Sukan sebagai Wadah Perpaduan Bidang sukan tidak pernah mengira latar

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 466 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Britain, bagi mendesak Kesatuan Bola Sepak Eropah Uefa, membatalkan rancangan perlawanan bola sepak bawah-21 di Israel. Mereka mendakwa, Uefa bersubahat dengan rejim Israel dalam usaha menindas Palestin melalui platform sukan apabila membenarkan Tel Aviv menjadi tuan rumah bagi kejohanan itu Sinar Harian, 26 Mei 2013. Mengenai isu boikot ini, Malaysia juga pernah memboikot kejohanan Olimpik di Moscow pada tahun 1980. Skuad bolasepak negara di zaman kegemilangannya ketika itu layak ke kejohanan tersebut dengan merebut satu daripada tiga tiket untuk Asia. Namun, kita menarik diri kerana Kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik di Moscow kerana membantah serangan ke atas bumi Afghanistan. Sukan Olimpik 1976 pernah diboikot kurang lebih 12 buah negara atas isu dasar Apartheid di Afrika Selatan. Jumlah negara yang memboikot Sukan Olimpik 1980 adalah jauh lebih besar, dengan pemulauan tersebut diketuai oleh “Polis Dunia”, Amerika Syarikat. Negara-negara yang memboikot Olimpik Moscow 1980 ini sebaliknya menyertai Kejohanan “Liberty Bell Classic” yang juga dikenali sebagai “Sukan Pemulauan Olimpik” di Philadelphia, Amerika Syarikat Che Din, 22 Disember 2012. Dalam novel Justeru Impian Di Jaring, Syahir juga membuktikan ketidaksokongannya terhadap Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 467 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Israel dengan menarik diri daripada bertanding dalam Pertandingan Terbuka Sweden apabila diundi menentang pemain Israel pada pusingan ketiga. Dia menarik diri pada pusingan ketiga kerana tidak mahu bermain menentang pemain Israel berbangsa Yahudi bernama Yitzhak Sharon yang turut bertanding. Syahir menyatakan secara peribadi bahawa dia tidak pernah mengiktiraf pemain Israel. Oleh itu, dia mengambil keputusan menarik diri sebagai tanda protesnya kepada dunia secara tidak langsung terhadap kebiadaban Yahudi.

10. Sukan sebagai Perlagaan

Sukan sudah dianggap sebagai perlagaan atau perjudian, bukan lagi sebagai lapangan. Hal ini jelas dipaparkan dalam novel Priiit Peristiwa rusuhan berlaku dalam satu pertandingan bola sepak yang berlangsung di Padang Astaka Majlis Daerah Pulau Kudat. Kejadian ini terjadi apabila pengadil Wan Abdul Rahman menguatkuasajan Undang-undang XII. Undang-undang ini secara khusus menyentuh sepakan secara percuma. Penguatkuasaan peraturan sepakan percuma ini selaras dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM - Football Association of Malaysiaa setelah mendapat mandat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA – Federation of International Football Associations. Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 468 Tengku Intan Marlina Tengku Mohd, Ali Hal ini dapat dibuktikan melalui Undang-undang 13: Sepakan Percuma. Modul Penasihat Sukan untuk Guru Penasihat Sukan Sekolah, http:www.moe. gov.myuploadgaleri_awam20111314146496. pdf. Kejadian begini sebenarnya sering berlaku dalam pertandingan bola sepak. Perlawanan kedua separuh akhir antara Sabah dengan Negeri Sembilan di Stadium Likas pada tahun 2003 di Kota Kinabalu terhenti pada minit ke-83 setelah penonton menyerbu masuk ke dalam padang. Negeri Sembilan menang 1-0 pada separuh akhir pertama. Tindakan liar para penyokong Sabah itu dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, Rosdi Shaharul dari Perak yang membatalkan gol sepakan Robert Gasper. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, rakaman video perlawanan menunjukkan bahawa Rosdi telah mengarahkan sepakan percuma bukan terus tetapi Gasper telah melakukan sebaliknya, menyepak terus ke gawang A.Jailani Abdullah, 20013, http:ww1.utusan.com.my utusaninfo.asp?y=2003 dt=0522pub=Utusan_ Malaysiasec=Sukanpg=su_01.htm.

11. Rasuah

Rasuah juga menjadi persoalan utama dalam novel Priiit Bagi mereka yang mempunyai kuasa dan