Petikan ayat al-Quran Petikan ayat al-Quran turut termuat dalam

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 167 Rohaidah Haron ..... dengan Vietnam yang melibatkan tentera Vietcong. Begitu juga dengan anggota Taliban yang mampu menghalau keluar tentera Soviet yang lengkap dengan senjata dan helikopter perang. Berikut data yang dipetik daripada ucapan pewacana. d. Amerika kalah lari keluar daripada Vietnam, kerana Vietcong pakai senapang patah saja Amerika dengan super power dengan bom napang dengan 55mm meriam mengebom lari meninggalkan Vietnam kerana kalah dilawan dengan Vietcong. Sampaikan tembak bunuh orang awam. Hari siang dia jadi pekebun, menjadi pesawah, malam dia jadi Vietcong… e. Taliban tak ada apa-apa, pakai serban duduk tertenggek di atas batu, mencangkung di atas batu boleh menghalau keluar tentera Soviet…. Sorang dia tembak. Ikut cara Taliban ikut cara Vietcong.

2. Wacana ekspresif Wacana lisan yang disampaikan secara langsung,

khususnya yang mengambil kira survival politik bangsa Melayu telah memungkinkan wacana jenis ekspresif ini wujud dalam penghasilan wacana Mohamad Hassan. Keadaan ini ditambah pula dengan keadaan politik tanah air yang agak bergolak, krisis kepimpinan, konlik dan sebagainya. Dalam konteks wacana ucapan ini, pewacana banyak Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 168 Rohaidah Haron ..... mengekspresikan kemahuan, harapan, dan keinginan beliau selaku pemimpin. Sehubungan itu, wacana ekspresif terbahagi kepada tiga, iaitu larangan, kehendak, dan suruhan. Jika dikaji dari segi nahunya, wacana jenis ekspresif ini berkaitan dengan ayat perintah. Yang dimaksudkan dengan ayat perintah ialah ayat yang rata-rata mempunyai ciri perintah, yakni ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan, ayat ajakan, ayat larangan, dan ayat harapan Asmah, 2009: 234-235. Didorong oleh konlik-konlik tertentu, keadaan politik tanah air agak bergolak dalam tahun- tahun kebelakangn ini. Sehubungan itu, dalam penghasilan wacananya, Mohamad Hassan banyak mengekspresikan larangan kepada khalayak, iaitu Pergerakan Pemuda UMNO. Asmah 2009 mengatakan istilah lain untuk perintah eksklusif negatif ialah larangan. Modus ini ditujukan kepada diri kedua, dan ditandakan dengan perkataan jangan, usah , tidak usah atau tak usah. Ayat larangan yang ada menggunakan perkataan jangan dikategorikan oleh beliau sebagai larangan peribadian kasar, lawannya larangan peribadian halus tak usah, usah. Dalam ucapan pewacana, beliau menggunakan ayat larangan yang mudah dan sering memanfaatkan perkataan jangan . Secara langsung, ia berupaya menjelaskan bahawa beliau merupakan pemimpin yang tegas dan