Pembahagian Kumpulan Mengikut yang Ditentukan oleh Pengkaji
4.6.2.1 Pembahagian Kumpulan Mengikut yang Ditentukan oleh Pengkaji
Di bawah strategi PK, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada empat hingga lima orang. Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar yang berbeza tahap pencapaian, etnik dan jantina. Manual yang digunakan untuk kumpulan PK menerangkan tatacara yang digunakan untuk pembahagian kumpulan.
Dengan merujuk kepada Jadual 28, didapati 74.6% pelajar kumpulan PK bersetuju dengan cara pembahagian kumpulan yang ditentukan oleh pengkaji. Sesuatu maklum balas itu dianggap sebagai setuju apabila pelajar menyatakan bahawa ianya baik, bagus atau menceritakan kebaikan yang diperolehi daripada pembahagian kumpulan itu atau sesuatu yang positif mengenai kumpulan mereka.
Manakala 17.2% pelajar kumpulan PK didapati tidak bersetuju dengan pembahagian kumpulan yang ditentukan oleh pengkaji. Manakala maklum balas yang dianggap sebagai tidak bersetuju dengan pembahagian kumpulan itu ialah apabila pelajar menyatakan tidak setuju, tidak baik, tidak adil dan menceritakan masalah yang dihadapi daripada pembahagian kumpulan tersebut.
Kategori maklum balas yang dikira sebagai pandangan bercampur iaitu sebanyak 5.7% terdiri daripada maklum balas yang menyatakan pelajar bersetuju dengan pembahagian kumpulan di dalam satu aspek dan turut menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Dapatan kajian ini menggambarkan kebanyakan pelajar kumpulan PK boleh menerima cara pembentukan kumpulan yang ditentukan oleh pengkaji yang mengambil kira komposisi tahap kebolehan, etnik dan jantina. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian pelajar kumpulan PK yang kurang menyenangi cara pembahagian tersebut dan menghadapi masalah berkaitan dengan kumpulan mereka. Maka, dapatan seterusnya melaporkan dengan lebih mendalam tentang persepsi pelajar kumpulan PK terhadap pembahagian kumpulan.
Jadual 28: Persepsi Terhadap Pembahagian Kumpulan Pembelajaran Koperatif
Kategori maklum balas
Tidak bersetuju
Pandangan bercampur
Tiada maklum balas
Berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai bersetuju, pengkaji telah mengenal pasti aspek-aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK mengenai pembahagian kumpulan. Antara aspek-aspek positif tersebut adalah mewujudkan sikap bekerjasama sesama ahli kumpulan, membina suasana pengajaran rakan sebaya, menggalakkan suasana perbincangan, dan merapatkan hubungan dengan rakan sekelas termasuk pelajar yang berbeza etnik.
Aspek pertama yang dinyatakan oleh pelajar mengenai pembahagian kumpulan adalah dari segi dapat mewujudkan sikap untuk bekerjasama dengan rakan sekelas yang sebelum ini mereka jarang berinteraksi. Ia juga menggalakkan pelajar saling tolong menolong di dalam kumpulan mereka. Pelajar berpendapat sesuatu kumpulan yang terdiri daripada ahli yang berbeza tahap pencapaian menjadikan sesuatu kumpulan itu seimbang dan menggalakkan ahli-ahlinya saling bekerjasama.
Aspek positif yang kedua mengenai pembahagian kumpulan adalah dapat membina suasana pengajaran rakan sebaya yang sesuai. Di dalam satu kumpulan kecil, ia memberi peluang kepada pelajar yang lemah untuk mendekati pelajar yang berkebolehan bagi mendapatkan bimbingan.
Aspek positif yang ketiga adalah dapat menggalakkan suasana perbincangan. Menurut pelajar, pembahagian kumpulan membolehkan pelajar berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan sekumpulan.
