Kring Kring Ada Sepeda Nursery rhyme Kring Kring Ada Sepeda

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 507 Awang Azman bin Awang Pawi ..... penyimpangan terhadap kumpulan etnik lain. Dalam kajian antropologi misalnya, pandangan peribumi atau tempatan, prasangka dan salah tafsir sering berlaku apabila kurang memahami kelompok masyarat itu sendiri. Kadang-kadang sama ada secara sedar atau tidak sedar berlaku dan mempengaruhi pendapat awam tentang sesuatu bangsa atau kelompok yang memberikan pandangan yang berbeza kerana nilai- nilai yang dipegang berbeza Macmillan Dictionary of Anthropology,1986:97. Etnik nasionalisme ini cenderung kepada berlakunya etnosentrik dalam dua situasi perbincangan kajian ini. Yang pertama, Putrajaya atau kuasa pusat mentafsir keperluan negeri Sarawak sama seperti mentafsir keperluan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia sedangkan dari segi sejarah dan budaya Sarawak mempunyai perbezaan yang ketara khususnya dari segi etniksiti yang tidak ada di Semenanjung Malaysia. Dari aspek geograi pula terdapat jurang yang besar kerana Sarawak masih belum dapat diterokai sepenuhnya kerana keluasannya. Sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak iaitu Belaga sama saiz dengan gabungan negeri Kedah dan Pulau Pinang manakala sebuah kawasan parlimen Hulu Rajang sama keluasannya negeri Pahang. Yang kedua, disebabkan sudut pandangan pusat atau Putrajaya berlainan Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 508 Awang Azman bin Awang Pawi ..... dengan harapan negeri Sarawak, maka kepimpinan dan rakyat Sarawak melihat negeri Sarawak sering diabaikan dalam konteks pembangunan sosioekonomi. Penduduk Sarawak sering berasa bahawa ketinggalan dan dipinggirkan pembangunan kerana Sarawak tidak ada lebuh raya yang besar, monorail atau komuter, Hanya apabila Putrajaya hampir kalah dalam pilihan raya 2008 maka barulah Sarawak dan Sabah diberikan perhatian dan ini tidak dianggap mencukupi oleh rakyat negeri Sarawak. Jadi, kelompangan ini membuka ruang kepimpinan baru Ketua Menteri Sarawak untuk menggerakkan agenda politik etnonasionalisme untuk membentuk suara Sarawak bagi berunding dan membuat tawar- menawar politik. Faktor Pencetus Politik Etnonasionalisme di bawah kepimpinan Adenan Ketidakstabilan Politik Putrajaya Selepas era pemerintahan Dr Mahathir Mohmad selama 22 tahun, tampuk pemerintahan Malaysia diambilalih oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam konteks politik mutakhir Malaysia. Pilihan raya umum 2004 diadakan dan Barisan Nasional memperoleh undi popular sebanyak 63.9 peratus. Peratus undi popular ini merupakan majoriti terbesar sejak pilihan raya 1978. Undi popular ini memberikan Datuk Abdullah Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 509 Awang Azman bin Awang Pawi ..... Badawi mandat terbesar untuk mentadbir kerajaan Malaysia. Faktor ini didorong oleh pemberian kepercayaan oleh rakyat kepada penyandang baharu selepas Malaysia dianggap terlalu lama diperintah oleh Tun Dr Mahathir dan diserap oleh unsur-unsur kronisme, nepotisme, kolusi dalam pemerintahan Mahathir Hilley, 2001:97. Walaupun bagaimanapun, pada pilihanraya ke 12 pada tahun 2008, pemerintahan Abdullah mendapat tamparan hebat kerana undi popular menurun kepada 51.39 peratus. Penurunan 12 peratus tersebut disebabkan kemarahan rakyat isu ‘budak tingkat 4’ yang dikatakan mempengaruhi pentadbiran Abdullah, pengaruh media sosial begitu kuat hingga menenggelamkan media sosial blogger atau media sosial Barisan Nasional, isu kenaikan harga barang, isu pengajaran dan pembelaran Sains dan matematik PPSMI dalam bahasa Inggeris yang menyebabkan orang Melayu tidak berpuas hati kerana tidak diselesaikan dengan baik, gerakan Bersih, Hindraf, kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang tinggi, isu video klip Linggam dan sebagainya. Namun kemarahan rakyat menyebabkan Barisan Nasional dinaikan 23 dan hanya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah atau asas, iaitu kurang daripada 23 kerusi tetapi lebih daripada ½ jumlah kerusi. Barisan Nasional tewas di Kedah, Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 510 Awang Azman bin Awang Pawi ..... Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta tidak dapat merampas Kelantan. Ramai tokoh politik BN tewas termasuk Shahrizat Abdul Jalil, Sammy Vellu, Koh Tsu Koon, M.Kayveas dan Zainuddin Maidin. Yang menjadi benteng BN ialah negeri Sarawak, Sabah dan Johor. Prestasi tidak cemerlang BN dianggap paling buruk dalam pilihan raya moden Malaysia. Jumlah Undi Popular Pilihan Raya Umum PRU Sejak Pembentukan Malaysia hingga tahun 2013 Era Tahun Pilihan Raya Umum Peratus undi Popular Tunku Abdul Rahman 1964 PRU 2 58.5 Tunku Abdul Rahman 1969 PRU 3 44.3 Tun Abdul Razak 1974 PRU 4 60.7 Tun Hussein Onn 1978 PRU 5 57.2 Dr Mahathir Mohamad 1982 PRU 6 60.5 Dr Mahathir Mohamad 1986 PRU 7 57.3 Dr Mahathir Mohamad 1990 PRU 8 53.4 Dr Mahathir Mohamad 1995 PRU 9 65.2