Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan
447
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali
perseorangan bawah lima belas tahun ketika dalam tingkatan  tiga.  Malah  abah  pernah  mematahkan
raket dan menghempas piala kemenangan kerana mahu  mengendurkan  semangat  saya.  Alasan
abah,  sukan  mengganggu  pelajaran.  Tetapi  hati saya  tetap  waja.  Pendirian  saya  tetap  teguh.
Alhamdulillah,  keputusan  Penilaian  Menengah Rendah  saya  yang  cemerlang  kemudiannya
memadamkan kemarahan abah. Justeru Impian di Jaring, 2007: 17
Bapanya berasa bimbang sukan akan mengganggu akademik Syahir pernah turut mematahkan raket dan
menghempas  piala  kemenangan  kerana  tidak  mahu Syahir  terlibat  dalam  sukan.  Bagi  abah,  sukan  itu
mengganggu pelajaran. Namun, Syahir membuktikan abahnya  salah.  Keputusan  PMR  yang  cemerlang
akhirnya  menghalalkan  penglibatan  Syahir  dalam sukan secara serius.
5.  Pembentukan Bakat Sejak Sekolah Sekolah  merupakan  landasan  untuk  membina
bakat  pelajar.  Kemahiran  seseorang  pelajar  akan berkembang  di  sekolah.  Jadi,  guru  berperanan
sebagai  pengesan  bakat  awal  seseorang  pelajar  itu. Guru  yang  juga  akan  berperanan  sebagai  jurulatih
sesuatu acara sukan di sekolah, akan meneroka atlet. Guru  akan  menyediakan  latihan  untuk  seseorang
Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan
448
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali
atlet  bagi  mewakili  sekolah  ke  peringkat  daedah, negeri  mahupun  kebangsaan.  Jelaslah  bahawa  guru
merupakan antara individu yang berperanan penting mengasah bakat seseorang atlet pada peringkat awal
Mohd Salleh Aman, 2004: 178.
Dalam  Rancangan  Malaysia  Kelapan  2001:  561 telah dijelaskan secara nyata peranan sekolah dalam
usaha  memajukan  sukan,  iaitu  penekanan  akan diberikan  kepada  pendekatan  yang  lebih  sistematik
bagi mengenal pasti dan menyediakan para atlit pada peringkat  sekolah  rendah  dan  menengah  bertujuan
mewujudkan  asas  bagi  penyertaan  sukan  prestasi tinggi.  Pendekatan  ini  akan  melibatkan  kemasukan
olahraga  dan  gimnastik  dalam  kurikulum  sekoah, menambah  bilangan  dan  memperluas  skop  sukan
mini  serta  meningkatkan  bilangan  guru  pendidikan jasmani,  terutamanya  di  peringkat  sekolah  rendah.
Pelajar  yang  menunjukkan  potensi  untuk  bersaing dalam sukan berprestasi tinggi akan diberi keutamaan
supaya  ditempatkan  di  sekolah  berasrama  penuh yang  lengkap  dengan  kemudahan  latihan.  Di
samping itu, kemudahan sukan akan disediakan dan dipertingkatkan  di  semua  sekolah,  terutamanya  di
sekolah rendah.
Tidak  dapat  dinaikan  lagi  bahawa  sekolah menjadi tempat lahirnya ahli sukan yang berbakat. Hal
ini  dapat  dilihat  dalam  novel  kajian.  Syahir  menjadi
Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan
449
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali
pemain  badminton  yang  bagus  di  bawah  kendalian Cikgu  Kamaludin.  Syahir  telah  menolak  tawaran
untuk  ke  sekolah  berasrama  penuh  di  utara  semata- mata  kerana  mahu  berjaya  dalam  sukan  badminton
di  bawah  bimbingan  Cikgu  Kamaludin.  Syahir  dan Syed  Amiri  sama-sama  pernah  dilatih  oleh  Cikgu
Kamaludin  dan  sering  memenangi  pertandingan- pertandingan pada peringkat kebangsaan. Perkara ini
jelas menunjukkan kepentingan guru sekolah sebagai jurulatih  yang  bertanggungjawab  mengembangkan
bakat  seseorang  atlet.  Sekolah  pula  menjadi  tapak semaian pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam
akademik, malah dalam bidang sukan.
