Benih, Padi dan Beras Nama-nama rumah makan Padang sering juga

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 118 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... bermaksud bahasa Melayu sudah mempunyai tradisi tulisan atau sistem tulisan, standardization bererti bahasa Melayu sudah mempunyai ragam bahasa baku yang berbeza dengan ragam bahasa dialek atau daerah, manakala modernization proses perkembangan bahasa Melayu sudah setara dengan bahasa-bahasa lain. Ketiga-tiga ciri ini telah dipenuhi oleh bahasa Melayu. Bahasa Melayu di seluruh nusantara telah berupaya melahirkan pancaran kebijaksanaan akal budi bangsa Melayu. Konsep-konsep sains juga mampu diungkapkan dalam bahasa Melayu melalui kata-kata atau istilah teknikal yang digubal berdasarkan keupayaan linguistik yang ada pada bahasa Melayu. Dalam era globalisasi bahasa Melayu tidak terkecuali menghadapi cabaran yang begitu besar sebagai bahasa ilmu yang berupaya mengungkapkan konsep-konsep baharu dalam bidang ilmu yang sedia ada maupun ilmu baharu. Konsep-konsep yang terjana merupakan pernyataan ikiran dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Sebahagian besar perkataan- perkataan yang terbentuk merupakan kata-kata umum yang diangkat menjadi istilah dalam bidang khusus. Istilah ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional PUPI, 2004:2. Istilah seharusnya mempunyai makna yang tepat bagi Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 119 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... konteks bidangnya. Oleh itu, pengungkapan konsep ini memerlukan perbendaharaan kata yang besar agar ilmu dapat dikembangkan dalanm kalangan penutur bahasa Melayu.

2. Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada hari ini, peranan dan fungsi bahasa Melayu

semakin tercabar dengan ledakan kemodenan yang berkiblatkan ke Barat sehinggakan pembentukan istilah bahasa Melayu lebih banyak mengamalkan peminjaman atau penyerapan unsur asing. Nilai bahasa Melayu lebih bersifat simbolik semata-mata kerana nilai sebagai alat pembangunan negara dalam bidang ekonomi, perindustrian, perkembangan ilmu dan teknologi semakin dipandang sepi. Alasan yang diberikan adalah ketidakupayaan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa saintiik yang mengungkapkan puluhan ribu konsep baharu setiap detik. Pacuan perkembangan peristilahan Melayu agak ke belakang berbanding dengan pacuan ilmu dalam bahasa Inggeris. Apabila orang bercakap tentang bidang teknologi, kelihatannya bahasa Melayu sudah agak ketinggalan untuk ditanggapi sebagai alat penjana ilmu pengetahuan sehinggakan untuk “memandaikan” bangsa Melayu, kita harus menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, perlu ada usaha untuk melestarikan bahasa serumpun sebagai Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 120 Puteri Roslina Abdul Wahid ..... khazanah yang berharga. Dalam mendepani perkembangan teknologi yang terlalu pantas, perbendaharan bahasa Melayu tidak mempunyai jumlah yang mencukupi untuk mengungkapkan seluruh konsep yang baharu khususnya bidang-bidang ilmu yang berasal dari luar dunia Melayu. Oleh itu, muncullah keperluan untuk mendapat kosa kata ini daripada kelompok bahasa Melayu serumpun yakni di luar lingkungan Malaysia, khususnya dari daerah-daerah di Indonesia dan Brunei Darussalam. Sejak dari dahulu lagi, bahasa Melayu berkembang melalui pemanfaatan daripada bahasa-bahasa yang terdapat dalam alam Melayu sendiri, yakni bahasa-bahasa yang serumpun dengannya. Bahasa Melayu seharusnya mampu merentasi sempadan etnik secara besar-besaran khususnya buku-buku sains dan teknikal, profesional dan pengajian tinggi. Keperluan kepada istilah bahasa Melayu amat penting bagi perkembangan ilmu dan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu Tinggi agar ilmu-ilmu baharu dapat diungkapkan dengan jelas dan tepat. Pendedahan rakyat Malaysia kepada bahasa Inggeris yang luas selepas merdeka menyebabkan kebergantungan kita terhadap bahasa Inggeris untuk menciptakan istilah baharu. Kita tidak dapat berikir dalam bahasa kita sendiri. inilah sebab utama mengapa penyerapan bahasa Inggeris menjadi