Kuiz Secara Individu
4.6.2.3 Kuiz Secara Individu
Bahagian ini melaporkan dapatan kajian berkenaan persepsi pelajar kumpulan PK dan PT terhadap aktiviti kuiz secara individu. Setelah pelajar membuat latihan secara berkumpulan atau secara individu, bergantung kepada kumpulan eksperimen yang ditetapkan, pelajar diberi masa 15 minit untuk menjawab soalan kuiz.
Jadual 31 menunjukkan kebanyakan pelajar (89.9%) dari kumpulan PK dan PT bersetuju dengan aktiviti kuiz secara individu. Sesuatu maklum balas dianggap sebagai bersetuju apabila pelajar menyatakan ianya baik, bagus dan menceritakan kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti kuiz. Peratusan yang tinggi ini menunjukkan pelajar kumpulan PK dan PT menerima dengan baik aktiviti kuiz secara individu. Peratus pelajar kumpulan PK yang bersetuju adalah lebih tinggi iaitu 91.8% berbanding dengan pelajar kumpulan PT iaitu 87.2%.
Manakala pelajar yang tidak bersetuju dengan aktiviti kuiz adalah seramai 6.2% sahaja. Pelajar dianggap tidak bersetuju dengan aktiviti tersebut apabila mereka menyatakannya sebagai tidak bagus, tidak berkesan dan menceritakan aspek negatif tentang aktiviti kuiz. Maklum balas yang dianggap sebagai pandangan bercampur iaitu sebanyak 2.9% ialah apabila pelajar menyatakan kedua-dua aspek positif dan negatif tentang kuiz. Maka, dapatan seterusnya melaporkan dengan lebih mendalam tentang persepsi pelajar kumpulan PK dan PT terhadap aktiviti kuiz secara individu.
Jadual 31: Persepsi Terhadap Kuiz Mengikut Strategi Pembelajaran
Kategori maklum
Jumlah balas
Tidak bersetuju
Pandangan bercampur
Tiada maklum balas --2 2.3 2 1.0
Berdasarkan maklum balas bersetuju, pengkaji mengenal pasti aspek positif kuiz secara individu yang dinyatakan oleh pelajar daripada kumpulan PK dan PT. Di antara aspek-aspek positif tersebut adalah dapat membantu pelajar menilai dan meningkatkan kefahaman mereka, mendorong pelajar mengulangkaji sebelum kuiz , meningkatkan kecekapan menyelesaikan masalah, kuiz sebagai satu Berdasarkan maklum balas bersetuju, pengkaji mengenal pasti aspek positif kuiz secara individu yang dinyatakan oleh pelajar daripada kumpulan PK dan PT. Di antara aspek-aspek positif tersebut adalah dapat membantu pelajar menilai dan meningkatkan kefahaman mereka, mendorong pelajar mengulangkaji sebelum kuiz , meningkatkan kecekapan menyelesaikan masalah, kuiz sebagai satu
Aspek positif yang pertama adalah kerana kuiz secara individu dapat membantu pelajar menilai dan meningkatkan kefahaman mereka. Menurut pelajar, aktiviti kuiz berkesan untuk menguji minda dan kefahaman mereka di dalam setiap subtopik. Dengan menjawab kuiz secara individu, mereka dapat menilai sejauh mana kefahaman mereka terhadap latihan dan pengajaran guru di dalam kelas. Pelajar juga berpendapat aktiviti kuiz membantu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mereka di dalam mata pelajaran prinsip akaun.
Selain itu, kesan positif daripada aktiviti kuiz adalah sebagai pendorong kepada pelajar untuk mengulangkaji sebelum aktiviti itu dijalankan. Oleh itu, pelajar akan terdorong untuk membiasakan diri mengulangkaji pelajaran mereka. Ini adalah kerana pelajar ingin supaya mereka dapat menghadapi kuiz dalam keadaan yang lebih bersedia.
Pelajar juga berpendapat bahawa aspek positif aktiviti kuiz yang lain ialah berhubung dengan membantu meningkatkan kecekapan pelajar menyelesaikan masalah. Situasi di dalam kuiz yang ada kekangan masa melatih pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan di dalam menjawab soalan. Keadaan ini banyak membantu pelajar untuk membiasakan diri dengan situasi di dalam peperiksaan dan menjadikan mereka lebih bersedia.
Di samping itu juga, pelajar melihat kesan baik daripada aktiviti kuiz adalah sebagai satu alternatif lain untuk pengukuhan dan ulangkaji. Dengan menjawab soalan kuiz dapat membantu pelajar untuk cuba mengingati kembali apa yang telah dipelajari sebelum ini. Selain daripada itu, pelajar lebih memberi perhatian ketika guru membincangkan jawapan kuiz kerana ia menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar tentang jawapan sebenar.
