Petikan kata-kata Lazimnya, petikan kata-kata tokoh-tokoh tertentu

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 166 Rohaidah Haron ..... menitikberatkan budaya berhujah dan berbahas dalam kalangan pergerakan Pemuda UMNO. Sikap negatif tidak seharusnya wujud dalam kalangan pemimpin muda. Mesej tersebut dapat dilihat dalam cerita c, iaitu beliau mengaitkan cerita orang yang mengambil mencuri selipar orang lain selepas solat Jumaat. c. Perang kita saudara sekalian adalah perang untuk survival Melayu, kita bukan main-main di sini. Kita bukan duduk di ini, bukan habis bersorak di sini. Macam kita dengar khutbah Jumaat. Ya. Bila kita lepas Jumaat, lepas keluar daripada sembahyang, hilang selipar, ambil selipar orang. Jadi, apa maknanya? Kalau hilang selipar, balik jalan kaki. Ni kan ada pulak sengaja bawak selipar buruk, balik selipar baru. Ni tak boleh. Jangan adakan budaya macam ni. Budaya kita balik dan kita bertegang leher, berbahas dengan baik. Bawaklah semangat jitu Pemuda ini ke Bahagian masing-masing dan bergeraklah mulai hari ni. Di samping itu, beliau mahu pemimpin muda mengambil ikhtibar atas kebijaksanaan gerakan tentera Vietcong dan Taliban merangka strategi dalam mengalahkan musuh masing-masing. Pihak yang dianggap lemah akan berjaya dalam peperangan sekiranya berjaya merangka strategi-strategi bijak. Hal ini dapat dilihat semasa peperangan antara Amerika Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 167 Rohaidah Haron ..... dengan Vietnam yang melibatkan tentera Vietcong. Begitu juga dengan anggota Taliban yang mampu menghalau keluar tentera Soviet yang lengkap dengan senjata dan helikopter perang. Berikut data yang dipetik daripada ucapan pewacana. d. Amerika kalah lari keluar daripada Vietnam, kerana Vietcong pakai senapang patah saja Amerika dengan super power dengan bom napang dengan 55mm meriam mengebom lari meninggalkan Vietnam kerana kalah dilawan dengan Vietcong. Sampaikan tembak bunuh orang awam. Hari siang dia jadi pekebun, menjadi pesawah, malam dia jadi Vietcong… e. Taliban tak ada apa-apa, pakai serban duduk tertenggek di atas batu, mencangkung di atas batu boleh menghalau keluar tentera Soviet…. Sorang dia tembak. Ikut cara Taliban ikut cara Vietcong.

2. Wacana ekspresif Wacana lisan yang disampaikan secara langsung,

khususnya yang mengambil kira survival politik bangsa Melayu telah memungkinkan wacana jenis ekspresif ini wujud dalam penghasilan wacana Mohamad Hassan. Keadaan ini ditambah pula dengan keadaan politik tanah air yang agak bergolak, krisis kepimpinan, konlik dan sebagainya. Dalam konteks wacana ucapan ini, pewacana banyak