Kesan ke Atas Motivasi untuk Belajar Secara Berkumpulan
2.3.1.1 Kesan ke Atas Motivasi untuk Belajar Secara Berkumpulan
Berbeza dengan pengajaran tradisional, PK dapat mendorong pelajar berinteraksi, berbincang, tolong-menolong, memberi sokongan dan dorongan kepada rakan sekumpulan di dalam proses pembelajaran. Ciri PK yang dapat melahirkan keadaan ini adalah ciri saling bergantung (Slavin, 1996; Abrami et al., 1995) dan tanggungjawab individu (Slavin, 1983).
Pelajar bermotivasi untuk belajar secara berkumpulan kerana wujud suasana mereka merasa perlu saling bergantung antara satu sama lain dan timbul perasaan bertanggungjawab sebagai ahli kumpulan. Ciri ini dibentuk sama ada melalui struktur matlamat, struktur ganjaran, struktur tugas atau hubungan yang erat. Kesan
PK ke atas motivasi pelajar untuk belajar secara berkumpulan dapat diterangkan berdasarkan teori saling bergantung sosial, teori tingkah laku dan teori kohesif sosial.
2.3.1.1.1 Teori Saling Bergantung Sosial
Struktur matlamat merujuk kepada setakat mana pelajar bergantung kepada rakan- rakan dalam mencapai matlamat pembelajaran. Johnson dan Johnson (1975) membezakan tiga struktur matlamat iaitu berbentuk koperatif, persaingan dan individu. Struktur matlamat yang koperatif bermaksud matlamat pembelajaran pelajar secara individu hanya tercapai apabila matlamat rakan-rakan mereka juga tercapai. Matlamat berbentuk persaingan wujud apabila seorang pelajar dapat mencapai matlamatnya maka menutup peluang pelajar lain mencapai matlamat mereka. Manakala struktur matlamat individu bermaksud peluang seorang pelajar untuk mencapai matlamatnya tidak dipengaruhi oleh peluang pelajar lain.
Teori saling bergantung sosial menerangkan perkaitan struktur matlamat dengan corak saling bergantung sosial pelajar dengan rakan-rakan (Johnson dan Johnson, 1998). Teori saling bergantung sosial berdasarkan teori kerjasama dan persaingan yang dikemukakan oleh Deutsch. Saling bergantung secara sosial wujud apabila terdapat individu-individu yang mempunyai matlamat yang sama dan peluang seorang individu untuk mencapai matlamat itu dipengaruhi oleh tindakan orang lain.
Dalam konteks pelajar, saling bergantung yang positif merujuk kepada kerjasama yang wujud di kalangan pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Manakala saling bergantung yang negatif bermaksud, pelajar perlu bersaing antara satu sama lain untuk berjaya. Berdasarkan teori saling bergantung sosial, di dalam suasana pembelajaran yang mempunyai matlamat koperatif, wujud saling bergantung yang positif yang menggalakkan interaksi sesama pelajar. Sebaliknya di dalam matlamat persaingan, wujud saling bergantung sosial yang negatif yang tidak menggalakkan interaksi yang sihat antara pelajar. Di dalam struktur matlamat individu, tidak wujud saling bergantung antara pelajar menyebabkan interaksi sesama pelajar tidak berkembang.
2.3.1.1.2 Teori Tingkah Laku
Slavin (1983) mengkelaskan struktur tugas di dalam PK kepada dua jenis iaitu kumpulan belajar dan pengkhususan tugas. Manakala struktur ganjaran pula dikategorikan kepada tiga bentuk iaitu ganjaran yang diberi kepada individu berdasarkan pencapaian individu tersebut, ganjaran yang diberikan kepada kumpulan berdasarkan pencapaian kumpulan dan ganjaran yang diberikan kepada kumpulan berdasarkan pencapaian setiap individu di dalam kumpulan tersebut.
Menurut teori tingkah laku dari aspek motivasi (Slavin,1996), tumpuan utama PK adalah penentuan struktur ganjaran atau struktur matlamat. Struktur tersebut perlu Menurut teori tingkah laku dari aspek motivasi (Slavin,1996), tumpuan utama PK adalah penentuan struktur ganjaran atau struktur matlamat. Struktur tersebut perlu
Ganjaran yang dimaksudkan adalah ganjaran yang diberikan kepada kumpulan berdasarkan prestasi kumpulan atau prestasi semua ahli di dalam kumpulan. Rasionalnya, ganjaran kumpulan akan mendorong pelajar saling bantu-membantu bagi meningkatkan pencapaian ahli dan kumpulan mereka.
Di dalam pengkelasan ini teknik STAD termasuk di dalam struktur matlamat koperatif, struktur tugas yang berbentuk kumpulan belajar dan struktur ganjaran kumpulan berdasarkan pencapaian setiap individu. Di bawah teknik STAD suasana saling bergantung diwujudkan melalui ganjaran berkumpulan.
Tinjauan ke atas 46 kajian yang dibuat oleh Slavin (1983) menunjukkan ciri ganjaran berkumpulan sebagaimana yang digunakan di dalam teknik STAD membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Di dalam tinjauan tersebut, beliau memberi tumpuan kepada hubungan antara pencapaian pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah dengan struktur tugas dan struktur ganjaran.