Seterusnya, aspek positif lain yang dinyatakan secara khusus oleh pelajar kumpulan PK sahaja, adalah dari segi kuiz dapat mewujudkan rasa ingin bersaing dengan rakan-rakan yang lain. Kuiz mewujudkan suasana cabaran yang disukai oleh pelajar. Adanya persaingan itu mendorong pelajar untuk berusaha sebaik mungkin bagi menandingi pelajar yang lain.
Pelajar kumpulan PK sahaja juga menceritakan bahawa aktiviti kuiz berjaya menarik minat mereka untuk belajar. Walaupun soalan kuiz terdiri daripada soalan yang dianggap agak sukar, pelajar merasa tertarik kerana aktiviti tersebut dapat mencabar minda mereka.
Berdasarkan dapatan yang membincangkan aspek positif aktiviti kuiz secara individu menunjukkan bahawa aktiviti kuiz diterima baik dan banyak membantu proses pembelajaran prinsip akaun sama ada bagi pelajar kumpulan PK mahu pun kumpulan PT. Implikasinya, guru prinsip akaun perlu memasukkan elemen kuiz di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aspek-aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK dan PT.
Seterusnya, dapatan kajian melaporkan masalah-masalah yang dihadapi oleh sebahagian pelajar kumpulan PK dan PT berhubung dengan aktiviti kuiz secara individu yang menyebabkan mereka kurang bersetuju dengan aktiviti tersebut. Berdasarkan maklum balas tidak bersetuju dan pandangan bercampur, pengkaji mengenal pasti teguran yang diberikan oleh pelajar berkaitan dengan beberapa aspek di dalam aktiviti kuiz yang boleh diperbaiki. Antara masalah yang dinyatakan oleh pelajar berhubung dengan aktiviti kuiz secara individu adalah dari segi tahap kesukaran soalan, masa yang diberikan untuk menjawab terlalu singkat, pelajar kumpulan PK kurang memahami cara pemarkahan dan pelajar kumpulan PT merasa bosan dengan aktiviti tersebut.
Masalah pertama iaitu dari segi tahap kesukaran soalan kuiz. Sebahagian pelajar berpendapat soalan kuiz yang diberikan agak susah menyebabkan ada masanya mereka tidak dapat menjawabnya dengan baik. Ini menjadikan mereka merasa putus asa.
Masalah kedua adalah berkaitan dengan masa yang diberikan untuk menjawab terlalu singkat. Sebahagian kecil pelajar tidak berpuas hati dengan masa yang begitu singkat diberikan untuk menjawb soalan kuiz. Menurut pelajar, mereka memerlukan lebih masa untuk menjawab soalan yang agak sukar. Ada masanya mereka tidak begitu bersedia untuk menjawab soalan kuiz kerana belum sempat mengulangkaji topik tersebut.
Masalah ketiga yang dinyatakan secara khusus oleh pelajar kumpulan PK adalah dari segi kurang memahami cara pemarkahan. Dengan adanya kuiz mereka memberi perhatian kepada markah yang diperolehi oleh kumpulan mereka. Menurut pelajar, dia dipersalahkan kerana mendapat markah yang rendah. Manakala pelajar lain merasakan pengiraan markah tersebut mewujudkan ketidakadilan. Masalah keempat yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PT sahaja adalah kerana merasa bosan dengan aktiviti kuiz.
Dapatan kajian yang membincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh sebahagian pelajar kumpulan PK dan PT menunjukkan terdapat beberapa perkara yang guru perlu ambil kira ketika menjalankan aktiviti kuiz secara individu. Antaranya ialah, guru perlu mempelbagaikan tahap kesukaran soalan kuiz supaya terdapat soalan yang berupaya menguji minda pelajar yang berkebolehan dan diimbangi dengan soalan yang masih dapat dijawab oleh pelajar yang lemah yang mengulangkaji pelajaran mereka.
Selain daripada itu, guru juga perlu mempertimbangkan tempoh masa kuiz yang sesuai berdasarkan tahap kesukaran soalan. Pelajar juga perlu diberitahu tentang bentuk kuiz yang akan diadakan di dalam kelas sama ada kuiz yang dijalankan secara mengejut atau yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa supaya pelajar lebih bersedia untuk menghadapinya. Kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar kumpulan PK tentang pengiraan markah kuiz dalam penentuan markah kumpulan menunjukkan betapa perlunya pelajar diberi penerangan yang jelas tentang cara pengiraan skor individu dan skor kumpulan. Ini adalah kerana pada Selain daripada itu, guru juga perlu mempertimbangkan tempoh masa kuiz yang sesuai berdasarkan tahap kesukaran soalan. Pelajar juga perlu diberitahu tentang bentuk kuiz yang akan diadakan di dalam kelas sama ada kuiz yang dijalankan secara mengejut atau yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa supaya pelajar lebih bersedia untuk menghadapinya. Kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar kumpulan PK tentang pengiraan markah kuiz dalam penentuan markah kumpulan menunjukkan betapa perlunya pelajar diberi penerangan yang jelas tentang cara pengiraan skor individu dan skor kumpulan. Ini adalah kerana pada