Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi
5.5.1 Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prestasi pelajar kumpulan PK lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan PT. Maka, ini menyokong dapatan kajian lepas yang melibatkan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran sains yang dijalankan di dalam negara, (Siti Rahayah, 1998), dan di luar negara, contohnya mata pelajaran sains dan matematik (Chang dan Mao, 1999; Whicker, Bol dan Nunnery, 1997) . Implikasi dapatan ini adalah penting kerana ia mencadangkan bahawa PK wajar digunakan di dalam kelas khususnya di dalam pengajaran perakaunan.
Keberkesanan PK di dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar boleh dikaitkan dengan kesan strategi tersebut ke atas motivasi pelajar untuk belajar dan ke atas proses kognitif pelajar (Slavin,1995; 1996; Abrami et al., 1995) Elemen-elemen di dalam PK berupaya menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk belajar berdasarkan teori saling bergantung sosial (Johnson dan Johnson, 1998), teori tingkah laku dan teori kohesif sosial (Slavin,1996). Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap proses kognitif pelajar seperti yang dijelaskan oleh teori perkembangan kognitif (Slavin, 1995) dan teori penerangan kognitif (Slavin, 1990) berkait rapat dengan perlaksanaan PK.
Berdasarkan teori saling bergantung sosial, PK dikatakan mewujudkan saling bergantung secara positif di kalangan pelajar di dalam sesuatu kumpulan bagi mencapai matlamat kumpulan. Saling bergantung secara positif digambarkan melalui kerjasama sesama pelajar yang menggalakkan berlakunya interaksi di Berdasarkan teori saling bergantung sosial, PK dikatakan mewujudkan saling bergantung secara positif di kalangan pelajar di dalam sesuatu kumpulan bagi mencapai matlamat kumpulan. Saling bergantung secara positif digambarkan melalui kerjasama sesama pelajar yang menggalakkan berlakunya interaksi di
Di dalam kajian ini, pelajar kumpulan PK menyatakan bahawa antara pengalaman yang mereka lalui adalah wujud kerjasama di dalam kumpulan dan mereka kerap berbincang serta bertukar- tukar pendapat. Ketika membuat latihan secara berkumpulan khususnya, antara aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK adalah latihan berkumpulan menggalakkan pelajar berbincang sesama rakan, dapat membantu pelajar membina sikap tolong-menolong dan memberi peluang pelajar bertanya kepada rakan sekumpulan. Maka, pengalaman pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini jelas menyokong teori saling bergantung sosial.
Manakala menurut teori tingkah laku, pencapaian pelajar meningkat kerana PK menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan adanya ganjaran kumpulan. Slavin (1983) berpendapat, ganjaran kumpulan mendorong pelajar untuk saling bantu-membantu di dalam kumpulan mereka. Di dalam kajian ini, antara aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar berkaitan dengan pengiraan skor kumpulan mendorong setiap ahli kumpulan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat markah yang tinggi dan persaingan yang wujud antara setiap kumpulan mendorong pelajar untuk bekerjasama dengan rakan sekumpulan.
Begitu juga dengan pengiktirafan kumpulan turut mendorong pelajar untuk bekerjasama dan saling tolong-menolong di dalam kumpulan mereka bagi Begitu juga dengan pengiktirafan kumpulan turut mendorong pelajar untuk bekerjasama dan saling tolong-menolong di dalam kumpulan mereka bagi
Sebaliknya, teori kohesif sosial menerangkan bahawa di bawah PK hubungan sesama pelajar menjadi lebih erat menyebabkan mereka bersedia untuk saling tolong-menolong rakan-rakan sekumpulan mereka tanpa memikirkan soal ganjaran. Terdapat pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini menceritakan pengalaman mereka seperti yang dijelaskan oleh teori kohesif sosial. Pelajar menyatakan bahawa dengan adanya pembahagian kumpulan menyebabkan mereka dapat bekerjasama dengan rakan sekelas yang lain dan dengan hubungan yang rapat itu menjadikan mereka saling tolong-menolong. Maka, ini menggambarkan bahawa pelajar kumpulan PK menjadi lebih bermotivasi untuk belajar juga dapat dijelaskan berdasarkan teori kohesif sosial.
PK berupaya meningkatkan pencapaian pelajar kerana dengan adanya interaksi sesama mereka menyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif pelajar. Merujuk kepada teori perkembangan kognitif, Slavin (1995) berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai konsep-konsep penting. Di dalam membincangkan teori perkembangan kognitif juga, Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu proses berfikir pelajar.
Pandangan Slavin dan Woolfolk tersebut selari dengan pernyataan-pernyataan yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini. Pelajar mengakui bahawa mereka menjadi lebih faham melalui perbincangan dan dapat bertanya kawan apabila berada di dalam kebuntuan.
Sehubungan dengan itu, teori perkembangan kognitif juga dikaitkan dengan konsep perkembangan zon proximal yang menyatakan bahawa keupayaan kognitif seseorang pelajar dapat ditingkatkan dengan bantuan rakan sebaya yang lebih berkebolehan (Woolfolk, 1995). Salah satu ciri kumpulan PK yang dibentuk adalah berdasarkan tahap kebolehan yang berbeza. Di dalam kajian ini, pelajar kumpulan PK yang menganggap diri mereka kurang berkebolehan telah menyatakan bahawa, mereka mendapat bimbingan daripada rakan-rakan yang berkebolehan melalui aktiviti kerja berkumpulan.
Manakala teori penerangan kognitif menjelaskan bahawa melalui penerangan yang diberikan kepada rakan menyebabkan berlakunya proses penstrukturan kognitif yang mana ini membantu proses pengekalan maklumat di dalam ingatan (Slavin, 1990). Penggunaan teori tersebut sejajar dengan pernyataan yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini. Menurut pelajar, melalui latihan secara berkumpulan menjadikan mereka lebih faham tentang sesuatu topik apabila mereka menerangkannya kepada rakan sekumpulan.
Dengan kata lain, kesan PK ke atas pencapaian dapat dikaitkan dengan perlaksanaan PK yang mengkehendaki pelajar yang berbeza tahap kebolehan Dengan kata lain, kesan PK ke atas pencapaian dapat dikaitkan dengan perlaksanaan PK yang mengkehendaki pelajar yang berbeza tahap kebolehan
Apa yang dapat dirumuskan di sini, dapatan kajian yang menunjukkan pencapaian pelajar kumpulan PK yang lebih tinggi daripada pelajar kumpulan tradisional dapat dijelaskan dengan pernyataan yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK. Pada masa yang sama, pernyataan-pernyataan tersebut konsisten dengan teori-teori yang telah dibincangkan sebelum ini.
Walau bagaimana pun dapatan ini perlu diterima secara berhati-hati kerana kajian ini berbentuk kuasi eksperimen. Reka bentuk ini digunakan kerana pengagihan subjek secara rawak tidak dapat dilakukan disebabkan kekangan daripada pengurusan pihak sekolah yang terlibat.