Nina Bobo No. Khazanah Budaya Serumpun

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 506 Awang Azman bin Awang Pawi ..... etnonasionalisme melakukan transformasi identiti dalam bentuk perundangan yang bertindak sebagai jurucakap untuk ‘bangsa’. Dalam pemahaman aspek etnik nasionalisme ini terdapat kecenderungan memanfaatkan penggunaan unsur etnik dalam sebuah kelompok etnik untuk menunjukkan ‘keunikan’ mereka dan membuat penilaian menggunakan idea dan nilai-nilai kelompok mereka sendiri. Penggunaan aspek unsur etnonasionalisme termasuk menggunakan konsep sejarah, warisan dan kepercayaan, yang ditentukan sendiri oleh kelompok itu sendiri. Etnonasionalisme ini cuba mengaitkan sejarah dengan etniksiti, dan bukanlah sangat ditentukan oleh keahlian dalam institusi politik, tetapi lebih banyak memberikan ‘hak’ dan waris dan warisan mereka. Kesemua ini bermatlamat untuk mengukuhkan konsep wilayah dan autonomi. Hubungan Etnik Nasionalime dengan Etnosentrik Etnosentrik diperkenalkan William Sumner 1907 yang bermaksud kecenderungan menilai atau melakukan interpretasi kebudayaan lain merujuk kepada kriteria budaya pentafsir sendiri. Dalam konteks kecenderungan sejagat, perbezaan sejarah dan etnograi akan menyebabkan kekeliruan atau Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 507 Awang Azman bin Awang Pawi ..... penyimpangan terhadap kumpulan etnik lain. Dalam kajian antropologi misalnya, pandangan peribumi atau tempatan, prasangka dan salah tafsir sering berlaku apabila kurang memahami kelompok masyarat itu sendiri. Kadang-kadang sama ada secara sedar atau tidak sedar berlaku dan mempengaruhi pendapat awam tentang sesuatu bangsa atau kelompok yang memberikan pandangan yang berbeza kerana nilai- nilai yang dipegang berbeza Macmillan Dictionary of Anthropology,1986:97. Etnik nasionalisme ini cenderung kepada berlakunya etnosentrik dalam dua situasi perbincangan kajian ini. Yang pertama, Putrajaya atau kuasa pusat mentafsir keperluan negeri Sarawak sama seperti mentafsir keperluan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia sedangkan dari segi sejarah dan budaya Sarawak mempunyai perbezaan yang ketara khususnya dari segi etniksiti yang tidak ada di Semenanjung Malaysia. Dari aspek geograi pula terdapat jurang yang besar kerana Sarawak masih belum dapat diterokai sepenuhnya kerana keluasannya. Sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak iaitu Belaga sama saiz dengan gabungan negeri Kedah dan Pulau Pinang manakala sebuah kawasan parlimen Hulu Rajang sama keluasannya negeri Pahang. Yang kedua, disebabkan sudut pandangan pusat atau Putrajaya berlainan