Hal ini bersesuaian dengan pandangan Khoo Kay Kim  1992  dlm.  Mohd  Salleh  Aman,  2004:  174  yang
mengatakan  bahawa  sekolah  merupakan  tempat tempat  lahirnya  atlet-atlet  berbakat  dan  tempat
atlet  yang  berpotensi  diberi  latihan  dan  bimbingan. Namun,  sekolah  semakin  ketandusan  atlet  kerana
sikap  ibu  bapa  yang  tidak  membenarkan  anaknya bersukan  kerana  dianggap  akan  mengganggu
pencapaian  anak  mereka.  Walhal,  akademik  dan sukan  itu  sangat  berkait  rapat.  Sukan  menghasilkan
tubuh  yang  cergas  sekaligus  membuatkan  otak menjadi  cerdas.  Otak  yang  cerdas  akan  membantu
pelajar dalam pencapaian akademik.
Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan
450
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali
6.  Sukan sebagai Wadah Perpaduan Bidang  sukan  tidak  pernah  mengira  latar
belakang  agama,  keturunan,  kepercayaan  dan batasan  yang  boleh  menghalang  interaksi  antara
pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola  sepak  negara  tahun  1980-an  pasti  tidak  akan
lupa  kepada  Allahyarham  Mokhtar  Dahari,  Hassan Sani,  V  Arumugam,  Soh  Chin  Aun,  James  Wong,
Torai  Raju,  Wan  Jamak,  V  Gunalan,  Zainal  Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinaikan sukan juga
menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang  berlaku  dalam  liga  bola  sepak  luar  negara,
namun  seringkali  kita  melihat  sukan  akan  menjadi alat  perpaduan  dalam  kalangan  masyarakat  umum
walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman
politik masing-masing
Sivamurugan Pandian, 7 Ogos 2012.
Ketika  Perang  Dunia  Kedua,  sukan  menjadi  alat untuk  mengetepikan  perbezaan  masing-masing  dan
tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun  mempunyai  latar  belakang  pemerintahan
dan  struktur  pentadbiran  berbeza.  Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa sukan
adalah medium perpaduan negara dan beliau sendiri gemarkan  sukan  bola  sepak.  Beliau  yang  pernah
menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 1986 sehingga 1990 telah melihat perkembangan pesat dalam proses
Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan
451
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali
membangun  dan  meningkatkan  tahap  aktiviti  dan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat. Sukan
mempunyai  nilai  murni  yang  boleh  melahirkan generasi cergas dan sihat bukan sahaja dari segi izikal
dan  rohani  tetapi  juga  berkeupayaan  mengukuhkan kesejahteraan  dalam  masyarakat  untuk  memastikan
perpaduan  terus  utuh.  Malahan  sukan  juga  mampu menjadi  sebahagian  daripada  proses  meraikan
pelbagai  kelompok  etnik  yang  ada  di  negara  ini Sivamurugan Pandian, 7 Ogos 2012.
Sukan  adalah  ‘penjana’  dalam  mempertahankan keharmonian,  kemuafakatan  dan  perpaduan  dalam
kalangan  masyarakat  negara  ini.  Indeks  Sukan Sebagai Wadah Perpaduan dapat dilihat dalam novel
Justeru di Jaring.
Bagi Syahir, sukan merupakan wadah untuk  memupuk  persahabatan  dan  bukan  tempat
mencetuskan permusuhan. Permusuhan antara kaum amat  merugikan  negara.  Menerusi  sukan,  Syahir
dapat  mendekati  dan  bersahabat  dengan  bangsa lain  seterusnya  memupuk  semangat  perpaduan.
Perbezaan  bangsa  dan  agama  tidak  menghalang mereka bermain dalam satu pasukan. Kawan-kawan
Syahir yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Boon  Huat,  Bernard,  Kam  Heng,  dan  Gopinath.
Mereka bermain dalam satu pasukan dan sama-sama berazam  mahu  merampas  Piala  Thomas  daripada
tangan negara China.