Sayang Semuanya No. Soleram No. Sapu Sapu Rangik No.

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 502 Femmy Dahlan, Tienn Immerry ..... REFERENSI Danandjaya, James. 1997 a. Folklor Indonesia: ilmu gosip, dongeng, dan lain-lain . Jakarta: Pustaka Utama Graiti. ---------. 1997 b. Folklor Jepang: Dilihat dari Kacamata Indonesia. Jakarta: Pustaka Utama Graiti. Endraswara, Suwardi. 2009. Metodologi Penelitian Folklor: Konsep, Teori, dan Aplikasi . Yogyakarta: Media Pressindo. Nurgiyantoro, Burhan. 2013. Sastra Anak, Pengantar Pemahaman Dunia Anak . Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Data Unduh: “Kisah Menyeramkan dibalik lagu Nina Bobo” dalam [http:www.menjejakdunia. com.201309 141914] “Nursery Rhyme” dalam [http:sites.google.coma maricopa.edueng102-schafferpwp--1 150214]. “Rhymes Are Readers: The Importance of Nursery Rhyme” dalam http:www.kbyutv.orgkidsandfamily readytolearnile.axd?ile=20112F32F2+Rhymes+ are+Readers-Why+Important 150214]. Fakultas Ilmu Budaya Universitas Andalas 26 Mei 2016 Khazanah Budaya SERUMPUN Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 505 Awang Azman bin Awang Pawi ..... Etnonasionalime dan Budaya Politik Etnik di Sarawak Awang Azman Azman Awang Pawi 1 Pendahuluan Menurut Walker Connor 1994 konsep etnik nasionalisme bersamaan maksud dengan konsep etnonasionalisme. Ia berlandaskan penciptaan negara bangsa yang berteraskan atau pun didominasikan oleh persamaan identiti etnik, sama ada dikembangkan atau diadunjalinkan atau diasimilasikan dalam bentuk identiti majoriti. Daripada perspektif ahli politik pendukung etnonasionalisme mereka meraikan dan menjanjikan kebebasan atau penentuan diri mereka sendiri. Terdapat kecenderungan dalam 1 Jabatan Sosiobudaya Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur Emel: awangazmangmail.com; awangazman um.edu.my Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 506 Awang Azman bin Awang Pawi ..... etnonasionalisme melakukan transformasi identiti dalam bentuk perundangan yang bertindak sebagai jurucakap untuk ‘bangsa’. Dalam pemahaman aspek etnik nasionalisme ini terdapat kecenderungan memanfaatkan penggunaan unsur etnik dalam sebuah kelompok etnik untuk menunjukkan ‘keunikan’ mereka dan membuat penilaian menggunakan idea dan nilai-nilai kelompok mereka sendiri. Penggunaan aspek unsur etnonasionalisme termasuk menggunakan konsep sejarah, warisan dan kepercayaan, yang ditentukan sendiri oleh kelompok itu sendiri. Etnonasionalisme ini cuba mengaitkan sejarah dengan etniksiti, dan bukanlah sangat ditentukan oleh keahlian dalam institusi politik, tetapi lebih banyak memberikan ‘hak’ dan waris dan warisan mereka. Kesemua ini bermatlamat untuk mengukuhkan konsep wilayah dan autonomi. Hubungan Etnik Nasionalime dengan Etnosentrik Etnosentrik diperkenalkan William Sumner 1907 yang bermaksud kecenderungan menilai atau melakukan interpretasi kebudayaan lain merujuk kepada kriteria budaya pentafsir sendiri. Dalam konteks kecenderungan sejagat, perbezaan sejarah dan etnograi akan menyebabkan kekeliruan atau