Perumpamaan Perumpamaan telah dimanfaatkan untuk merujuk

Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 169 Rohaidah Haron ..... jelas dengan pendiriannya. Berikut dipetik contoh- contoh ayat larangan yang jelas mempamerkan larangan beliau. i. Jangan bergaduh sesama sendiri. ii. Kita jangan kalah disebabkan emosi. iii. Kita jangan lihat kepada gambar-gambar yang kecik, selalu saya cakap di Negeri Sembilan kita mesti lihat kepada gambar yang besar, look at the bigger picture , dengan izin. iv. Jangan kita hilang punca. v. Jangan adakan budaya begini. Selain larangan, pewacana turut mengekspresikan kehendak menerusi modaliti kemestian beliau selaku pemimpin utama. Asmah 2009 mengakategorikan perkara yang menunjukkan kehendak mahu, hendak dan kemestian mesti, wajib, harus terangkum di bawah kata kerja modalitas. Dalam wacana Mohamad Hassan, didapati beliau banyak memanfaatkan kata kerja modalitas mesti dalam menyatakan tentang kemahuan dan kehendaknya selaku pemimpin. Dalam kajiannya, Idris 2006 dan Rohaidah 2012 mengaitkan kata kerja modalitas mesti dengan soal kekuasaan seseorang pemimpin. Berikut dipaparkan beberapa contoh ayat yang memanfaatkan kata kerja modalitas kemestian mesti; i. Kita mesti berjuang menggunakan akal dan Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 170 Rohaidah Haron ..... ikiran. ii. Kita mesti sama-sama bergerak sebagai satu pasukan yang mana inilah yang akan kita tentukan masa depan. iii. Sebagai pemimpin kita mesti tegas. iv. Nak menang dalam perang mesti ada strategi. v. Cara kita berikir, kita mesti remajakan. vi. Sebagai pemimpin mesti berani. Di samping itu, suruhan juga turut terdapat dalam wacana politik Mohamad Hassan. Seperti larangan dan kehendak, hasrat dan kemahuan pewacana diekspresikan menerusi ayat-ayat yang berfungsi sebagai ayat suruhan. Dalam ucapan, kemahuan beliau secara jelas dapat dilihat menerusi pemilihan kata-kata utama dalam setiap ayat, contohnya, bawaklah bawalah, carilah, bersatulah, berjuanglah, bercantumlah , dan lain-lain lagi. Kata-kata suruhan tersebut disertakan dengan partikel lah. Partikel lah merupakan penegas pada ayat berita dan ayat perintah. Partikel lah ini menegaskan unsur-unsur yang berbeza pada jenis-jenis ayat itu Asmah, 2009: 234-235. Berikut merupakan contoh-contoh ayat yang berfungsi sebagai suruhan. i. Carilah jalan supaya kita akan menang dalam pilihan raya. ii. Bawaklah semangat jitu pemuda ini ke bahagian masing-masing. iii. Suburlah , hiduplah dengan subur di bawah lindungan saya. Kesimpulan Khazanah Bahasa, Sastra dan Budaya Serumpun himpunan tulisan 171 Rohaidah Haron ..... Dari sudut analisis wacana, khususnya yang berpendekatan kritis, penghasilan sesuatu wacana berkeupayaan mentafsirkan proses-proses sosial tertentu yang berlaku dalam masyarakat. Walaupun kajian ini tidak menjelaskan secara keseluruhan pendekatan kritis seperti yang dikemukakan oleh Fairclough 1992, 1995, namun tumpuan terhadap amalan kewacanaan sedikit sebanyak telah menggambarkan identiti kepimpinan seorang pemimpin Melayu. Petikan kata-kata, petikan ayat al-Quran, Falsafah dan perbilangan adat, serta perumpamaan bukan sahaja menyumbang kepada aspek intertekstualiti, malah menghasilkan ucapan yang kreatif, menarik, dan tidak menjemukan khalayak. Aspek interdiskursiviti pula terbina daripada wacana jenis naratif atau penceritaan dan wacana ekspresif. Wacana jenis naratif dilihat lebih menjadi pilihan pewacana dalam usaha beliau menyampaikan identiti kepimpinan kepada khalayak. Hal ini disebabkan oleh kelebihan teknik penceritaan dalam sesuatu wacana, iaitu mesej yang disampaikan menerusi cerita akan lebih menarik perhatian dan diingati oleh khalayak. Wacana ekspresif pula secara jelasnya telah memperlihatkan kemahuan pewacana selaku pemimpin yang menerajui sebuah parti politik.