Mutu Pengadilan yang Berat Sebelah Isu mutu pengadilan yang berat sebelah

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 454 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali meneruskan perjuangannya. Indeks sikap seorang jurulatih yang baik ialah sentiasa memberi sokongan kepada anak didiknya. Memberi sokongan membawa makna yang luas yang bukan hanya dalam bentuk kata-kata galakan dan memberi tepukan di bahu sahaja. Jurulatih bertanggungjawab memastikan atlet- atletnya menjalani latihan dengan baik, menyediakan dan menggunakan peralatan yang terbaik dan mencukupi, cekap mengurus masa, memberikan arahan, memberikan jawapan yang sepatutnya kepada atlet dan melindungi atlet daripada sebarang gangguan luar. Ini harus dilakukan pada sebelum, semasa dan selepas atlet melakukan latihan atau dalam pertandingan. Haji Marzuki seringkali memberikan kata-kata semangat kepada Syahir agar Syahir yakin dengan dirinya dan mampu memperoleh gelaran juara dunia. Beliau sememangnya seorang jurulatih yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak didiknya. Indeks sikap jujur dan boleh dipercayai adalah penting untuk mendapat keyakinan para atlet terhadap pertandingan. Kualiti ini akan menjadikan atlet juga jujur dan memberikan komitmen yang tinggi semasa berlatih dan pertandingan. Ini seterusnya akan meningkatkan prestasi atlet dan jurulatih itu sendiri. Indeks sikap jujur ini dapat dilihat dalam Justeru Impian Di Jaring . Haji Marzuki bersikap jujur kepada Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 455 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Syahir. Dia berterus-terang kepada Syahir bahawa Syahir adalah seorang yang tidak sabar apabila diasak oleh ketidakadilan. Ketidaksabarannya itu akhirnya menjadi punca kekalahannya. Syahir dapat menerima kejujuran jurulatihnya agar dia dapat membaiki kelemahan dirinya pada masa akan datang. Fokus pemain terhadap permainan yang merupakan perkara yang ditekankan oleh jurulatih. Keghairahan semasa sesi latihan atau pertandingan menyebabkan seseorang jurulatih boleh kehilangan tumpuan kepada beberapa perkara penting untuk meningkatkan lagi prestasi atlet. Komunikasi yang efektif adalah bersifat spesiik dan fokus. Sesuatu isu perlu diselesaikan satu persatu dan pastikan ianya sentiasa boleh dikawal oleh jurulatih dan juga atlet. Haji Marzuki menitikberatkan fokus pada setiap kali sesi latihan. Setiap fokus itu berbeza-beza dalam setiap latihan yang dijalankan. Latihan menajamkan pukulan junam dalam permainan badminton telah difokuskan oleh jurulatih Haji Marzuki supaya senjata utama Syahir untuk memerangkap lawan dalam pertandingan badminton nanti. Haji Marzuki yakin akan kekuatan tersebut ada pada Bernard dan Syahir. Dia mengarahkan Syahir memberikan fokus kepada pukulan-pukulan menjelang hari pertandingan. Selain fokus, jurulatih yang baik juga adalah jurulatih yang mempunyai matlamat dalam sesebuah Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 456 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali pertandingan sukan. Matlamat dalam setiap sesi latihan akan membantu sesi latihan yang lebih efektif. Matlamat yang jelas, spesiik dan mudah difahami akan membantu atlet menguasai kemahiran, taktikal dan strategi permainan dengan lebih baik. Haji Marzuki meminta Syahir dan Bernard menentang antara satu sama lain bagi tujuan melihat teknik yang diperbaiki oleh kedua-dua pemain ini pada sepanjang minggu itu. Oleh itu dapat dilihat bahawa Haji Marzuki mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap sesi latihannya. Indeks jurulatih yang baik juga adalah jurulatih yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sukan yang dilatih termasuk segi kemahiran, taktikal, teknikal, strategi, undang-undang, perkembangan semasa, sejarah dan peralatan yang digunakan. Jurulatih juga perlu mengaplikasi pengetahuan Sains Sukan serta berupaya mengaplikasikannya. Ini membantu jurulatih mengenali atlet sebagai individu yang berbeza. Haji Marzuki menyuruh Syahir memperbaiki pukulan pancungnya. Haji Marzuki dapat mengesan bahawa teknik pukulan itu merupakan senjata utama yang perlu dimaksimumkan dalam permainan oleh para pemain kerana boleh membantu dan dapat memberikan peluang kemenangan yang lebih besar. Hal ini menunjukkan bahawa Haji Marzuki seorang yang berpengetahuan