Reka Bentuk Kajian

3.1 Reka Bentuk Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan kesan dua jenis strategi pengajaran dan pembelajaran ke atas prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri akademik dan hubungan sosial pelajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dibandingkan adalah pembelajaran koperatif (PK) dan pembelajaran tradisional (PT). Kajian ini dijalankan dalam suasana normal di dalam kelas di sekolah menengah. Oleh kerana tidak ada kelas prinsip akaun yang menggunakan PK, pengkaji telah menjadikan sebahagian daripada kelas yang terlibat sebagai kelas yang menggunakan PK dan yang lainnya sebagai kelas yang menggunakan PT sebagai kumpulan kawalan.

Di dalam kajian ini, pelajar yang terlibat tetap berada di dalam kelas sedia ada yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Maka, kaedah eksperimen yang dipilih ini dikenali sebagai kuasi eksperimen. Kaedah ini sesuai digunakan untuk menguji perbandingan Di dalam kajian ini, pelajar yang terlibat tetap berada di dalam kelas sedia ada yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Maka, kaedah eksperimen yang dipilih ini dikenali sebagai kuasi eksperimen. Kaedah ini sesuai digunakan untuk menguji perbandingan

Kumpulan tidak setara merujuk kepada sekurang-kurangnya salah satu ciri di antara kumpulan-kumpulan akan mempunyai nilai jangkaan yang berbeza walaupun sesuatu eksperimen tidak memberi kesan (Cook dan Campbell, 1979). Di dalam kajian ini, di antara faktor yang memberi kesan kepada perbezaan asal antara kumpulan ialah tahap kebolehan pelajar di dalam aspek simpan kira yang merupakan pengetahuan asas untuk prinsip akaun.

Bagi mengatasi masalah ini, ujian pra bagi menentukan tahap kebolehan pelajar dimasukkan di dalam reka bentuk ini untuk menyelaraskan perbezaan asal antara kumpulan. Cook dan Campbell (1979) berpendapat, alat kajian yang sama atau setara tidak sesuai digunakan bagi menilai prestasi pelajar di dalam mata pelajaran yang sebelum ini tidak dipelajari. Dalam hal ini, Cook dan Campbell (1979) mencadangkan pra ujian proksi (proxy pretest) diberikan, dengan syarat ujian pra proksi tersebut mempunyai perkaitan dengan ujian pasca. Ujian pra proksi terdiri daripada pembolehubah yang dianggap menjadi faktor perbezaan asal dan ia mempunyai korelasi dengan ujian pasca. Di dalam kajian ini, ujian pra proksi bagi tahap kebolehan adalah Ujian Awal yang meliputi aspek simpan kira yang telah Bagi mengatasi masalah ini, ujian pra bagi menentukan tahap kebolehan pelajar dimasukkan di dalam reka bentuk ini untuk menyelaraskan perbezaan asal antara kumpulan. Cook dan Campbell (1979) berpendapat, alat kajian yang sama atau setara tidak sesuai digunakan bagi menilai prestasi pelajar di dalam mata pelajaran yang sebelum ini tidak dipelajari. Dalam hal ini, Cook dan Campbell (1979) mencadangkan pra ujian proksi (proxy pretest) diberikan, dengan syarat ujian pra proksi tersebut mempunyai perkaitan dengan ujian pasca. Ujian pra proksi terdiri daripada pembolehubah yang dianggap menjadi faktor perbezaan asal dan ia mempunyai korelasi dengan ujian pasca. Di dalam kajian ini, ujian pra proksi bagi tahap kebolehan adalah Ujian Awal yang meliputi aspek simpan kira yang telah

O A1 X 1 O O B2 -------------------------------- O A1 X 2 O O B2

Rajah 11: Reka Bentuk Kajian

Pra ujian proksi bagi mengukur tahap kebolehan pelajar digambarkan oleh O A1 . Ujian pasca bagi prestasi diwakili oleh O B2 . Subskrip A dan B merujuk kepada alat ukuran yang berbeza (Cook dan Campbell, 1979). Ujian pasca yang diwakili oleh O adalah alat kajian yang mengukur atribusi pencapaian, konsep kendiri dan hubungan sosial. Ujian pra proksi bagi tahap kebolehan dijadikan sebagai covariate bagi menyelaraskan perbezaan asal antara kumpulan PK dengan kumpulan PT. Pembolehubah bebas adalah strategi pembelajaran yang digunakan bagi setiap

kumpulan. Kumpulan eksperimen iaitu kumpulan PK diwakili oleh X 1 , manakala

kumpulan kawalan adalah kumpulan PT yang diwakili oleh X 2.