Leksikon Animalmedicin Leksikon animalmadicin dalam pengobatan

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 190 Salinah Jaafar, dkk ..... bahasa Inggeris telah menjadi contoh dan panduan kepada pengumpulan data korpus negara lain. Korpus bahasa Inggeris berkomputer pertama kali dibina ialah korpus Brown “Brown Corpus” yang dibina oleh Nelson Francis dan Henry Kucera di Universiti Brown pada tahun 1960. Pengumpulan data korpus kemudiannya berkembang kepada beberapa korpora bahasa Inggeris seperti Korpus Kebangsaan Amerika “American National Corpus ANC”, Korpus Kebangsaan British “British National Corpus BNC”, Korpus Lancester-OsloBergen “Lancaster-Oslo Bergen Corpus LOB”, Korpus Komtemporari Bahasa Inggeris Amerika “Corpus of Contemporary American English COCA”, Korpus Freiburg-LOB Bahasa Inggeris British “Freiburg–LOB Corpus of British English FLOB”, Korpus Frown Frown corpus, Korpus Bertulis Bahasa Inggeris New Zealand “Wellington Corpus of Written New Zealand English WWC” dan Korpus PENN “PENN corpus”. Rajah di bawah menunjukkan carta pembinaan korpus tersebut: Korpus Jumlah Perkataan Juta Jenis Data Brown 1 2,000 sampel yang diambil dari pelbagai data bertulis Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 191 Salinah Jaafar, dkk ..... ANC American National Corpus 20 Data lisan dan tulisan BNC British National Corpus 100 90 data tulisan dan 10 lisan. LOB Lancaster-Oslo- Bergen 1 2,000 sampel yang diambil dari pelbagai data bertulis COCA The Corpus of Contemporary American English 425 Pelbagai bentuk data tulisan dan lisan. FLOB Freiburg–LOB Corpus of British English 1 2,000 sampel yang diambil dari pelbagai data bertulis Frown 1 2,000 sampel yang diambil dari pelbagai data bertulis WWC Wellington Corpus of Written New Zealand English 1 2,000 sampel yang diambil dari pelbagai data bertulis PENN Corpora of Historical English 3 Teks dan sampel teks yang dikumpulkan dari prosa Bahasa Inggeris British berdasarkan sejarah. Rajah 1: Korpora Bahasa Inggeris Aichele 2004, Nartey Ngula 2014. Penyelidikan dalam bidang korpus linguistik ini seterusnya berkembang mengjangkaui bahasa Inggeris ke seluruh dunia yang meliputi bahasa Cina, bahasa Denmark, bahasa Belanda, bahasa Rusia, dan Sepanyol Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 192 Salinah Jaafar, dkk ..... Scannel, 2007. Pengkaji bahasa seluruh dunia hari ini dapat melihat betapa pentingnya pembinaan korpus dilakukan terutama dalam menjalankan penyelidikan bahasa. Data korpus bukan sahaja akan membantu pembelajaran dan analisis bahasa Adab, 2002 tetapi juga akan menyediakan maklumat tatabahasa dan peraturan tatabahasa, kolokasi dan koligasi perkataan dan frasa di samping dapat membantu analisis kajian bahasa dibuat secara cepat dan tepat Tognini-Bonelli, 2004. Oleh sebab itu penyelidikan yang melibatkan pembinaan data korpus adalah amat penting kepada semua ahli bahasa seluruh dunia. Bahasa Melayu dan Pembinaan Data Korpus di Malaysia Menyedari peri pentingnya korpus dalam penyelidikan bahasa, ahli-ahli bahasa dan juga para penyelidik dari pelbagai institusi di Malaysia turut membina korpora bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya beberapa penulisan hasil penyelidikan tentang huraian linguistik bahasa Melayu , bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan juga bahasa Inggeris di Malaysia yang dilihat sebagai variasi bahasa Abdul Rahim, 2014. Menurut Abdul Rahim, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan dituturkan oleh keseluruhan rakyat Malaysia, tetapi korpus bahasa