Pemilihan Subjek Kajian

3.2 Pemilihan Subjek Kajian

Populasi kajian adalah pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun di sekolah menengah akademik daerah Hulu Langat. Sampel kajian Populasi kajian adalah pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun di sekolah menengah akademik daerah Hulu Langat. Sampel kajian

Bilangan sampel kajian ditentukan menggunakan formula berikut (Hinkle, Wiersma dan Jurs, 1994):

n = 2 (z β -z α )

di mana, z α = nilai kritikal bagi ujian statistik di dalam taburan persampelan yang

berkaitan dengan H bagi ujian dua hala pada α yang telah ditetapkan.

z β = skor standard di dalam taburan persampelan yang berkaitan dengan

H, mengikut z α bagi kuasa yang ditetapkan.

2 d = saiz kesan standard

Bagi mengira bilangan sampel setiap kumpulan PK dan kumpulan PT, nilai α ditetapkan pada .05 (Cochran dan Cox, 1957), nilai β ditetapkan berdasarkan nisbah β : α iaitu 4:1 (Hinkle et al., 1994) . Maka dengan nilai α adalah .05, nilai β adalah

.80 . Saiz kesan standard ditetapkan kepada tahap sederhana iaitu .50 (Cohen, 1965 dalam Hinkle et al., 1994). Berdasarkan nilai-nilai yang telah ditetapkan, saiz sampel adalah:

n = 2 ( .842 - (-1.96) ) 2

(.50) 2 = 62.810 atau 63 orang setiap kumpulan.

Ini bermakna saiz sampel kajian ini adalah sekurang-kurangnya 126 orang pelajar yang terdiri daripada 63 orang pelajar setiap kumpulan bagi membolehkan saiz kesan

standard eksperimen sebanyak .50 dapat dikenalpasti pada tahap α adalah .05 dengan kuasa statistik β adalah .80.

Dalam kajian ini, pengkaji berjaya mendapatkan kerjasama daripada empat orang guru prinsip akaun daripada empat buah sekolah. Seramai 208 pelajar (135 orang perempuan dan 73 orang lelaki; 97 pelajar Cina, 95 pelajar Melayu, 13 pelajar India,

2 pelajar Punjabi dan seorang pelajar Serani) dalam sembilan kelas, yang mewakili 5 hingga 95 persentil berdasarkan skor dalam Ujian Awal dipilih sebagai subjek daripada kumpulan asal berjumlah 295 orang. Pemilihan pelajar ditentukan berdasarkan skor Ujian Awal dalam julat tersebut bagi memastikan tahap kebolehan pelajar yang terlibat di dalam kajian adalah setara antara satu kelas dengan kelas yang lain. Bilangan subjek yang kurang daripada kumpulan asal juga disebabkan tidak semua pelajar hadir ketika Ujian Awal dan pengumpulan data dijalankan. Aliran kelas yang terlibat adalah sains gunaan, vokasional teknik dan seni.

Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen yang dijalankan di dalam waktu persekolahan. Kelas yang terlibat merupakan kelas sedia ada yang ditentukan oleh pihak sekolah pada awal sesi persekolahan. Maka pengagihan subjek secara rawak kepada kumpulan PK dan kumpulan PT tidak dapat digunakan. Apa yang dilakukan Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen yang dijalankan di dalam waktu persekolahan. Kelas yang terlibat merupakan kelas sedia ada yang ditentukan oleh pihak sekolah pada awal sesi persekolahan. Maka pengagihan subjek secara rawak kepada kumpulan PK dan kumpulan PT tidak dapat digunakan. Apa yang dilakukan

Tatacara yang digunakan dalam menentukan kelas yang akan mengikuti PK atau PT adalah seperti berikut: (a)

Menyenaraikan kekerapan pelajar untuk setiap skor Ujian Awal dengan memberi tumpuan kepada kepada 5, 10, 90 dan 95

persentil. (b) Setelah membandingkan bilangan pelajar dalam persentil- persentil tersebut, keputusannya ialah pelajar dalam julat 5 dan 9 persentil dipilih sebagai subjek kajian.

(c) Menyisih kelas yang terlibat berdasarkan min kelas bagi skor subjek sahaja (d)

Mengagihkan kelas kepada kumpulan PK dan kumpulan PT dengan membandingkan kelas-kelas yang mempunyai min yang hampir sama. Pada masa yang sama, kelas yang diajar oleh guru yang tidak dapat hadir dalam sesi penerangan PK, secara automatik termasuk dalam kumpulan PT.

Berpandukan tatacara yang digunakan, pada permulaan kajian, kumpulan PK terdiri daripada lima kelas yang mengandungi 136 orang Berpandukan tatacara yang digunakan, pada permulaan kajian, kumpulan PK terdiri daripada lima kelas yang mengandungi 136 orang