Aspek positif yang keempat yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK mengenai pembahagian kumpulan adalah dapat merapatkan hubungan dengan rakan sekelas termasuk pelajar yang berbeza etnik. Ia juga menyedarkan mereka bahawa ramai lagi rakan-rakan yang lain bersedia untuk diajak berbincang selain daripada rakan-rakan rapat yang sedia ada. Pelajar juga melihat pembahagian kumpulan yang mengambil kira perbezaan etnik sebagai satu cara yang Aspek positif yang keempat yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK mengenai pembahagian kumpulan adalah dapat merapatkan hubungan dengan rakan sekelas termasuk pelajar yang berbeza etnik. Ia juga menyedarkan mereka bahawa ramai lagi rakan-rakan yang lain bersedia untuk diajak berbincang selain daripada rakan-rakan rapat yang sedia ada. Pelajar juga melihat pembahagian kumpulan yang mengambil kira perbezaan etnik sebagai satu cara yang
Seterusnya, berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai tidak bersetuju dan pandangan bercampur, pengkaji mengenal pasti beberapa masalah yang dikemukakan oleh pelajar yang menyebabkan pelajar tidak bersetuju dengan pembahagian kumpulan. Antara masalah yang dinyatakan adalah tiada kerjasama di dalam kumpulan, suasana perbincangan yang hambar, tiada penyesuaian sesama ahli kumpulan dan membuang masa pelajar.
Masalah pertama yang dinyatakan oleh pelajar PK adalah dari segi tiada kerjasama di dalam kumpulan. Pelajar juga menyatakan mereka merasa bosan kerana ahli kumpulan mereka kurang memberikan kerjasama.
Masalah kedua yang ditimbulkan di dalam pembahagian kumpulan ialah kurangnya perbincangan sesama ahli kumpulan. Antara faktor yang diberikan adalah kerana pelajar mendapat rakan sekumpulan yang agak pendiam dan terdapat pelajar yang merasa segan untuk berbincang dengan rakan-rakan yang kurang dikenali di dalam kumpulan masing-masing. Pelajar juga kurang menyukai dengan sikap rakan sekumpulan yang hanya bertanya tetapi tidak bersedia untuk berbincang. Maka, pelajar berpendapat mereka lebih suka memilih sendiri ahli kumpulan yang terdiri daripada kawan baik mereka sendiri.
Masalah ketiga yang disuarakan oleh pelajar ialah tiada penyesuaian di dalam kumpulan mereka. Pelajar berpendapat mereka menghadapi masalah untuk membina hubungan yang baik dan mesra dengan ahli kumpulan. Antara sebab yang diberikan adalah kerana pelajar kurang mengenali rakan sekumpulan dan terdapat rakan sekumpulan yang lebih gemar bercakap di dalam bahasa ibunda mereka dan kurang meraikan kewujudan pelajar etnik lain di dalam kumpulan mereka.
Masalah keempat yang dinyatakan oleh segelintir pelajar ialah, mereka berpendapat pembahagian kumpulan hanya membuang masa mereka. Walau bagaimanapun, pelajar tidak menjelaskan lebih lanjut mengapa pembahagian kumpulan dianggap membuang masa.
Berdasarkan dapatan mengenai persepsi pelajar kumpulan PK terhadap pembahagian kumpulan menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar dapat menerimanya dengan positif. Manakala pelajar yang kurang bersetuju dengan pembahagian tersebut adalah disebabkan masalah yang dihadapi ketika aktiviti kerja berkumpulan berjalan.
Implikasi daripada dapatan ini adalah guru prinsip akaun dicadangkan supaya menjadikan tatacara pembahagian kumpulan yang diguna di dalam kajian ini sebagai panduan mereka ketika membentuk kumpulan kecil pelajar. Walau bagaimanapun, guru juga perlu mengambil kira faktor personaliti pelajar dalam setiap kumpulan dan keserasian pelajar di dalam sesuatu kumpulan. Selain Implikasi daripada dapatan ini adalah guru prinsip akaun dicadangkan supaya menjadikan tatacara pembahagian kumpulan yang diguna di dalam kajian ini sebagai panduan mereka ketika membentuk kumpulan kecil pelajar. Walau bagaimanapun, guru juga perlu mengambil kira faktor personaliti pelajar dalam setiap kumpulan dan keserasian pelajar di dalam sesuatu kumpulan. Selain