Keutamaan Akademik Berbanding Sukan Mutakhir ini kita dapat mendengar tentang

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 456 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali pertandingan sukan. Matlamat dalam setiap sesi latihan akan membantu sesi latihan yang lebih efektif. Matlamat yang jelas, spesiik dan mudah difahami akan membantu atlet menguasai kemahiran, taktikal dan strategi permainan dengan lebih baik. Haji Marzuki meminta Syahir dan Bernard menentang antara satu sama lain bagi tujuan melihat teknik yang diperbaiki oleh kedua-dua pemain ini pada sepanjang minggu itu. Oleh itu dapat dilihat bahawa Haji Marzuki mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap sesi latihannya. Indeks jurulatih yang baik juga adalah jurulatih yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sukan yang dilatih termasuk segi kemahiran, taktikal, teknikal, strategi, undang-undang, perkembangan semasa, sejarah dan peralatan yang digunakan. Jurulatih juga perlu mengaplikasi pengetahuan Sains Sukan serta berupaya mengaplikasikannya. Ini membantu jurulatih mengenali atlet sebagai individu yang berbeza. Haji Marzuki menyuruh Syahir memperbaiki pukulan pancungnya. Haji Marzuki dapat mengesan bahawa teknik pukulan itu merupakan senjata utama yang perlu dimaksimumkan dalam permainan oleh para pemain kerana boleh membantu dan dapat memberikan peluang kemenangan yang lebih besar. Hal ini menunjukkan bahawa Haji Marzuki seorang yang berpengetahuan Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 457 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali luas dalam sukan badminton. Malahan Haji Marzuki sendiri merupakan bekas pemain kebangsaan yang merangkul pingat perak Kejohanan Badminton Dunia. Di samping mengetahui kekuatan pemain, Haji Marzuki turut mengetahui kelemahan pada setiap pemain yang dilatihnya. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa Haji Marzuki merupakan indeks seorang jurulatih yang berpengetahuan tinggi dalam sukan badminton. Sekain mengetahui teknik-teknik yang sesuai untuk anak didiknya, dia juga mengetahui psikologi anak didiknya. Dia dapat mengesan kelemahan Syahir yang selalu bermain ikut mood dan mudah diprovokasi oleh lawannya. Strategi yang direncanakan oleh Haji Marzuki berjaya semasa Syahir berlawan dengan Eddu dalam satu pertandingan. Memandangkan Eddy pemain yang sangat gemar menyerang, Syahir telah diarahkan agar lebih banyak bertahan bagi menyerap asakannya dan kerap bermain di jaring selain mempelbagaikan pukulan junam. Strategi-strategi permainan yang dirancang oleh Haji Marzuki berkesan. Segala arahan- arahan jurulatihnya itu dituruti oleh Syahir. Akhirnya Syahir berjaya mengubah rentak permainan pihak lawannya dan berjaya mendapatkan kemenangan. Haji Marzuki sememangnya berpengetahuan luas dalam merancang strategi-strategi yang boleh mendatangkan kemenangan kepada pasukan. Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 458 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Seorang jurulatih yang baik juga merupakan jurulatih yang berupaya untuk memerhati dan mengenal pasti masalah, kelemahan, kekuatan dan keperluan atlet. Keupayaan ini dapat membantu jurulatih untuk membaca pergerakan pihak lawan dalam susunan strategi untuk meningkatkan prestasi atlet. Haji Marzuki telah menasihatkan Syahir agar tidak melihat corak permainan bakal lawannya kerana risau Syahir akan hilang keyakinan. Sebaliknya, Haji Marzuki sendiri akan melihat corak permainan bakal pihak lawan dan merancang strategi yang terbaik buat Syahir. Haji Marzuki cepat dapat mengesan riak pada wajah Syahir yang akan menentang Syed Amir. Ini disebabkan rekod pertandingan Syahir dengan dengan pemain-pemain daripada skuad kebangsaan, terutama apabila menentang Syed Amir yang dikenalinya sejak awal remaja lagi. Syahir memenangi pertandingan sebanyak lapan kali daripada empat belas pertemuan dengan Syed Amir. Mereka sudah terlalu masak dengan corak permainan masing- masing. Sebagai jurulatih, Haji Marzuki merupakan seorang pemerhati yang baik. Dia berjaya mengesan riak kebimbangan pada wajah Syahir dan memberikan motivasi kepada Syahir agar dapat menghapuskan kebimbangannya. Sikap sabar yang tinggi dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan juga merupakan indeks Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 459 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali jurulatih yang baik. Ini boleh membantu jurulatih daripada melakukan kesilapan yang boleh memberi tekanan kepada atlet. Indeks sikap sabar ini jelas terdapat dalam jurulatih Haji Mansor. Dia pernah disingkirkan daripada jawatan ketua jurulatih kebangsaan pada awal tahun lepas, komitmennya dalam melatih barisan pemain perseorangan negara sangat tinggi. Malahan, Syahir turut memuji dan mengagumi Haji Marzuki atas kesabaran dan komitmennya melatih barisan pemain perseorangan negara. Haji Marzuki juga tidak pernah membawa masuk pengaruh negatif dalam pasukan. Aspek komunikasi juga penting dalam latihan sukan. Dalam komunikasi, kejelasan diperlukan dalam memberi arahan dan memahami apa yang diperkatakan atlet. Kejelasan dalam komunikasi akan memudahkan atlet untuk memahami arahan daripada jurulatih dan memberi kesan positif kepada sesi latihan. Sesi latihan akan menjadi lebih efektif apabila jurulatih jelas apa yang hendak dilatih kerana telah ada persediaan dan pengetahuan dan atlet juga jelas kerana telah diberi gambaran keseluruhan sebelum memulakan latihan. Jurulatih Haji Marzuki memberikan arahan yang jelas kepada Syahir. Dia menyuruh Syahir agar mengawal emosi agar tidak mudah diprovokasi pihak lawan. Komunikasi yang jelas itu akhirnya memberi keyakinan kepada Syahir. Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 460 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Malah, Haji Marzuki menyarankan Syahir agar tidak lupa untuk berdoa dan memohon keyakinan kepada Allah SWT. Jurulatih yang asertif adalah jurulatih yang menyebabkan kehadiran mereka sentiasa dirasai. Asertif adalah suatu kemampuan untuk berkomunikasi mengenai perkara yang diinginkan, dirasakan, dan diikirkan kepada orang lain, namun tetap menjaga dan menghargai hak-hak serta perasaan pihak lain. Dalam bersikap asertif, seseorang dituntut untuk jujur terhadap dirinya dan jujur pula dalam mengekspresikan perasaan, pendapat dan kebutuhan secara proporsional, tanpa ada maksud untuk memanipulasi, memanfaatkan ataupun merugikan pihak lainnya Pratanti, 2007 dlm http: imron46.blogspot.com201005perilaku-asertif. html. Jurulatih yang asertif berupaya menguasai dan mengawal atlet serta pihak pengurusan. Untuk tujuan ini, sesorang jurulatih tidak perlu menjadi seorang yang autokratik. Dengan cara ini, jurulatih akan lebih dihormati dan mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh mempengaruhi kredibiliti kejurulatihannya. Mengikut Martens 1990 dlm. Wee Eng Hoe, 2006: 34 jurulatih secara amnya mempunyai tiga objektif, iaitu mahu mewujudkan sebuah pasukan yang menang. Walau bagaimanapun ramai jurulatih yang bertindak negatif seperti bersikap tidak jujur dengan Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 461 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali menggunakan atlet terlebih umur, mengabaikan kebajikan atlet dengan memaksa atlet yang cedera untuk bermain dan menggunakan kaedah yang menyebabkan kecederaan dan tidak menghiraukan perasaan atlet dengan menggunakan kata-kata yang kesat. Dalam Justeru Impian di Jaring , ketua jurulatih Engku Imran menggunakan kata-kata kesat menyelar permainan Syahir. Sememangnya Engku Imran kuat mengkritik, namun kritikannya terhadap Syahir seperti mahu mematahkan semangat Syahir untuk bermain dengan baik. Kata-kata kesat seperti lembap, lembik, nak mampus telah dilontarkan kepada Syahir, malah mengungkit-ngungkit kekalahan Syahir kepada Han Xuanze dari China pada pertandingan separuh akhir Piala Thomas di hadapan teman-teman selatihan dan pengurus pasukan negara, Dr. Mokhzani. Tindakan Engku Imran seperti sengaja untuk melemahkan tumpuan Syahir dalam menghadapi pertandingan Terbuka Johor yang bakal bermula dua hari lagi. Syahir pada awalnya boleh bersabar walaupun dikritik dengan teruk, namun tahap kesabarannya memuncak apabila kekalahannya di separuh akhir Piala Thomas diungkit-ungkit. Tujuan Engku Imran tidak lain tidak bukan hanyalah bertujuan melemahkan semangat Syahir menjelang Kejohanan Terbuka Johor dan ini akan memberikan kelebihan buat anak emasnya, iaitu Syed Amiri apabila mereka bertemu pada suku akhir Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 462 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali pertandingan nanti.

