Leksikon Etnobotani Leksikon etnobotani merupakan leksikon dalam

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 187 Rona Almos, Pramono ..... sakit, penyakit dan pengubatannya terus mengalami dinamika karena pengaruh internal dan eksternal. Pengaruh internal melibatkan pengetahuan yang terus berkembang yang dimiliki oleh masing-masing individu masyarakatnya. Adapun pengaruh eksternal merupakan aspek globalisasi dengan ikutannya yang merubah gaya hidup, termasuk di dalamnya berkenaan dengan pengobatan. Semua dinamika tersebut terepresentasikan dengan bahasa. Dengan demikian, representasi tersebut sangat erat kaitannya dengan kebudayaan yang melatarbelakangi representasi bahasa tersebut lahir. Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 188 Rona Almos, Pramono ..... DAFTAR PUSTAKA Baried, Baroroh dkk. 1994. Pengantar Teori Filologi. Yogyakarta : Fakultas Sastra UGM. Danandjaja, James. 1996. Folklor Indonesia: Ilmu Gosip, Dongeng, dan Lain-lain . Jakarta: Graiti Press. Duranti, A. 1997. Linguistic Anthropology. Cambridge: Cambridge University Press. Foley, W. A 1992. Anthropological Linguistics: An Introduction. USA: Blackwell Publishers. Foster dan Anderson. 1986. Antropologi Kesehatan. Jakarta: Universitas Indonesia. Halliday, M. A. K. dan Hasan, R. 1994. Bahasa Konteks, dan Teks: Aspek Bahasa dalam Pandangan Semiotik Sosial. Terjemahan A. B. Tou, dari judul asli Language, Context, and Text: Aspect of Language in a Social Semiotic Perspective. Yogyakarta: Gajah Mada University Press. Halliday, M. A. K. 1978. Language as Social Semiotic: The Social Interpretation of Language and Meaning. London: Edward arnold. Kridalaksana, H. 2001. Kamus Linguistik. Jakarta: Gramedia. Kridalaksana, H. 1988. Beberapa Prinsip Perpaduan Leksem dalam Bahasa Indonesia. Yogyakarta: Kanisius. Palmer, G B. 1996. Toward A Theory of Cultural Linguistics. Austin: University Of Texas Press. Pike, K. L. dan E. G. Pike. 1982. Grammatical Analysis. Texas: The University of Texas at Arlington dan The Summer Institute of Linguistics Sibarani, R. 2004. Antropolinguistik. Medan: Poda. Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 189 Salinah Jaafar, dkk ..... Pembinaan Korpora Bahasa Banjar Di Malaysia Salinah Jaafar Rohana Mahmud Murni Mahmud Universiti Malaya Kuala Lumpur Pengenalan Sejak beberapa dekad yang lalu kajian dan pembinaan pangkalan data korpus mula mendapat temat dalam kalangan ahli linguistik terutama dalam usaha menjaga dan memelihara bahasa. Korpus adalah koleksi data yang disimpan secara elektronik berdasarkan pengumpulan data yang dibuat secara tabii, manakala korpus linguistik pula boleh dikategorikan sebagai satu sistem canggih yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan bahasa, “corpus linguistics can be regarded as a sophisticated method of inding answers to the kinds of questions linguists have always asked” Hunston, 2006. Pengumpulan data korpus dalam Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 190 Salinah Jaafar, dkk ..... bahasa Inggeris telah menjadi contoh dan panduan kepada pengumpulan data korpus negara lain. Korpus bahasa Inggeris berkomputer pertama kali dibina ialah korpus Brown “Brown Corpus” yang dibina oleh Nelson Francis dan Henry Kucera di Universiti Brown pada tahun 1960. Pengumpulan data korpus kemudiannya berkembang kepada beberapa korpora bahasa Inggeris seperti Korpus Kebangsaan Amerika “American National Corpus ANC”, Korpus Kebangsaan British “British National Corpus BNC”, Korpus Lancester-OsloBergen “Lancaster-Oslo Bergen Corpus LOB”, Korpus Komtemporari Bahasa Inggeris Amerika “Corpus of Contemporary American English COCA”, Korpus Freiburg-LOB Bahasa Inggeris British “Freiburg–LOB Corpus of British English FLOB”, Korpus Frown Frown corpus, Korpus Bertulis Bahasa Inggeris New Zealand “Wellington Corpus of Written New Zealand English WWC” dan Korpus PENN “PENN corpus”. Rajah di bawah menunjukkan carta pembinaan korpus tersebut: Korpus Jumlah Perkataan Juta Jenis Data Brown 1 2,000 sampel yang diambil dari pelbagai data bertulis