BG Khazanah Budaya Serumpun

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 153 Rohaidah Haron ..... Identiti Kepimpinan dalam Penghasilan Wacana Politik Mohamad Hassan Rohaidah Haron Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya eyda1826um.edu.my PENGENALAN Kajian bahasa dan hubungannya dengan identiti turut mendapat perhatian disiplin linguistik, namun begitu kebanyakan kajian dilakukan di bawah subdisiplin sosiolinguistik. Penerokaan identiti daripada disiplin linguistik yang memanfaatkan analisis wacana pula masih kurang diusahakan dan perlu digiatkan lagi. Wacana antara wadah terbaik mentafsir proses identiti kerana dalam wacana terkandung pelbagai proses sosial dan satu daripadanya ialah identiti. Pendekatan yang bersesuaian untuk merungkai dan menjelaskan proses sosial tersebut ialah critical discourse analysis CDA. CDA yang dimajukan oleh Fairclough 2002 Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 154 Rohaidah Haron ..... melihat kajian bahasa tidak terpisah daripada proses sosial yang melatarinya. Sebagai pendekatan yang berorientasi sosial, CDA tidak mengabaikan elemen sosial yang berlaku dalam masyarakat. Kertas kerja ini berhasrat menjelaskan perihal identiti kepimpinan yang terkandung dalam ucapan pemimpin dengan tumpuan terhadap amalan kewacanaan, iaitu binaan wacana yang melibatkan tiga proses utama penghasilan, penyebaran, dan penggunaan wacana. Namun begitu, kajian ini hanya membincangkan proses penghasilan production wacana sahaja, iaitu intertekstualiti dan interdiskursiviti. Secara khusus, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan aspek intertekstualiti dan interdiskursiviti dalam penghasilan wacana ucapan pemimpin. Selanjutnya, mentafsirkan aspek-aspek tersebut dengan persoalan identiti, khususnya soal pengukuhan identiti kepimpinan yang berlaku dalam masyarakat Melayu. Selain penggemblengan unit- unit linguistik tertentu, proses penghasilan wacana berupaya menggambarkan identiti individu mahupun identiti kelompok sosial. Kajian yang memanfaatkan ucapan pemimpin Melayu dalam perhimpunan tahunan parti politik UMNO ini diharap dapat menyumbang kajian berkenaan identiti perspektif linguistik. Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 155 Rohaidah Haron ..... DATA WACANA Kajian ini memanfaatkan ucapan seorang pemimpin, iaitu YAB Datuk Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan yang merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan. Ucapan ini disampaikan di Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO, Malaysia 2014. Beliau mula bertugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-10 pada 25 Mac 2004 sehingga kini. Pada peringkat Nasional, beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Rembau. UMNO United Malays National Organisation merupakan parti utama orang Melayu dan ucapan pewacana inik diakses menerusi youtube yang berdurasi selama 28 minit 51 saat. KONSEP UTAMA Dua aspek penting dalam proses penghasilan production wacana menurut Fairclough 19921995 ialah intertekstualiti dan interdiskursiviti. Fairclough 1992: 101 berpendapat, istilah intertekstualiti atau intertextuality diperkenalkan oleh Kristeva pada tahun 1960-an dan idea tentang intertekstualiti diasaskan oleh Bakhtin dengan menggunakan istilah translinguistic . Sehubungan itu, mengulas konsep ini, Idris 2006: 79104 menjelaskan, intertekstualiti ialah sumber daripada teks-teks lain yang dianyam bagi menghasilkan teks baru. Intertekstualiti adalah kes