Cerminan Hubungan Bahasa dan Budaya Kebudayaan dan bahasa memiliki hubungan

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 122 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... PUPI 2004:5 menjelaskan bahawa sumber- sumber yang boleh dimanfaatkan ialah: 1. bahasa Melayu termasuk bahasa Indonesia serta dialek-dialek Melayu juga bahasa Melayu klasik yang telah menyerapkan perkataan daripada bahasa Arab, Sanskrit, Parsi, dan lain-lain; 2. bahasa-bahasa serumpun dengan bahasa Melayu seperti bahasa Iban, Kadazan-Dusun, jawa, dan sebagainya; 3. bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain. Sumber pertama dan kedua dapat menyumbang kepada peristilahan dalam inventori ilmu bidang kemasyarakatan, penternakan, pertanian, alam haiwan dan tumbuh-tumbuhan, muka bumi, Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 123 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... pertukangan dan sebagainya. Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan terlalu banyak unsur asing diserapkan ke dalam bahasa Melayu sehingga menimbulkan kekhuatiran berlakunya pencemaran bahasa terhadap bahasa Melayu. Merujuk kepada jadual tatacara pembentukan istilah di atas, didapati bahawa peristilahan bahasa Melayu bermula dengan konsep yang sedia ada yang dapat disusurgalurkan pula kepada konsep dan istilah yang berasal dari Nusantara dan konsep yang berasal dari pelbagai negara. Kaedah yang digunakan dalam pilihan pertama adalah melalui pemantapan istilah- istilah yang sedia ada dalam masyarakat nusantara dan dipadankan dengan konsep yang dibawa dari luar misalnya, virus nipah merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Dalam konteks ini, bahasa merupakan penginventori bagi ciptaan baharu atau menamakan konsep baharu yang belum wujud dalam masyarakat. Bahasa Melayu merupakan lambang jati diri bangsa dan alat pemersatu bangsa yang berbagai-bagai suku dan kaum. Pengenalan konsep baharu memerlukan istilah yang tepat dan betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Dinamisme peristilahan Melayu dilihat dari dua sudut, iaitu perkembangan leksikal bahasa Melayu melalui peminjaman kata, kedua, pengayaan bahasa sumber istilah, iaitu penggunaan