mereka dengan rakan-rakan lain yang sebelum ini kurang dikenali serta cara pembelajaran yang lebih meningkatkan penguasaan mereka.

Aspek afektif yang keempat adalah dari segi situasi kelas yang tidak lagi membosankan. Di dalam PK, pelajar tidak lagi merasa bosan berada di dalam kelas. Pelajar merasa bosan apabila mereka tidak berupaya menyelesaikan tugasan atau tidak memahami pengajaran guru. Sebaliknya, PK menggalakkan pelajar untuk berbincang dan bertanya kepada rakan sekumpulan di dalam masalah pelajaran.

Aspek afektif yang kelima adalah dari segi dapat membantu pelajar untuk tidak mudah putus asa di dalam pelajaran mereka. Hal ini mereka kaitkan dengan perasaan seronok ketika mengikuti strategi ini.

Berdasarkan dapatan yang membincangkan pengalaman pelajar kumpulan PK dari aspek afektif menunjukkan bahawa PK berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu situasi yang menyeronokkan pelajar dan menyebabkan pelajar menjadi lebih berminat untuk belajar, serta memiliki sikap tidak mudah berputus asa. Seterusnya, dapatan kajian melaporkan masalah- masalah yang dihadapi oleh sebahagian pelajar kumpulan PK menyebabkan mereka mendapat pengalaman yang kurang menyenangkan.

4.6.1.4 Masalah yang Dihadapi di Dalam Pembelajaran Koperatif

Berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai pengalaman yang kurang menyenangkan dan pengalaman bercampur, pengkaji mengenal pasti beberapa masalah yang dinyatakan oleh pelajar. Masalah tersebut dapat dikategorikan Berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai pengalaman yang kurang menyenangkan dan pengalaman bercampur, pengkaji mengenal pasti beberapa masalah yang dinyatakan oleh pelajar. Masalah tersebut dapat dikategorikan

4.6.1.4.1 Masalah yang Berkaitan dengan Aspek Sosial

Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar kumpulan PK berkaitan dengan aspek sosial adalah dari segi tiada kerjasama di dalam kumpulan, kurang perbincangan yang wujud, pelajar diketepikan kerana perbezaan etnik dan bahasa serta terdapat pelajar yang membuat kerja lain pada masa kerja berkumpulan.

Masalah pertama adalah berhubung dengan tiadanya kerjasama di dalam kumpulan. Walaupun strategi PK menggalakkan pelajar bekerjasama sesama ahli kumpulan, namun begitu terdapat juga kumpulan yang menghadapi masalah di dalam hal ini. Pelajar tidak berpuas hati kerana terdapat segelintir rakan sekumpulan mereka yang enggan memberikan kerjasama yang memuaskan.

Masalah kedua adalah dari segi perbincangan di dalam kumpulan. Terdapat pelajar yang menyatakan bahawa kurangnya berlaku perbincangan antara ahli di dalam kumpulan mereka. Keadaan ini dikaitkan dengan walaupun pelajar diberi masa untuk bersemuka di dalam kumpulan mereka, namun terdapat kumpulan yang kurang berjaya menjalinkan hubungan yang rapat sesama ahli. Pelajar berpendapat oleh kerana mereka pada awal-awal lagi bukan berkawan rapat, maka mereka merasa kesukaran untuk bekerjasama dan berbincang sesama rakan kumpulan.

Masalah ketiga berkaitan dengan segelintir pelajar merasakan mereka diketepikan disebabkan perbezaan etnik. Rakan sekumpulan mereka lebih suka berbincang menggunakan bahasa ibunda mereka menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat mengikuti perbincangan tersebut.

Masalah keempat yang timbul adalah terdapat pelajar yang membuat kerja lain yang tidak berkaitan dengan pelajaran ketika aktiviti berkumpulan. Mereka lebih suka bermain-main atau berbincang tentang hal yang tidak bersangkutan dengan pelajaran. Seterusnya, dapatan kajian melaporkan masalah yang dihadapi oleh sebahagian pelajar kumpulan PK yang berkaitan dengan aspek afektif.

4.6.1.4.2 Masalah yang Berkaitan dengan Aspek Afektif

Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar kumpulan PK berkaitan dengan aspek afektif adalah kerana pelajar merasa tidak seronok dan bosan dalam pembelajaran, sikap mementingkan diri sendiri, malu untuk bertanya kepada rakan sekumpulan dan memandang rendah kepada ahli pencapaian rendah.

Masalah pertama adalah berhubung dengan perasaan tidak seronok dan bosan. Walaupun sebahagian besar pelajar kumpulan PK menyatakan mereka merasa seronok di bawah strategi PK, namun terdapat juga pelajar yang menyatakan mereka merasa tidak seronok tanpa memberikan sebab-sebabnya. Terdapat juga pelajar yang merasa bosan dengan PK kerana kurangnya kerjasama yang diberikan di dalam kumpulan mereka.

Masalah kedua yang pelajar hadapi yang di dalam strategi PK adalah terdapatnya rakan sekumpulan yang bersikap mementingkan diri sendiri menyebabkan mereka enggan memberikan kerjasama. Namun begitu terdapat juga yang akhirnya dapat mengubah sikap tersebut. Tetapi dengan adanya sikap ini menyebabkan pelajar merasa tidak gembira berada di dalam kumpulan mereka.

Masalah ketiga adalah berkenaan dengan pelajar yang tidak dapat menghilangkan perasaan malu untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan menyebabkan pelajar tidak berbincang dengan ahli kumpulan. Hal ini dikaitkan dengan perasaan kekok untuk berinteraksi dengan rakan yang berlainan jantina.

Masalah keempat adalah berhubung dengan reaksi negatif yang diberikan oleh rakan sekumpulan yang lebih berkebolehan menyebabkan pelajar yang pencapaian rendah merasa tersinggung. Ini menyebabkan pelajar merasa tidak gembira dengan kumpulan mereka.

Berdasarkan dapatan yang membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar kumpulan PK menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah yang lebih tertumpu kepada aspek sosial dan afektif. Tidak ada pelajar kumpulan PK yang menyatakan bahawa PK memberi kesan yang negatif dari aspek kognitif. Masalah yang dihadapi dari aspek sosial menunjukkan bahawa kemahiran bersosial perlu diberi penekanan kepada pelajar sebelum mereka mengikuti PK. Kemahiran bersosial ini juga boleh diterapkan sepanjang perlaksanaan PK.

Sikap individualistik, hubungan yang tidak rapat kerana perbezaan etnik dan tahap kebolehan sememangnya wujud di dalam suasana persekolahan di negara kita tetapi tidak nampak ketara kerana pelajar kurang berinteraksi sesama rakan sekelas. Implikasi daripada dapatan ini, walaupun terdapat masalah-masalah yang dinyatakan oleh pelajar berhubung dengan PK tidak bermakna strategi ini patut dilupakan sahaja. Sewajarnya guru mengambil berat terhadap masalah-masalah tersebut dan berusaha mengatasinya. Pada masa yang sama guru perlu mengenal pasti elemen-elemen yang membantu keberkesanan PK. Seterusnya, dapatan kajian melaporkan persepsi pelajar terhadap elemen-elemen yang membantu keberkesanan PK.