Falsafah dan perbilangan adat Selain itu, falsafah dan perbilangan adat turut

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 168 Rohaidah Haron ..... mengekspresikan kemahuan, harapan, dan keinginan beliau selaku pemimpin. Sehubungan itu, wacana ekspresif terbahagi kepada tiga, iaitu larangan, kehendak, dan suruhan. Jika dikaji dari segi nahunya, wacana jenis ekspresif ini berkaitan dengan ayat perintah. Yang dimaksudkan dengan ayat perintah ialah ayat yang rata-rata mempunyai ciri perintah, yakni ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan, ayat ajakan, ayat larangan, dan ayat harapan Asmah, 2009: 234-235. Didorong oleh konlik-konlik tertentu, keadaan politik tanah air agak bergolak dalam tahun- tahun kebelakangn ini. Sehubungan itu, dalam penghasilan wacananya, Mohamad Hassan banyak mengekspresikan larangan kepada khalayak, iaitu Pergerakan Pemuda UMNO. Asmah 2009 mengatakan istilah lain untuk perintah eksklusif negatif ialah larangan. Modus ini ditujukan kepada diri kedua, dan ditandakan dengan perkataan jangan, usah , tidak usah atau tak usah. Ayat larangan yang ada menggunakan perkataan jangan dikategorikan oleh beliau sebagai larangan peribadian kasar, lawannya larangan peribadian halus tak usah, usah. Dalam ucapan pewacana, beliau menggunakan ayat larangan yang mudah dan sering memanfaatkan perkataan jangan . Secara langsung, ia berupaya menjelaskan bahawa beliau merupakan pemimpin yang tegas dan Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 169 Rohaidah Haron ..... jelas dengan pendiriannya. Berikut dipetik contoh- contoh ayat larangan yang jelas mempamerkan larangan beliau. i. Jangan bergaduh sesama sendiri. ii. Kita jangan kalah disebabkan emosi. iii. Kita jangan lihat kepada gambar-gambar yang kecik, selalu saya cakap di Negeri Sembilan kita mesti lihat kepada gambar yang besar, look at the bigger picture , dengan izin. iv. Jangan kita hilang punca. v. Jangan adakan budaya begini. Selain larangan, pewacana turut mengekspresikan kehendak menerusi modaliti kemestian beliau selaku pemimpin utama. Asmah 2009 mengakategorikan perkara yang menunjukkan kehendak mahu, hendak dan kemestian mesti, wajib, harus terangkum di bawah kata kerja modalitas. Dalam wacana Mohamad Hassan, didapati beliau banyak memanfaatkan kata kerja modalitas mesti dalam menyatakan tentang kemahuan dan kehendaknya selaku pemimpin. Dalam kajiannya, Idris 2006 dan Rohaidah 2012 mengaitkan kata kerja modalitas mesti dengan soal kekuasaan seseorang pemimpin. Berikut dipaparkan beberapa contoh ayat yang memanfaatkan kata kerja modalitas kemestian mesti; i. Kita mesti berjuang menggunakan akal dan