Pembentukan Bakat Sejak Sekolah Sekolah merupakan landasan untuk membina

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 463 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Jaring ada penekanan tentang kepentingan menutup aurat. Syahir merupakan pemain badminton lelaki pertama yang menutup aurat dalam sejarah. Banyak kata-kata negatif yang diterima sehinggakan ada yang menggelarnya Muslim konservatif dan kepala batu dari hulu. Namun, dia terus tabah menghadapi dugaan itu demi syariat Islam. Dia berjaya membuktikan bahawa menutup aurat bukan faktor kegagalan. Prestasi cemerlangnya pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa telah berjaya menutup mulut pengkritik-pengkritiknya. Syahir yang merupakan satu-satunya pemain badminton lelaki yang menutup aurat di dunia nampaknya telah berjaya membuatkan Najlah yang juga pemain badminton wanita untuk mula menutup aurat. Najlah kagum dengan kegigihan dan ketegasannya dalam mempertahankan syiar Islam. Najlah merasakan Syahir merupakan ikutan terbaik untuk dia mula menutup aurat. Najlah kemudiannya telah mengubah penampilannya daripada seorang atlet wanita yang tidak menutup aurat kepada wanita yang berpakaian mengikut syariat Islam. Daripada penampilan di luar gelanggang yang sentiasa berkemeja T lengan pendek dan berseluar jeans, kini Najlah tampil bertudung pashmina lembut, berbaju kemeja lengan panjang separas lutut dan berseluar labuh yang longgar. Sementara penampilannya di dalam gelanggang pula, Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 464 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Najlah memakai seluar trek yang agak longgar dan mengenakan kemeja T lengan panjang. Sesungguhnya wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredaan Allah SWT dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

9. Boikot Israel Tanda Bantahan Terhadap Penindasan Palestin

Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Hal ini kerana Yahudi telah merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa Abdul Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 465 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Hadi Awang, 11 Februari 2012. Terdapat sarjana yang berpendapat bahawa kewujudan negara Israel tidak mempunyai sebarang dokongan dari aspek undang-undang. Malah ia tidak langsung mempunyai merit di bawah undang- undang antarabangsa. Dalam hal ini, Cattan 1973: 95-95 berpendapat bahawa Israel tidak memenuhi syarat-syarat biasa bagi kewujudan sesebuah negara di bawah undang-undang antarabangsa, yang mana keperluan itu adalah: i. masyarakat people, ii. sebuah wilayah yang mempunyai sempadan tersendiri deined territory, dan iii. kerajaan government. Cattan meneruskan pandangannya dengan pendapat bahawa sebahagian besar penduduk Yahudi pada waktu itu di Palestin bukan warganegara. Golongan Yahudi adalah pendatang immigrants yang datang ke Palestin tetapi golongan pendatang ini telah menghalau penduduk asal dengan kekerasan dan keganasan Mohd Roslan Mohd Nor, 2010:45 Israel sebagai status negara haram dan menindas Palestin membuatkan para atlet menyedari tanggungjawab mereka untuk tidak menyokong kewujudan Israel dan rakyatnya. Oleh itu, banyak kempen boikot telah diusahakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Boikot ini juga termasuk dalam acara sukan. Misalnya, lebih 50 orang pemain bola sepak antarabangsa menyertai protes di London, Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 466 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Britain, bagi mendesak Kesatuan Bola Sepak Eropah Uefa, membatalkan rancangan perlawanan bola sepak bawah-21 di Israel. Mereka mendakwa, Uefa bersubahat dengan rejim Israel dalam usaha menindas Palestin melalui platform sukan apabila membenarkan Tel Aviv menjadi tuan rumah bagi kejohanan itu Sinar Harian, 26 Mei 2013. Mengenai isu boikot ini, Malaysia juga pernah memboikot kejohanan Olimpik di Moscow pada tahun 1980. Skuad bolasepak negara di zaman kegemilangannya ketika itu layak ke kejohanan tersebut dengan merebut satu daripada tiga tiket untuk Asia. Namun, kita menarik diri kerana Kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik di Moscow kerana membantah serangan ke atas bumi Afghanistan. Sukan Olimpik 1976 pernah diboikot kurang lebih 12 buah negara atas isu dasar Apartheid di Afrika Selatan. Jumlah negara yang memboikot Sukan Olimpik 1980 adalah jauh lebih besar, dengan pemulauan tersebut diketuai oleh “Polis Dunia”, Amerika Syarikat. Negara-negara yang memboikot Olimpik Moscow 1980 ini sebaliknya menyertai Kejohanan “Liberty Bell Classic” yang juga dikenali sebagai “Sukan Pemulauan Olimpik” di Philadelphia, Amerika Syarikat Che Din, 22 Disember 2012. Dalam novel Justeru Impian Di Jaring, Syahir juga membuktikan ketidaksokongannya terhadap