Terdapat beberapa kriteria yang digunakan dalam pemilihan kajian yang dimasukkan di dalam tinjauan tersebut. Pertama, PK dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang dianggap setara atau reka bentuk yang menggunakan satu subjek yang sesuai.
Kedua, tempoh kajian sekurang-kurangnya dua minggu dan ia dijalankan di dalam kelas sama ada di sekolah rendah atau menengah. Ketiga, alat kajian pencapaian yang diguna adalah untuk mengukur apa yang dipelajari dalam kumpulan eksperimen dan kawalan. Ujian itu juga dijawab secara individu.
Berdasarkan analisis kajian-kajian mengikut struktur tugas dan struktur ganjaran, Slavin (1983) mendapati pencapaian pelajar bagi 27 kajian yang menggunakan kumpulan belajar yang menerima ganjaran kumpulan berdasarkan pencapaian individu, 24 kajian menunjukkan kesan dan signifikan serta tiga kajian menunjukkan tidak ada perbezaan dengan kumpulan kawalan. Manakala daripada empat kajian yang menggunakan kumpulan belajar yang menerima ganjaran untuk kumpulan berdasarkan kerja kumpulan, tiga kajian tidak menunjukkan perbezaan pencapaian dengan kumpulan kawalan dan satu lagi kajian menunjukkan pencapaian pelajar di dalam kumpulan kawalan lebih baik daripada kumpulan eksperimen. Bagi kajian yang membandingkan kumpulan belajar yang menerima ganjaran individu untuk pencapaian individu, kelima-lima kajian tidak menunjukkan kesan yang signifikan.
Slavin (1983) berpendapat ganjaran untuk individu berdasarkan pencapaian individu tidak menggalakkan pelajar saling tolong-menolong di dalam kumpulan mereka kerana tidak ada dorongan bagi mereka ke arah itu. Manakala ganjaran untuk kumpulan berdasarkan kerja berkumpulan boleh menyebabkan wujud pelajar yang Slavin (1983) berpendapat ganjaran untuk individu berdasarkan pencapaian individu tidak menggalakkan pelajar saling tolong-menolong di dalam kumpulan mereka kerana tidak ada dorongan bagi mereka ke arah itu. Manakala ganjaran untuk kumpulan berdasarkan kerja berkumpulan boleh menyebabkan wujud pelajar yang
Sebaliknya, ganjaran untuk kumpulan berdasarkan pencapaian individu menggalakkan pelajar yang berkebolehan tinggi membantu pelajar yang berkebolehan rendah dan pelajar yang berkebolehan rendah merasa bertanggungjawab untuk belajar, iaitu ciri tanggungjawab individu. Maka, Slavin (1983) merumuskan bahawa kumpulan belajar semata-mata kurang membantu proses pembelajaran pelajar. Sebaliknya, struktur ganjaran lebih banyak mempengaruhi pencapaian mereka (Rajah 5). Menurut Slavin (1996), teknik PK yang mempunyai ciri ganjaran kumpulan adalah Pembelajaran Pasukan Pelajar dan Belajar Bersama.
Walaupun analisis kajian yang dilakukan oleh Slavin (1983) menunjukkan kumpulan belajar tidak mempengaruhi pencapaian pelajar, tetapi tinjauan kajian tersebut tidak melihat dari aspek jenis interaksi pelajar yang berlaku di dalam kumpulan. Ini adalah kerana berdasarkan penelitian kajian-kajian berkaitan dengan interaksi pelajar di dalam PK, Webb (1982) mendapati pencapaian bagi pelajar yang memberi penerangan bagaimana menyiapkan tugasan meningkat lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak melibatkan diri.
Manakala pencapaian bagi pelajar yang menerima pertolongan hanya meningkat lebih baik apabila pelajar itu sendiri memulakan inisiatif meminta bantuan atau bertanyakan soalan dan pelajar itu menerima penerangan yang betul, bukan setakat satu jawapan yang diulang semula. Oleh itu, tidak dinafikan kemungkinan terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi keberkesanan teknik PK yang digunakan di dalam kajian-kajian tersebut.
2.3.1.1.3 Teori Kohesif Sosial
Berdasarkan pandangan teori kohesif sosial (Slavin, 1996), hubungan yang erat antara ahli kumpulan akan mendorong pelajar untuk saling tolong-menolong di dalam proses pembelajaran. Aktiviti yang diberi penekanan adalah yang boleh memupuk hubungan yang baik dan mewujudkan kepercayaan sesama ahli dan terdapat suasana yang memberi peluang kepada ahli untuk menilai keberkesanan kumpulan mereka.
Pelajar diberi peranan tertentu di dalam kumpulan mereka bagi mewujudkan situasi pelajar saling bergantung antara satu sama lain di dalam mencapai matlamat pembelajaran. Struktur tugas adalah yang berbentuk pengkhususan itu juga bertujuan untuk mewujudkan ciri tanggungjawab individu. Antara teknik yang menggunakan pendekatan yang selari dengan pandangan kohesif sosial adalah teknik Jigsaw, Penyiasatan Kumpulan, Pencarian dan Belajar Bersama (Slavin, 1996).