8. Kewajipan Menutup Aurat Ketika Bersukan Aurat dari sudut bahasa Arab ialah ‘Aib’ atau

keaiban. Aurat dari sudut istilah feqah ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan orang lain Rusydi Ramli Al-Jauhari dan Haliza Aris, 2011: 3. Dalam surah al-Ahzab, ayat 59 ada menyatakan tentang hal ini yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Hal ini memperlihatkan bahawa Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan Rusydi Ramli Al-Jauhari dan Haliza Aris, 2011: 5. Isu menutup aurat dalam sukan ini merupakan isu yang cukup kontroversi, kerana amat jarang- jarang sekali pemain terutama yang beragama Islam yang menutup aurat. Dalam novel Justeru Impian Di Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 463 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Jaring ada penekanan tentang kepentingan menutup aurat. Syahir merupakan pemain badminton lelaki pertama yang menutup aurat dalam sejarah. Banyak kata-kata negatif yang diterima sehinggakan ada yang menggelarnya Muslim konservatif dan kepala batu dari hulu. Namun, dia terus tabah menghadapi dugaan itu demi syariat Islam. Dia berjaya membuktikan bahawa menutup aurat bukan faktor kegagalan. Prestasi cemerlangnya pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa telah berjaya menutup mulut pengkritik-pengkritiknya. Syahir yang merupakan satu-satunya pemain badminton lelaki yang menutup aurat di dunia nampaknya telah berjaya membuatkan Najlah yang juga pemain badminton wanita untuk mula menutup aurat. Najlah kagum dengan kegigihan dan ketegasannya dalam mempertahankan syiar Islam. Najlah merasakan Syahir merupakan ikutan terbaik untuk dia mula menutup aurat. Najlah kemudiannya telah mengubah penampilannya daripada seorang atlet wanita yang tidak menutup aurat kepada wanita yang berpakaian mengikut syariat Islam. Daripada penampilan di luar gelanggang yang sentiasa berkemeja T lengan pendek dan berseluar jeans, kini Najlah tampil bertudung pashmina lembut, berbaju kemeja lengan panjang separas lutut dan berseluar labuh yang longgar. Sementara penampilannya di dalam gelanggang pula,